"Aku terima nikahnya Si Pulina Binti Si Pulan dengan Mas Kahwinnya RM tunai.."
BERMAKSUD :
"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku."
Gerun bukan? Benar ini bukan perkara baru.. Eh, bukan.. Saya belum nikah lagi.. Insya-Allah kalau ada rezeki tahun ni.. Maksud di atas hanya satu soreh. Soreh ni mcm perkara tersiratlah atau seumpamanya.. Buat takut je.. Eh, mana ada.. Inilah hakikatnya.. Ramai yang nampak luaran indah namun dalamannya Allah sahaja tahu..
Benar bukan, ramai lelaki yang berjaya akad nikah semasa tangan dia dan kadi berpaut namun lagi di banggakan jika sekali lafaz sahaja namun ketahuilah itu zaman dulu, zaman sebelum saya nikah.. Hahaha, amboi, bukan main kau.. Yalah, akad nikah ni ramai lelaki berjaya melakukannya namun ramai yang tak berjaya mendidik isteri seperti kehendak didikkan Islam..
Fahamkan? Bukanlah saya nak cakap sebab insya-Allah saya akan menyusul tapi sebenarnya nikah ni bukan sesuatu yang mudah, nikah mudah namun melaksanakan tanggungjawab selepas nikah itu bukan mudah. Amboi engkau, sebut nikah muka engkau lain je, pipi merah je.. Siapa tak mahu nikah akak oi.. Semua mau nikahkan? Jadi biar lambat asalkan tepat tau.... (Saya diam memikirkannya)
Akak doakan cepat mengakhiri zaman bujang. Ameen :)
BalasPadamSelamat juga memikul amanah. Ameen
Eh. Kakak ni. Belum lagi. Tak umumpun lagi
BalasPadam