Khamis, 28 Oktober 2010

Aku Suka Dengar Radio Buruk

 

"Atuk, ini saya serahkan anak saya untuk Atuk ajar mengaji dan didik dia menjadi manusia. Ini juga saya serahkan rotan, jika perlu pukul, Atuk pukullah. Asal jangan patah dan cacat sudah"


Ini Dulu tapi Sekarang..


" Atuk, ini saya serahkan anak saya untuk Atuk ajar mengaji dan didik dia menjadi manusia. Ini juga saya serahkan wang tunai buat makan minum dia. Kalau dia nakal, nasihat sudah usah pukul. Patah anggotanya saman saya keluarkan nanti."


Updating...

"Masyarakat dulu kalau dah tak mampu jaga emak atau ayah memang pusat jagaan orang tua di pilihnya. Katanya, di sana mudah, makan minum dijaga dan taklah sunyi mereka bila saya bekerja nanti"

Itu Dulu Tapi Sekarang..

" Masyarakat sekarang kemungkinan berfikir sebelum anak-anak tinggalkan mereka di pusat jagaan orang tua lebih baik mereka dahulu buang anak.Yalah kalau Anak hasil zina dan anak luar nikah dikuatiri besar nanti lebih teruk. Maka yang mangsanya anak yang tak bersalah"


Updating...

"Dulu zaman Jahiliyah, perempuan adalah makhluk yang hina. Dianggap hamba dan bagi mereka perempuan adalah menyusahkan dan mereka menanam bayi perempuan hidup hidup manakala pada zaman Firaun, bayi lelaki pula ditanam hidup hidup serta di bunuh kerana firauan bimbang daripada tilikan yang mengatakan ada lelaki yang akan menjatuhkan beliau. Di batasan fikiran mereka yang hidup kembali pada tanah maka di tanam."


Itu dulu tapi sekarang...

"Sekarang bayi lelaki dan tidak terkecuali bayi perempuan dibuang tanpa ada sebab dan belas kesian. Bukan hanya dibung tapi kalau boleh tak mahu jejak dosa itu tinggal. Flush di lubang tahilah, buang di longkang, buang di pembuangan sampah dan pelbagai. Tujuan satu iaitu nak tutup dosa tapi tutup dari sape? Manusia? Hei, sedarlah.. Allah Maha Mengetahui." 

Updating.. 
 
Ketahuilah dunia akan sentiasa "update".. 

Updating negetively is more that positively. 

Stil need to be updated..

Updating..
........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular