Selasa, 6 Mac 2012

Hari Bertemu Pelanggan Ke?

 

Assalamualaikum. Jalan lagi.. Hai. Jalan lagi.. Pienn pieenn (bunyi hon kereta) jalan lagi.. Bukan blogwalking tau. jalan lagi.. Jalan lagi.. Sebenarnya jalan dipaksi sama. Bumikan putar ikut paksi. Satu putaran lengkap 365 1/4 hari tapi tahun ni 366 hari. Hari bertemu pelanggan ke? Taklah, mana ada saya buka kedai.. Mana ada saya seorang penjual.. Mana ada saya seorang yang bisnes mcm papa saya.. Papa ke bapa ke ayah ke tak kisah.. Asalkan kerana seorang lelaki yang digelar semua perkara itu menikahi mama kita maka lahirlah kita..

Hari bertemu pelanggan ke? Benar, setiap hari bertemu pelanggan.. Betul ke? Yolah.. Tak percaya, lanjutkan bacaan anda.. Maka apa yang anda baca percayalah.. 

Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya : Aku membuat bai’ah kepada Rasulullah s.a.w untuk selalu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik terhadap setiap Muslim. 

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: ‘Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai’ – hadis riwayat Muslim. 

Benarkan? Hari bertemu pelanggan tu hari hari.. Kita akan jumpa pelbagai orang setiap hari.. Orang yang bagaimana dan macam mana? Yang pelbagai ragam sampai ada yang sebut secara berulang-ulang "rambut sama hitam hati lain lain" (yang rambut dah warna macam macam warna tak tahulah hati mereka macam mana). Tak mau sebutlah tapi apa yang perlu hari ini dan ramai yang takut lakukannya iaitu melakukan sukerela " hari bertemu pelanggan".. 

Mai lanjutkan sikit lagi.. 

Kata Saidina Umar Al-khattab r.a : -

 "Manusia yang berakal ialah manusia yang suka meminta nasihat dan menerima nasihat"..

sekian sudah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular