Ahad, 3 Oktober 2010

Seruan Pada Pendidik Kini Melahirkan Bakal Pendidik Akan Datang

 

Pertamanya, minta maaf kerana saya bukanlah pendidik tapi nak "menerang" sedikit tapi bukan nak "mengajar" berdasarkan apa yang di lihat dan diamati. Maklumlah saya juga pernah bergelar pelajar atau kalau tak sesuai pelajar, muridlah. Segala pengurangan setuju atau terlajur kata saya minta maaf awal-awal..

Apa sebenarnya masalah dalam pengurusan sekolah ? ( Yang Perlu Dititik Beratkan)

(1) Murid-murid kelas belakang perlu di pantau dan di majukan

Ini masalah..  Memang masalah tapi tak pernah dititik beratkan malam dititik terus dan berat untuk melakukan perubahan. Bagaimana? Cuba renungkan.. Kenapa guru-guru hanya menumpukan murid-murid kelas pertama da kedua sahaja? Adakah guru mahukan yang mudah? Mudah macam mana? Mudah nak pantau, dengar cakap, cerdik sedia dah, ajar senang nak faham tak perlu ulang. Macam tu?

Yang kelas belakang pula bagaimana? Menyusahkan mereka wujud? Menyusahkan ada? Susahkah mereka nak faham? Susahkah mereka? Susah susah susah.. Patutlah mereka susah.. Itu doa guru-guru.. Susah susah susah.. Kita dulu kalau tak di bentuk, tak didik adakah kita terus bila dah pandai berjalan terus pandai math? Pandai sains? Pandai Chemisty? 

Para pendidik perlu sama rata.. Perlu bentangkan ilmu sama rasa dan sama rasa agar tiada penindasan berlaku.. Murid yang dah sedia maju dan pandai guru beri lagi kelas tambahan, beri lagi semangat. Bukan tak boleh, tapi beri juga kelas tambahan dan semangat kepada murid-murid kelas bawah..

(2) Para guru usah berkira sangat masa sekarang dan masa lampau

Satu hal lagi.. Usahlah para guru berkira sangat waktu.. Semua nak tepat.. Lewat sikit takpe.. Di satu tempat tu buat kelas tambahan malam.. Mula pukul 8 tapi bila anak murid dah ramai pukul 8, guru-guru pukul 8.15 baru datang.. Macam maa tu? Memanglah nak belajar tu anak murid tunggu guru tapi ini melampau.. Dahlah budak sekolah rendah.. Prihatinlah sikit.. Sekarang kes culik banyak.. Murid murid kat sekolah tunggu guru kang kene apa apa kang? Siapa nak tanggungjawab..

Dan guru guru terkenang masa lampau.. Kekadang bila guru guru terkenang masa lampau maka mangsanya murid-murid.. Kerana apa? Dilema guru merosakkan murid.. Macam mana tu? Macam ni.. Guru-guru kekadang cenderung mengikut bagaimana cara guru guru mengajar mereka dulu.. kalau kene yang okey maka okeylah.. Tapi kalau kene yang malas.. Susah juga.. Alasan mereka, ala semua nak disuap, pandai pandailah cari sendiri.. Lalu murid murid ini terkebil kebillah.. Nota buat sendiri, ajar pun kurang, membaca murid murid memanglah malas, latihan cincai je guru beri, yang penting dia nak tengok nota siap, latihan siap.. Mengajar tidaknya.. Masuk kelas beri latihan je pastu kuar.. Macam tu ke pendidik?? 

~~ Maaflah kalau ada yang terasa.. Bukan niat nak kurang ajar dan mengajar cuma niat nak peringat dan beringat.. Bukan nak salahkan sesiapa.. Tapi nak biar semua dapat square dan fair.. Oraitt...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular