Ahad, 18 Mac 2012

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?

 

 Yalah, bukan pelanggan sahaja yang nak kena jaga hati.. Pelbagai pihak kita kena jaga hati.. Ada yang kata seumur hidup dia, dia hanya hidup untuk jaga hati orang sahaja.. Dari air muka juga kita boleh tahu bagaimana seseorang itu hidup untuk menjaga hati orang.. Ya, tak dinafikan kita kena jaga orang orang yang disekelilingi kita. Nak nak kalau orang penting dalam hidup kita.. Kekadang kit kalau sayang orang kita akan turut kata dia, penuhi apa dia nak, bereskan segalanya buat dia dan yang penting segalanya yang mendatang kita hadapi dengan tenang walaupun ' air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. 

Kekadang kita perlu merelakan, kita perlu lepaskan apa yang mereka mahukan.. Biar mereka pergi dengan memilih apa mereka mahu, usah kita bentengkan keinginan mereka, usah kita melarang dan usah kita menjadi halangan apa mereka mahukan.. Senang sebenarnya nak jaga hati orang dan sekaligus berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukannya.. Bukannya kita tak mahu usaha untuk sesuatu itu namun andaikata memang tertulis sesautu itu bukan untuk kita maka usah kita macam tadilah usah kita bentengkan keinginan mereka, usah kita melarang dan usah kita menjadi halangan tegar kepada apa mereka mahu.

Benar, kalau bukan kita siapa lagi? Kita mulakan pasrah dalam hidup, ambil baik buang buruk dalam satu perkara. Insya-Allah, Allah permudahkan buat kita dengan mengantikan yang lebih baik dan terus baik suatu masa nanti..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular