Sila baca sila amati...
Ilmu itu bagai haiwan yang liar dan tali pengikatnya adalah catatan... Dan Ilmu itu jika haiwan liar perlu ada Tuan menjinakkannya dan mengembangkan zuriatnya.. Sebarkan ilmu pastikan yang SHOHIH!!
Sabtu, 30 Julai 2011
Selasa, 26 Julai 2011
Banyak Harta Banyak Pantangnya
Kerja, kerja dan kerja.. Siang dan malam kerja.. Kerana fulus kerja.. Yalah bah kata orang sekarang semua naik sama naik dengan naiknya kepenatan kita.. Naik lagi darah tinggi kita.. Tarap hidup sekarang ching ching ching.. Orang kata lagi, "Masuk tandas pun kena bayar 20 sen tau" Ini ertinya semua kena tukar dengan wang ringgit termasuk keringat yang diperah dan masa yang lapang..
Banyak harta pun banyak pantangnya.. Memang sebelah pihak kata wang penting tapi sepenting penting wang ianya tak boleh beli kesihatan.. Tapi dengan wang boleh bantu mengubati kesihatan.. Tapi tetap orang kata 'mencegah lebih baik daripada mengubati' benarkan? Mestilah.. Ada yang takut makan ubat, takut suntikan jarum dan takut nak ke hospital lagi kronik.. Banyak harta banyak pantangnya.. Kalau harta yang dapat bukan dari pencarian yang halal rasalah nanti di masa tuanya ada kereta berbiji biji dan rumah bertingkat tingkat yang dulu mudanya kita megahkan tapi kini waktu tuanya terdampar di kerusi roda masa itu tiada gunanya kereta, harta, pangkat dan takhta..
Rabu, 20 Julai 2011
Hati dimiliki
Apa ??? Hatiku sudah dimiliki? Benar.. Semua hati hati Manusia sudah di miliki.. Pernah dengar pemilik hatiku selain Allah Dan Rasul? Pernah bukan.. Di situ pemilik hati kita ialah Allah dan Rasul semestinya.. Lepas tu siapa lagi pemilik hatiku (awak)? Kalau saya peribadinya mama saya dan ayah saya.. Begitu juga kamu semua.. Bagi yg anak yatim atau yatim piatu data minta maaf kalau buat anda tersentuh..
Jika ada yg bertanya sama ada hatimu sudah berpunya? Jawablah bahawa sudah lama hati saya dimiliki.. Mesti mereka terkejut.. Jawablah Allah sudah letakkan jodoh bagi setiap orang.. Siapa dia? Namanya? Orang mana? Tak perlu kuartir.. Cakap saja saya sudah berpunya.. Orangnya cantik/hensem.. Soleh/solehah.. Beragama Dan nyatalah apa apa yg baik.. Itu tidak bermakna anda menipu tapi anda menjaga dirimu dan ianya doa doa agar kamu peroleh apa yg kamu mahu.. Amin..
Salah & Tips
Kesalahan Ketika Memakai Tudung
# Ada muslimah yang memakai tudung hanya untuk menutup rambut walhal bahagian aurat lain terdedah.
# Bertudung tapi memakai kemeja T berlengan pendek atau tidak berlengan.
# Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya.
# Bertudung tetapi baju dan seluar sendat, sempit serta nipis lalu memaparkan tempat mudah "menggoda"
# Bertudung tapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut.
# Bertudung tapi hanya di pejabat sahaja. Tidak di kawasan rumah, ketika beli belah di pasaraya dan sebagainya.
# Bertudung tapi tudungnya dililit ke belakang dan menampakkan bahagian dada serta sanggup lilit ke belakang daripada menutup tempat sepatutnya.
# Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Menutup aurat itu bukan hanya tutup rambut sahaja..
Tips bertudung yang betul
# Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang.
# Baju mesti labuh dan longgar
# Lengan baju panjang serta hingga ke pengelangan tangan atau lebih
# kain yang dipakai mestilah panjang dan labuh hingga ke buka lali.
# Sarung kaki wajib dipakai kerana kaki adalah sebahagian dari aurat.
Ahad, 17 Julai 2011
Gugur Menjadi Kering
Melirik yang jauh meratap yang pergi menuju ke sana melalui jalan yang basah dibanjiri daun kering yang ku tahu bumi baru ditimpa hujan yang berjaya mengugurkan daun daun yang gagal bertahan walhal lumrah yang di atas akan jatuh juga daun yang dulunya hijau segar namun kini daun itu kepudaran ditelan usia bumi yang makin tidak selesa dengan penghuninya. Daun kering yang dulu melambai ikutan angin yang meniup keriangan menari jauh sekali kini terpaksa menyembamkan diri ke jalan jalan namun apakah daya tiada minta sedemikian.
Manusia juga yang dulunya remaja kaulah hebat. Kaulah perkasa dan kaulah engkau yang megah mengikuti dara muda engkau. Memenuhi segala impian sanubari. Melengkapi segala kehendak. Maju kehadapan menghilangkan debar dan ketar diri menonjol di antara yang lainnya. Kini kaulah yang engkau tidak seperti mudamu. Engkau kini sudah mahu rebah menghitungi hari. Mengingati kegemilanganmu dahulu. Engkau kini sudah mula menangisi dosa dosamu terdahulu. Gugurnya imanmu mengalahkan gugurnya buah buah ranun jatuh tanda masak sedap. Kini lain pula engkau insafi. Mengira batang batang rumah engkau yang tidak kukuh selamannya. Kini engkau pula melihat remaja di hadapanmu. Akulah begitu semegah remaja itu. Akulah seperti itu sekobar semangat membantah dan membenarkan sahaja katamu. Ahh, sedar dirimu. Duduk di kerusi malas mengenang nasib yang tak mungkin engkau putarkan di saat dahulu engkau melupakan Dia dan melalaikan perintahnya. Kini engkau gugur bak keringan daun yang pudar dan menanti hanyutnya masamu yang kian luput.
Jumaat, 15 Julai 2011
Masa Perkara Ini..
Aku bagai bunga layu kini..
Telah semua meninggalkanku..
Membuka lembaran baru..
Melayukan hati melukakan kalbu..
Mencari sinaran sang bunga matahari..
Bagaikan mengasing antara garam dan gula..
Masin dan manisnya bercampur..
Tidak sengaja diadun secukup rasa..
Entahlah hati ini gundah..
Bagaimana ubati hati resah..
Jujurlah duhai hati mengingati masa perkara ini..
Engkau terluka atau engkau sengaja lukakan..
Usah bicara duhai hati..
Engkau yang mencari..
Usah bicara duhai jiwa..
Engkau yang sakiti..
Usah bicara duhai hati membalas sakiti jiwa ini..
Aku rela pergi untuk suatu hari nanti..
Apabila mengingati hari ni berlakunya masa perkara ini..
Kalau..
Novel.. Bila muqadimmah bicaranyanya novel maka sayalah pengemarnya dan saya tahu rakan rakan lain juga mengemarkannya.. Namun bila saya sebut novel saya terasa sangat sedih dan sayu.. Sebenarnya saya sudah sampai masa berhenti daripada meneleaah novel.. Sayukan? Sedih juga hati saya.. Namun kerna terpaksa.. Aku berhenti baca novel.. Itulah.. Namun terasa sangatlah sayang nak buang.. Apatah lagi bakar.. Jadi saya ingat kalau ada yang berminat bolehlah beritahu saya dan insya-Allah novelnya dalam keadaan yang elok dan saya akan jualkan dengan 25% -30% discout dari harga asal..
Jika berminat :
Nyatakan tajuk novel keluarga PTS, Kaki Novel, Telaga biru dan mesej ke nombor 0134135425 (24 hours) atau ymkan ke shah_daei7@yahoo.com
Rabu, 6 Julai 2011
Ucapan 'SAYANG' buat orang tersayang
Berbicara tentang 'sayang'.. Sungguh aku bukan selayaknya membicarakan hal ini.. Namun sayang ini terbahagi kepada banyak medium untuk disalurkan dan semestinya ucapan 'sayang' ini perlu selaras dengan tindakan yakni tindakan yang tepat ialah menghargai. Perhargaan pelbagai cara dapat ditunjukkan namu masih ada berada 'segan' untuk menyembahkan perhargaan kepada orang terdekat kita? Siapa agaknya? Pakwe bagi makwe? Makwe bagi pakwe? (Ha ha ha ha) Salah salah.. Buat Allah pertamanya.. Bagaimana kita sayang Allah? Bagaimana? Bersyukur itu salah satunya.. Bagaimana? Lakukan semua yang disuruhnya dan tinggal apa yang dilarangnya.. Benar? Iye namun manusia yang alpa, lalai dan dosa tak lekang dari melakukan apa yang Allah larang maka memohon ampun dan bertaubat itu tanda syukur dan syukurlah Allah kembalikan kita mengingati-Nya sebanyak banyaknya..
Bicara soal 'sayang'.. Bukan aku selayaknya namun 'sayang' yang Allah ajarkan melalui kitab wahyu dan sunnah Rasul-Nya ada mendokong dan mengamalkan sunnah sunnah Rasulullah s.a.w. Allah datangkan kita Rasul yang buat kita mengekalkan 'sayang' kita kepada-Nya dengan mengutuskan Rasul untuk mengembalikan kita ke arah benaran dan jalan yang lurus.. Alhamdulillah..
Bagaimana 'sayang' mu kepada orang tuamu?? Tahukah kamu redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapamu.. Ramai tahu hakikat itu namun ramai yang buat tak endah.. Bagaiman redha ibu bapa di cari? Taati dan muliakan orang tuamu semasa hidupnya dan semata ketiadaannya.. Semasa ada mereka muliakanlah.. Semasa mereka hidup curahkan kasih sayang.. Ucapkan kasih sayang sebelum kau tidak sempat menghadapi subuh yang terakhir..
Isnin, 4 Julai 2011
Apa Yang Kau Mahu Dalam Hidup?
"Ching Ching ching.." Bukan panggil nama orang tapi bunyi "wang besar" yang menjadi idaman setiap orang baik lelaki yang suka bergaya dengan pakaian yang berjenama dan wanita yang gemarkan perhiasaan diri sama ada dalaman atau luaran mahupun emas atau berlian.. Semuanya perlukan wang berganda. Wang besar atau untung yang berbunyi "ching ching ching"..
Tapi kiranya orang kata duit boleh dicari walaupun sebenarnya susah juga nak cari duit ni. Sesiapa yang mengunakan tulang empat kerat bekerja dan dua belah otak untuk menjana pemikiran tahu macam mana susahnya nak peroleh wang ringgit. Tapi ramai yang sanggup mengadaikan semuanya untuk memperoleh wang ringgit termasuklah mengadaikan agama. Dulu pernah satu masa dulu.. Nak kata cerita benar memanglah cerita benar.. Kat satu bandar ni adalah sebuah SPA.. Bukan SPA borang tu tapi ala ala SPA Q jugalah.. Ana tengok pekerja tempat tu melayu tapi kalau pepagi Ana pergi kerja diruang parking moto macam ada satu patung berhala.. Ana tengok yang melayu pun sama nyalakan colok dan tunduk tunduk dua tiga kali.. Geleng dan astafirullah..
P/S : Jangan korban Agama kerana wang ringgit..
Jumaat, 1 Julai 2011
Kesempatan Dalam Kesempitan
YA Allahu Ya Rabbi Ya Fattahu Ya Alim.. Menangis hati menangis linangan air mata.. Kerana siapa kamu menangis? Tangisi dosa lalu.. Tangisi dosa dosa engkau yang kau lakukan sebelah mata kau lupakan Allah.. Saat itu linangan air mata yang kau tangisi jatuh sedikit juga menjatuhkan ego tinggimu.. Linangan air mata membasahi kornea jernih menguggat ketakutan dalam dirimu.. Ketahuilah air mata itu air mata keinsafan yang dikira kau menangis kerana kau berada dalam kesempitan yang berkesempatan diri kau mengingati Dia.. Sungguh indah saat itu jika ketika itu kau sedang sujud.. Sungguh syahdu saat air mata egomu terlinang kau lupakan urusan dunia yang sering melalaikan kau.. Sungguh sungguh nikmat jika saat itu kau ingatkan mati dan dunia ini sementara.. Susah sebenarnya mencari kesempatan dalam kesempitan ini..
Langgan:
Catatan (Atom)
Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)
Artikel - Artikel Popular
-
Iman kita ada pasang surut. Kadang² bila rajin buat amal ibad at, sedekah, perkara baik, tu tanda iman kita makin kuat. Bila kita buat p...
-
. . .Doa Menghadapi Peperiksaan. . . Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu meneleah mata pelajaran: ...
-
Solat Subuh 3 Set Sujud Pagi hari Jumaat kebiasaannya majoriti kita atau musolla', surau dan masjid dimana imamnya akan memimpin makmum...
-
ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLLAH Alhamdulillah. Bersua lagi mata pena hujung jari, blog cara menyampaikan yang sudah hampir dilupakan....
-
Assalamualaikum dan Bismillah.. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam semua hal hal yang baik insyaAllah. Bulan April penuh d...
-
A SSALAMUALAIKUM & SALAM MERDEKA Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang. Rindu zaman sekolah, betul. Setahun dua ramai ...
-
ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH Sengaja menulis lagi. Adakalah nukilan atau tulisan mahupun gambar yang dilulkis itu boleh menjadi s...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedikit cerita dan perkongsian bersahaja. Alhamdulillah, puasa sudah selesai. Raya pula h...
-
Ada seorang perempuan yang memilih bungkam atas perasaannya. Hingga dtglah orang lain utk meminangnya, Lelaki lain yg ta...
-
Assalamualaikum dan Bismillah.. Tiada sebarang posting bulan May, kenapakah? Adakah blogger sibuk, adakah laptop blogger buat masalah...