Isnin, 25 Oktober 2010

Habiskan Apa Yang Belum (Coiled like The Viper)

(Gambar Hiasan Yang Agak Menakutkan)

Mungkin ini yang dikatakan Coiled like The Viper.. Mungkin.. Ha'ah kan??? (Pinjam ayat orang kejap).. Whatever..  Kenapa Coiled like The Viper ? Mungkin resah dan tak senang duduk atau tak duduk diam apabila saat saat terakhir nak menghadapi peperiksaan akhir yang akan bermula 1/11 - 12/11(Tarikh Kome cuak) dan merupakan kali terakhir menduduki peperiksaan pada waktu Diploma ini.. Sob Sob, bila waktu dah berakhir.. Itulah kau masa banyak waktu dulu kau tak hargai... Amboi, pleaselah, masa dan kita berjalan seiringlah.. Masa tak tunggu kita seminit dan kita pun tak boleh membazir seminit pun masa yang ada... Betullah tu.. Ngee~~

Maaf entry kali ini banyak monolog dalam dan bahasa inggeris mudah (Lepaskan apa yang ada di sanubari)


 
 (Gambar pada 26/10/2010)

Study time.. Kata orang Study time harus silent.. Itu kata orang, tapi depandlah.. Bagi saya, saya ada dua situasi study yang agak pelik..

1) Bila meneleah nota yang berbentuk fakta pastikan ditelinga saya ada earphone hp yang mendendangkan lagu kegemaran saya..

2) Bila meneleah nota yang berbentuk ilmiah/math/pengurusan pastikan tangan saya memengang pen dan saya akan habiskan kertas yang banyak serta pen berwarna (biru dan merah) untuk sedia meringkaskan dan menitikkan dakwat sampaikan satu batang pen kalau dapat kat saya cukup hanya satu minggu..

Itulah kepelikkan study time saya.. Dan lebih syok apabila secawan nescafe panas menemani dan tv terbuka agar mengantuk akan lenyap sehingga kekadang sampai pukul 3 atau 4 pagi.. Mulalah pagi tu Abi/mama kejut subuh pun liat semacam je.. Aduh kantoi sudah...

Nota nota yang dibuat dan ilmu yang disimpan dalam ingatan insya-Allah dengan izin segala pemilik Ilmu (Allah) akan dicurahkan apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan serta akan di amalkan dalam kehidupan..

Sahabat-sahabatku, ilmu bukan berakhir di dewan peperiksaan malah ianya tak akan berakhir hingga ke liang lahat.. Ilmu itu jika engkau sampaikan maka engkau perolehi kebaikan daripadanya kelak...

P/S :  All  the best and bittufiq wal najjah kepada semua sahabat satu kolej yang ambil exam kepada semua yang juga menempuhi peperiksaa.. Saya nak Coiled like The Viper ni.. Daaa....

Kosa kata :  

Tarikh Kome Cuak (Kemuncak)

Bittaufiq wal najjah (Semoga Berjaya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular