Sabtu, 22 September 2018

PERKARA BIASA



BISMILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah jari jemari masih memetik kekunci. Dulu ibu saya pesan, jangan sibuk ratib kekunci papan board dan kekunci aplikasi sahaja. Sesekali amik tasbih zikir tahmid, tasbih dan tahlil. JIka dulu diawal kemunculan saya ramai yang kenal saya meminati bahan bacaan selain cerita cerita atau buku buku motivasi saya meminati novel novel Islamik dan cinta. Masih dibenak pemikiran saya dinasihati jangan terlalu sibuk meneleah buku buku dunia, neleahlah buku buku akhirat.AL -Quran tu jangan simpan dirak sahaja.


Mungkin kata ibu itu doa dan dah ditinggalkan buku buku dunia.Diketepikan jari jemari memetik kekunci walhal sekali sekala memetik melepas kerinduan dan melempar idea idea dengan menulis dan memberi anda baca. Dalam  hidup perkara akan berulang, kita dahulu anak, kita kita ibu dan bapa, kita dahulu ibu dan bapa kini kita masih begitu cuma sudah menjadi nenek dan seterusnya. 

Apa perkara biasa tentang anda? Perkara biasa kalau kita selalu buat akan jadi biasa. Itulah kalau dulu dulu faham bahawasanya jangan biasa kan benda benda yang bukan bukan, nanti akan menganggapnya ianya biasa dan selalu lakukan.  Aku sudah biasa!!

Sabtu, 8 September 2018

SEMPURNAKAN



ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLLAH

Alhamdulillah. Bersua lagi mata pena hujung jari, blog cara menyampaikan yang sudah hampir dilupakan. Mohon maaf jika perbahasan dan penulisan ada menyinggung mana mana pihak yang tidak berniat sedikit pun lancang serta keras. Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan terbaik, diperelokkan iman, dimantapkan akidah dan bahagia di sisi orang tersayang, mereka pun sayang kamu.

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Dalam hadith Nabi ditanya perihal mencuri dalam solat namun jika solat kita tidak lagi kita mencuri sendiri dalam solat kita perlu menyermpurnakan solat dengan melahirkan sifat kusyuk. Bagaimana? Saya mendengar di satu stesyen radio seorang ustaz menyenaraikan perkara berikut. Solat perlulah ditempat yg tanpa gangguan yakni bukan depan televisyen,bukan tempat anak anak bermain dan berlari, solat dengan berpakaian bersih, sebolehnya mandi dan bersugi dahulu sebelum solat. Juga jangan solat apabila perut dalam keadaan lapar. 

Jika perhubungan manusia itu kasih sayang, pengantaraannya itu talian komunikasi, maka perhubungan manusia dan Tuhanya yakni Allah S.W.T itu solat maka sempurnakanlah, perelokkanya dengan kebaikan dan keyakinan.

Sabtu, 25 Ogos 2018

SUDAH DEWASA MAHU HIDUP


ASSALAMUALAIKUM & SALAM MERDEKA


Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang. Rindu zaman sekolah, betul. Setahun dua ramai kekawan sekolah mendirikan rumah tangga dan blogger mengenangkan anak anak yang makin besar. Haha, orang baru nak mendirikan rumah tangga namun kita sekarang sedang membela anak (proses dan jaga membesar)

Maafkan blogger lama tak siaran, sebenarnya agak sibuk dengan keluarga kecil, kerja, hobi dan lain lain yang melengkapkan hidup. Tulis blog pun lengkapkan hidup cuma laptop tu kena hidupkan dulu.Okey sudahlah membebel. Di kesempatan ini mengucapkan Salam EIDUL ADHA dan tahniah buat Asyraf Musa dan Shazwanee Maysarrah yang selamat diijabqabulkan dengan pasangan masing2.


Asyraf Musa dan pasangan

 Shazwanee Maysarrah dan pasangan

Ahad, 8 Julai 2018

PIALA DUNIA DAN PIALA FA


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH

Sengaja menulis lagi. Adakalah nukilan atau tulisan mahupun gambar yang dilulkis itu boleh menjadi satu bibit ingatan atau kenangan. Jika dalam penulisan seperti kedupan kita setiap imbauan dan campak belakang dapat diputarkan kenangan lagi.

Musim piala dunia tahun ni seiring dengan hari raya. Dahulu 2014 seiiring dengan puasa. Alhamdulillah tahun ini hiburan sukan ini dapat dilihat sepanjang musim raya dan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. 

Pasukan pilihan blogger tahun ni seperti tahun 2014 cuma ada perubahan sedikit.

2014 - Belgium, England, Portugal
2018 - Belgium, England, Uruguay 

Alhamdulillah juga tahun ni PAHANG FA berjaya membawa pulang PIALA FA setelah menewakan Selangor dengan jaringan Dua goal berbalas kosong. Walaupum terlepas Slot piala AFC 2019 walaupun menang namun kami tetap bangga dengan pasukan tanah kelahiran kami. TAHNIAH!!

ZUHUR DUA KALI

 
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Sedikit cerita dan perkongsian bersahaja. Alhamdulillah, puasa sudah selesai. Raya pula hampir selesai namun silaturrahim sesama kita masih lagi utuh dan berpanjangan. Hujung hujung raya sahaja masih lagi banyak jemputan rumah terbuka sana sini.
 
Cerita dua kali zuhur. Maklumlah masa puasa malamnya terawihkan, jadi bulan puasa banyak kita mengingati waktu solat terutamya waktu sahur dan subuh serta isyak dan tak sengaja juga melihat waktu solat solat lain. 
 
Blogger begitu juga, satu hari tu blogger selesai bungkus makanan untuk makan tengah hari, amik wudhuk terus solat. Selesai solat nak makan rupanya baru masuk waktu Zuhur bila kedengaran. Aduii, nak buat macam mana, sepatutnya puasa atau tidak waktu solat selain solat waktu waktu perlu diingat selalu. Bukan solat Zuhur dua kali itu memberatkan cuma jika PEKA itu lebih sikit pasti rutin harian yang kita lalui lebih mudah. Selamat Hari Raya Semua.. :-)

Ahad, 24 Jun 2018

HATI BUKAN MILIKKU

Assalamualaikum dan Bismillah..


Tiada sebarang posting bulan May, kenapakah? Adakah blogger sibuk, adakah laptop blogger buat masalah lagi atau adakah adakah adakah? Tiadalah, bertaba dalam gua ramadhan diam diam pun tiada. Blogger tak sempat sebenarnya, masa berlalu dengan pantas sekali. Puasa pun rasa macam sebentar sahaja, kejap sangat terus nak raya.

Pertama tamanya Selamat Hari Raya semua. Raya ini alhamdulillah. Betul tidak sama sejibik dengan raya tahun tahun sudah namun ada manis dan kenangannya untuk dilakar dan diukir. Alhamdulillah. Cerita puasa InsyaAllah akan diusahakan posting dengan tajuk entri PUASA TAHUN INI. Nantikan.

Baik, bagi entri pos kali ini benarkan hati kita ini bukanlah milik kita mutlak, berkali blogger ingatkan jika hati kita sering diketuk ketukkan dengan sesalan, rindu beragama dan rasa gundah gelana dengan maksiat Alhamdulillah Allah masih memberi kita perasaan atau masih memelihara kita.

Sesekali apabila memandu sambil layan radio ikim ada diputar lagu Sebatang tamar yang merindui Rasulullah. Walaupun sekadar mimbar yang pertama menjadi sandaran namun  benda yang tak bernyawa punya hati yang lembut, kita bagaimanakah?

Ahad, 15 April 2018

HAK MEMILIH


Assalamualaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam semua hal hal yang baik insyaAllah. Bulan April penuh dengan kejutan. Menghitung hari bulan depan menyambut Ramadhan. Dan bagi rakyat Malaysia disamping Ramadhan disambut. Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang pada awal bulan Mei.Tanggungjawab dan tugas yang berat bakal diletakkan atas bahu setiap rakyat Malaysia untuk memilih. 

 Memilih ni macam nak pilih pasangan hidup kita. Ibu bapa kita tidak dapat memilih. Begitu juga Ibu bapa kita tidak boleh memilih kita. Tapi pemimpin ini rakyat yang pilih. Macam kita lelaki atau wanita memilih calon suami atau calon isteri. Bukan untuk 5 tahun sahaja tapi untuk sepanjang hayat. Tertarik dengan pandangan seorang teman. Bila sampai masanya jodoh akan menemui kita dan bergitu juga apabila tiba tarikh dinanti kita akan mengundi dan memilih maka usah bergaduh dan berusahalah..

Ahad, 8 April 2018

LUAHAN HATI DIA

 
 
Ada seorang perempuan yang memilih bungkam atas perasaannya. 

Hingga dtglah orang lain utk meminangnya, 
Lelaki lain yg tak pernah ia tunggu. 

Ia pun di uji dgn dua ujian. 

Berjuang untuk melepaskan perasaan yang ada di belakangnya, 
Dan berusaha untuk mencintai lelaki yg ada di hadapannya.

Ternyata perempuan itu gagal menjalani ujian itu,
Dia tidak memilih menerima dan juga tidak memilih berbicara. 
Dia masih memilih diam.

Kerana cinta itu bukan suatu pelarian dari kecewanya ke satu hati dan berlari ke hati yang lain nya.

Cerita sedih suatu ketika dulu.

Adakah yang mengalami kisah yang sama? 

Ingatlah dengan kisah ummu salamah yang menjadi janda kerana abu salamah suaminya yg shalih meninggal dunia. 
Pada masa itu ummu salamah merasa sangat sedih dan berkata, adakah seorang muslimin
yang lebih baik dari abu salamah?? 

Lalu ummu salamah mendengar Rasullullah SAW bersabda:

Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah dan berkata sebagaimana yang diperintahkan Allah (innalillahi wa inna ilaihi rajiun), Ya Allah beri aku pahala dalam musibah ini dan berilah ganti yang lebih baik darinya, kecuali Allah akan memberinya ganti yang lebih baik.

Dan selepas masa iddahnya ummu salamah di lamar nabi, 
Dan benarlah Allah telah kabulkan doanya.

Sedikit perkongsian dari kisah cinta yang mengharukan :

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular