Isnin, 30 Jun 2014

RAMADHAN TIBA

ASSALAMUALAIKUM. SALAM RAMADHAN KARIM..

Bagaimana puasa anda? Hari ke-3 sudah ni. Amalan sunat, terawih? Alhamdulillah. Allahuma Balihgna Fi Ramadhan. Alhamdulillah kita sampai pada bulan yg kita doa, kita hitung setiap hari ketibaannya. Bulan ramadhan yg mulia yg dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka. Nikmati Bulan Ramadhan. Kemansian Ibadah, Istiqomah dalam ibadah bermula di sini. Insya-Allah.. SELAMAT BERPUASA  SEMUA :)



Jumaat, 23 Mei 2014

SELAMAT HARI MAMA



ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa.

Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut
1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya


Ada sesetengah pendapat mengatakan sambutan hari ibu adalah haram bagi orang Islam

Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarah hari ibu itu yang bermaksud hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian
Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka
Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


DIA ISTERI DIA MAMA



Buat dia ISTERI/MAMA tercinta oleh saya dan anak anak. Terima kasih menyayangi dan mencintai kami. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta JANGAN GARANG2 ea? Jangan marah ea?



Sabtu, 26 April 2014

Ahad, 6 April 2014

Catatan 7 April

Bismillahir rahmanir rahim..

Catatan 1


Malaysia 7 April, cuaca panas. Sesetengah tempat dikhabarkan "MUSIM BUNGA". Dari gambar gambar disorotkan dilaman sosial menunjukkan betul POKOK BERBUNGA lihat sekali macam di KOREA dan CHINA namun di MALAYSIA.

Catatan 2

Beberapa negeri dimalaysia masih dalam catuan AIR. Anugerah Allah AIR namun ramai yg lupa dan sia sia. Kini AIR dicatu dan manusia mula bersyukur dengan nikmat AIR.

Catatan 3
Takut lihat berat badan. Nak kurangkan berat badan macam susah je. Nak JOG macam dulu alahai,bila boleh sejak ada anak dan isteri pregnant lagi. Kini misi MINUM AIR KERAP. AIR yang diminum air mineral bukan AIR GAS / MANIS

Catatan 4


Telah masuk waktu solat FARDHU ZUHUR. Maka selamat melaksanakan solat FARDHU ZUHUR.

Bersambung..

Ahad, 9 Mac 2014

MAS ke Beijing MH370



Bismillahir rahmanir rahim..

Mari bersyukur, jangan sekali pun atau sehari pun kita hidup tanpa syukur. Allah beri kita BANYAK, kita ingkar BANYAK.. ASTAFIRULLAH.. Banyak ALLAH ingatkan kita. Tapi kita LUPA sudah..

- Akhir 2013 pantai timur banjir
- Indonesia SALJI
- Suhu TERLAMPAU SEJUK MALAYSIA
- KEMARAU KERING Air CATU
- Kebakaran SENDIRI
 - MH370 HILANG DARI RADAR (SUDAH 3 HARI)

ALLAH, tuan puan adik kakak abe, NIKMAT MANA LAGI KITA NAK INGKAR? ALLAH beri kita BANYAK, kita INGKAR pun banyak. Sama2 doakan keselamatan kita, keluarga, orang lain, saudara/i seISLAM kita. Ameen.

Isnin, 17 Februari 2014

Tak Dapat Hadam

Bismillahirahmanirahim.. Jum jirus semua habuk habuk dan kekotoran yg ada kerana SAYA SUDAH MENINGGALKAN BLOG LAMPUNEONMU ini selama seminggu. Aduh, GEBANG lebih kau ni kan? Oh, jangan marah, jangan gadoh. Duduk bersila nikmati APA SAYA NAK NUKILKAN DI SINI. Tahniah, anda sudah membaca sampai sini. Kih kih kih..

Assalamualaikum (Selamat petang bagi yg bukan ISLAM turut fasih bahasa melayu dan membaca.) Kasi gambar satu kali...

 

Okey semua saya beredar dulu..

Hik hik hik... KENA GEBANG LAGI, PERCAYALAH SAYA TAK SELALU BUAT MACAM NI

WSALAM...
 

Jumaat, 7 Februari 2014

Cayang Puan Mama

Berteket-teket. Apa yg tingkat tu? itulah lagu yg seliusly saya pun belum pernah dengar. Cuma dua tiga empat lima menyak ni saya syok ah kat lagulagulan loghat sememeynya N9. Membebeli panjang pulop saya tanpa lupa nak ucapkan assalamualaikum dan salam 1 blogspot lampuneonmu.. Kih kih kih.. Oh no stop!!

Mana pula gambar Kek Puan Mama takpe saya ganti yg lebih Canteekk punya..

 

Inilah keknya tapi dah selamat semuanya di bahagiakan antara adik beradik. Malam tu Puan Mama belanja IKAN BAKAR (LOKASI SPEKSFIKASI di ANA IKAN BAKAR DI TANJUNG LUMPUR). Umur PUAN MAMA tahun ni dah 47 tahun tapi masih terserlah kecantikan dan kesetian seorang IBU, MAMA, MA yang berjaya. Aceee sedih ke? Selamat Ulang tahun kelahiran PUAN MAMA yang ke 47 tahun. Semoga panjang Umur dan Murah Rezeki.

KREDIT!!! ~ ~! HARI LAHIR PUAN MAMA 1/2/1967


Sabtu, 25 Januari 2014

Barakallah. Oki dan Suami Ory



Itulah Lambat




Sekitar Kuliyah Di Kuantan

TAJUK : INDAHNYA MENYINTAI RASUL

USTAZ ZULKIFLI AL-BAKRI

23.01.2014

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD

15.2.2014

Selasa, 21 Januari 2014

Harapnya Lebih Matang

[PUJUK HATI DULU, ISTIGHFAR SAT JAA] 

Bismillah kalimah mulia. Assalamualaikum kalimah sejahtera mendoakan dan mentautkan hati hati kita yang beriman. Apa habaq semua? Cheq cakap penang. Kemain tuh, cheq memang suka loghat loghat ni. Kang cheq pantun nogori ade nak boli ka? hehe


Baik baik. Terus menulis. Saya suka menulis. Tahu ramai juga kata penulisan saya kurang menarik namun saya cuba menulis DENGAN CARA DAN GAYA SAYA SENDIRI walaupun semasa menulis ni saya TENGAH BANYAK IDEA hasil dari pembacaan dan MEMBACA BLOG ORANG namun saya elakkan meniru atau copycat atau ciplak CARA PENULISAN DEME DEME sebab jika saya LAKUKANNYA maka apabila anda membaca pastinya ANDA RASA " EH, NI MACAM GAYA PENULISAN BLOG CAP BUAYA NI " kan. ITU YG SAYA TAK MAHU.



Menjadi blogger matang kekadang perlu, dari segi kandungan, isi penulisan pastikan tiada unsur ini.

# MEMPERMAINKAN AGAMA
# BAIS/BERTENTANGAN
# LUCAH
# MENGATA/MENGUTUK/MENGUMPAT
# PENTINGKAN DIRI
# PERIHAL KEBURUKAN DAN AIB
# HAL HAL NEGATIF
 Sering kali kalau taip apa sahaja di google misalnya SAYA pasti ada pautan yg menlinkkan kita ke blogspot, wordpress dan sebagainya yang entah apa apa. Perihal negatif ini mungkin dulunya melibatkan gambar dan kini tulisan pun TERSEBAR LUAS.

 


Isnin, 20 Januari 2014

Banyak Terlepas

 
MAAFKAN SAYA..

Assalamualaikum, bertangguh itulah saya. Banyak entry yg sepatutnya masuk dalam blog ini saya terSKIP. Khilafnya saya walhal dulu kalau saya baca balik sayalah antara terdahulu mengeluarkan entry terbaru padabila menjelang bulan baru. Ini saya terlepas..
 
Antara ENTERY yang saya NO ENTERY SECARA tak sengaja..
 
- MALAM TAHUN BARU
- AZAM BARU SAYA
- MAULIDUR RASUL S.A.W



Amat-amat khilaf. Terdengar suara blogger lain di bangunan sebelah atau tingkat atas dan bawah. RILEKSLAH BRO, bukan mati pun. Takpelah anda tidak memahami saya kerana saya LAMPUNEON yang terbakar sekian lama belum cukup DANA untuk mengantikannya. InsyaAllah akan datang entery blog ini akan lebih meriah..

HARAP MAAFKAN SAYA!!

Sabtu, 28 Disember 2013

Jumaat, 20 Disember 2013

Dunia Blogger Senyap

Assalamualaikum..


Senyap, senyap, sunyi, tiada.


Dunia blogger Senyap.

Sedih tengok buka blog beberapa orang kini SENYAP.


Apa puncanya? FB? TWITTER? Atau?

Rabu, 11 Disember 2013

Giliran Kami..

 

Giliran kami tahun ni,
Tiada yang lebih mengayatkan hati,
Pabila melihat deritanya apabila diuji,
Sekecil ujian sebesar keluhan..

Banjir bah musibah peringatan,
Masih leka lalai dan liat,
Meluntur kemalasan dan meningkatkan kesyukuran,
Merebah diri bersujud kepada ALLAH S.W.T.

Kian berlalu, alhamdulillah, sabar, tenang dan yakin..

Allah ganti yang lebih baik.. :))

Sabtu, 30 November 2013

Biarlah Dia

Assalamualaikum..


Saya memberi salam.. Macam dalam pengcetus Ummah kata, orang kita selalu malas, apa kata kita terbalikkan perkataan malas menjadi SALAM.. Ayuh sebarkan salam dan senyum..



Tengok gambar saya pinjam dari En. Google, ala nak sign in blogspot pun kena pakai akaun googlekan, BETULKAH GOOGLE SUDAH BELI NOKIA. Dengar kata 10% sahaja. Terkenang hp nokia saya dulu E71 dibeli orang dengan cara hutang dan kini lesap.. Al Fatihah buat saya.. Berbalik pada gambar, pelbagai reaksi bila.. Meh saya buat kira-kira kejap..

UKE ---> UMNO = U kuasa dua. U ke UMNO

Benarkah? Yup,bukan nak politik di sini. Cuma nak pesan...


Jangan, tidak tidak BOIKOT UKE (USTAZ KASSIM ELIAS) sebab, Nabi kata
lihat apa dikatanya bukan siapa yg berkata. Jadi, KALAU DAH JODOH.. pasaiapa boikot. Nampaknya kita memilih ilmu mana kita nak dengar. Dakwah beliau, rancangan beliau, kata kata beliau selagi tak bertentangan dengan Al Quran dan AS Sunnah tiada alasan kita boikot. Bukan memihak kepadanya cuma sebagai INSAN YANG WARAS, perlu WARASKAN fikiran kita..


SENYUM, NO KOMEN atau TAK SUKA. Apa apa pun hanya pendapat saya.. Jangan marah saya.. Kbai. Wsalam..

Ahad, 17 November 2013

Di Hari Lahirmu

17/11/2013

TAHUN KE - 2


Chocolate Cake


HIDANGAN 16 RIYAL

Salam Eid Milad sayang :))


Rabu, 13 November 2013

Memilih Jalan Ini


( KHAS BUAT ANDA KETAKUTAN)

Assalamualaikum

Pernahkah anda merasa takut untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kehidupan? Atau ketakutan ketika mana anda kini berada di persimpangan dan dikehendaki membuat satu pilihan sahaja?
 
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
 
Pernahkan anda ketakutan kerana anda sedar, bahawa anda tidak berkuasa untuk mengetahui ke mana arah jalan yang anda pilih? Anda tidak mengetahui sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menyambut anda di penghujung jalan tersebut.

Ketakutan anda semakin menjadi-jadi apabila jalan yang anda pilih itu, tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun yang anda kenali. Tambahan pula, sebaik sahaja anda memilihnya, maka anda bakal meninggalkan mereka yang sebelum ini bersama anda, kerana mereka memilih jalan yang berbeza.

Akhirnya anda terduduk, terasa kerdilnya diri anda di hadapan Yang Maha Berkuasa. Pada ketika itu, sedarlah anda bahawa anda tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Memberi.

Hakikatnya, persimpangan jalan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang persimpangannya pada pemilihan kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Walaupu  apa pun persimpangan yang dilalui , persimpangan yang benar-benar bakal membuat hati anda kecut  dan badan anda menggigil adalah persimpangan ketika memilih janji perjuangan atau jahiliyah.

wa'Allahualam..




Jumaat, 1 November 2013

Qailullah Tidur Sunnah Rasulullah


Assalamualaikum..

Bismillahir rahmanir rahim..
 
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata :

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular