Rabu, 30 Disember 2009

Ukurlah tahap keIslamanmu selepas ini kau baca..


Benciku pada Yahudi yang laknat itu terus gah

JAWAPAN DI HARI “PERHITUNGAN” (KIAMAT)

Apa yang kita lakukakn di saat Allah menghapuskan hak penguasaan kita kepada harta-Nya? Tidak terkiralah sama ada dengan memutuskannya daripada kita atau dengan ketidakmampuan kita memperolehnya.

Sedangkan kita menyalahgunakan salah satu nikmat Allah ini dengan memberi sokongan kepada mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.

Apa yang kita akan jawab pada hari “perhitungan”. Pada hari yang harta benda tidak lagi manfaat iaitu apabila Allah menyoal kiti bentuk pengunaan harta yang telah dikurniakan hak milik sementara kepada kita.

JOM RENUNGI HADIS INI

Daripada Abu hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w. bersabda:

“Kedua belah kaki anak Adam akan terus berdiri di hari kiamat, sehinggalah dia disoal tentang emapt perkara : Tentang umurnya, pada perkara apakaha dia telah habiskan. Tentang jasadnya, pada apakah dia telah gunakan. Tentang ilmunya, apakah yang telah diamalkannya. Tentang hartanya, dari manakah dia peroleh dan perkara apa yang telah dibelanjakan.” (Riwayat Muslim, Tirmizi dan At-Tabrani)

APAKAH JAWAPAN YANG AKAN DIKEMUKAN BAGI MEMBALAS SOALAN ALLAH TERUTAMA PASAL HARTA?

Awal-awal lagi,tidak ada guna membohongi Allah kerana hakikat sebenar akan segera terbongkar. Kedua belah kaki yang berjalan ke gedung gedung milik Yahudi akan bertutur dan tangan-tangan yang menghulur duit membayar pengeras atas perkhimatana Yahudi akan bercakap. Siapa yang mahu kamu dustai? Manusia yang tidak Nampak apa kamu lakukan yang ingin kamu dustai? Atau Allah yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui yang ingin kamu dustai? Sebarang dalih tidak ada gunanya. Jika ada alas an sekalipun, kepada siapa alas an yang tak berasas itu ingin dikemukan?

BERTERUS-TERANGLAH PERBUATANMU

Oleh yang demikian, yang ada hanyalah berterus terang. Berkata benar ini pula begitu dan amat memeritkan dan pahit:

“Aku telah belanjakan harta-Mu wahai Allah untuk musuh-musuh agama-Mu”

“Aku telah menolong sefasik-fasik hamba-Mu untuk membunuh, menumpahkan darahku dan darah anak-anak  seagamaku dan aku mengalakkan mereka terus mencemarkan kiblat umat Islam yang pertama dan tempat Israk Pesuruh-Mu yang amanah.”

“Aku telah utamakan keseronok dengan makanan, pakaian, hiburan dan lain-lainnya dengan bayaran nyawa keluargaku dan saudaraku di Palestin, Jordan, Lubnan, Mesir, Syria dan Iraq.”

AKU MENYERU..

Benar-benar bukan mudah kita hendak meninggalkan satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Tak mudah kita lekangkan sesuatu perkara yang sudah dapat sebati dengan nafsu kita. Sukar untuk kita katakana tidak pada sesuatu yang mampu mencetuskan keseronokan dan kebosanan kita walaupun kita dapat kepuasan itu dengan mengadaikan nyawa saudara seIslam kita.

Namun begitu situasi ini diterima oleh seorang mukmin yang berharap menemui Allah dalam keadaan bertanggungjawab memastikan setiap apa dia lakukan mendapat redha Allah. Dia sedar dan tahu bahawa dia tidak akan Berjaya melainkan dengan menjauhi perkara yang dia rasa seronok tetapi berkait dengan Yahudi di dunia dengan tidak membelanjakan harta-hartanya pada perkara-perkara yang boleh memberi pulangan dan kegembiraan pada musuh-musuh Allah dan kepada perkara yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah.

INGATLAH SAUDARA SEISLAMKU..
HENTIKANLAH KAU MEMBERI SUMABANGAN KEPADA ANJING ( YAHUDI)..
JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI AKU MEMPERINGATKAN KAMU JIKA SELEPAS KAMU MENGETAHUI URUSANMU HANYA DENGAN ALLAH..

Sebarkan Ukhwah.. Luaskan syiar Dakwah..




(alhamdulillah)

Jadilah tinta yang pekat kesannya..
Tinta itu meninggalkan kesan kebaikan yang susah dibersihkan..

Sedang Maria sibuk mengemas biliknya.. Serangkap salam bersama ketukan pintu kedengaran olehnya..


“Assalamualaikum,” salam kedengaran kali keduanya..
“Waalaikumusalam. Oh, adik Jihah! Masuklah,” tersenyum Maria melihat adik seusrahnya dating menziarahinya.

Jihah : Akak, Saya nak minta akak doakan saya. Minggu ni saya ada monthly test. Kak Maria, saya rasa resah tak tentu hala. Makan pun tak selera dan solat pun kurang khusyuk. Asyik teringat monthly test yang akan mendatang. Akak boleh beri nasihat sikit.

Maria : Resah? Solat pun tak khusyuk? Adik Jihah tak buat persiapan ke? ( spontan jawabnya apabila nak hadapi monthly test sampai solat tak khusyuk)

Jihah :Sudah. Tapi rasa macam tak boleh jawab. Dup Dap Dup Dap saja rasa jantung ni apabila memikirkan tentang monthly test ni.

Panjang Maria menasihati:

Resah datang apabila kita berharap sepenuhnya pada usaha kita semata-mata hingga terlupa bahawa yang memberi natijah untuk exam atau test kita ialah Allah. Memang benar kita usaha tahap maksimum untuk exam atau test tapi hakikatnya kejayaan itu datang dari rahmat Allah. Dia berhak nak bagi lulus atau gagal. Kita kena yakin dan bertawakal bila sudah berusaha. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah pernah berjanji, Dia tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Namun, kita bertawakal bukan dengan usaha kita tapi bertawakal pada Allah selayaknya.

Jihah : Habis tu macam mana solat saya sampai tak khusyuk? (Tetiba Jihah mencelah)

Maria sambung percakapannya:

Solat tidak hadirnya khusyuk kerana hati tidak hadir sama waktu solat itu kita kerjakan. Ruang hati waktu itu dipenuhi dengan exam atau test, tiada ruang lagi dalam hati bagi khusyuk dengan Allah menempatinya. Jangan jadikan exam atau test lebih penting dan lebih utama daripada Allah sedangkan rahmat Allah sepatutnya yang lebih kita yakin solat tu dah dianggap rutin harian oleh minda kita bukan lagi satu urusan penting yang perlu dipertingkatkan kualitinya. Kena jelaskan semua mind setting kita pasal solat.

Sambung Maria lagi..

Kakak pun takut nak bicara bab solat dan kekhusyukannya sebab akak pun masih tercari-cari nikmat solat yang sebenar. Masya-Allah, susahnya nak hadirkan hati ketika solat! Kita tak mampu capai taraf khusyuk dalam solat tapi kita mampu berusaha dan terus berusaha mencapainya. Di sana, terdapat rahsia ketenangan hati. Barulah ketenangan menguasai diri dan resah tak kunjung lagi.

Jihah : Akak, saya ni bukanlah rajin dan pandai sangat dan sering takut gagal. Lepas ni kena cari ketenangan dalam solat untuk singkirkan resah tukan?

Maria : Dik, kita bukanlah bodoh kalau gagal selepas berusaha sebaliknya kita bodoh jika gagal tanpa usaha. Sebab gagal selepas berusaha adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Hanya orang mampu menghadapinya diuji. Kalau kita reda, inilah peluang kita untuk naikkan darjat kita di sisi Allah agar Allah reda dengan kita. Ingatlah adikku sayang, Allah memandang usaha kita bukan natijahnya. Sesungguhnya tiada istilah gagal kalau Allah reda dengan kita. Inilah nikmat jiwa yang taqqarub dengan Rab-Nya.

Jihah : Alhamdulillah. Terima kasih kakak. Saya rasa jiwa saya baru sahaja disuntik semangat. Saya beredar dulu ea kakak? Assalamualaikum..

Maria : Alhamdulillah. 

Insya-Allah. Waalaikumusalam w.b.r

Khamis, 24 Disember 2009

Puisi : Diari gadis itu ( Benar itu dia )



Gadis itu dia sendiri
Dia gadis desa dan gemar keindahan
Keindahan Allah hasil ciptaan-Nya
Dia riang tersenyum  dengan kehidupan miskinnya
Dia syukur nikmat Allah yang dilimpah terhadapnya..

Amanah itu dia pikul di sisi
Tanggungjawab terlaksana sempurna tanpa cela
Saat ketawanya keriangan senyuman manis
Terukirnya senyuman mampu menghiburkan orang sekelilingnya
Memecah kesunyian 24 jam yang berada hanya sekilas..


Yang hidup pasti akan merasai mati
Begitulah kini dia sedang diuji
Dia tabah ditemani cekal kawan baik si kental
Sesekali dia juga mengeluh fitrahnya gadis itu manusia
Terhitung harinya di dunia
Tak terasa deritanya dia..

Apa penghujungnya diari gadis itu?
Diarinya milik Allah walaupun tiada daya gadis itu
Temanku, berdoalah buat gadis itu
Diari gadis itu kini kuukir cerita
Tentang dia adalah hak mutlak milik Pengcipta..

P/S : Puisi ini Ana tulis buat seorang gadis yakni kawan Ana yang bari selesai pembedahan barah otak semalam dan dia sudah sedar petang tadi cuma dia agak lemah.. Berdoalah buatnya kumohon..





Khamis, 17 Disember 2009

Jodoh rahsia Allah dan perlu tepat masanya..

 
Assalamualaikum w.b.r

Ana kurang gemar dan kurang faham apa yang sebenarnya di fikir remaja sekarang. Baru umur setahun jagung (yalah umur muda maksudnya) tapi dah fikir nak berpasangan/couple/pacaran. Hish,macam macamlah.  Ini sebenarnya payah yang nak atasi. Tak mustahil nak atasi tapi yang payahnya nak (mujahadah nafs) didikan nafsu dalam diri  itu lebih kuat daripada berfikiran waras.

Doa solat Istikharah

Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.

Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:




  
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).


Dianugerah otak untuk berfikir: 

Keinginan bernikah itu baik. Keinginan melamar seseorang juga tidak salah. Namun jika waktunya tidak tepat, yang diperoleh akan terjadi hal yang tidak diinginkan. Kau tentu tahu saat ini kau belum berjaya. Kau  juga tahu kau masih ada tanggungjawab pada keluargamu. Ah,pinjaman PTPTN dan Yayasan serta Mara juga baru kau mula meminjam dan belum mampu melunaskan bayarannya malah kau mengunakannya. Kalau kau membuka perasaan dan keinginanmu saat ini, pasti boleh menghilangkan tumpuan kau terhadap apa yang penting buat kau. Belum masanya kau fikir cinta dan ketepikan pujukan nafsumu. Keutamaanmu pada pelajaran akan terganggu dan beralih memikirkan Akhi/Ukhti pujaanmu. Apalagi jika sebenarnya tiada bersedia dari segi fizikal dan metal untuk ke arah berumah tangga masakan kau menanggung dirimu juga tidak mampu.


Kawan/teman/sahabatku kau harus berusaha mengatasi masalah dirimu. Kau harus dapat mengatasi perasaanmu. Jangan kau korbankan orang lain. Jangan kau korbankan dirimu dan menjadikan orang yang mahu jadi terkorban. Sebaiknya buat sementara ini, kau berpindahlah perasaanmu kepada Allah S.W.T, Kepada Nabi utusannya Muhammad s.a.w seterusnya kepada ibu bapamu. Kau lebih memerlukan perasaanmu kepada Allah, Nabi dan Ibu bapamu ketika ini. Percayalah, siapa jodohmu sudah tertulis di Lauhul Mahfudz. kau jangan risau. Jika memang yang tertulis untukmu si dia yang bertakhta di hatimu. Insya-Allah tidak akan ke mana mana.


Wa'Allahualam..




Rabu, 16 Disember 2009

Iman As-Syafie dan petuanya ( 3 in 1 )


Riwayat hidup Imam As-Syafie

Nama lengkapnya Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pd tahun 150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah s.a.w. Ketika masih kanak2, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat susah. Ketika berumur 2 tahun dibawa ke Makkah dan belajar di sana. Beliau sangat rajin belajar dan cerdas.

Semua ilmu yg diperolehnya dicatatnya pd tulang2 hingga penuh satu ruangan. Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith “Al-Muwathta” karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa.

Di antara gurunya di Makkah, Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Umur 20 tahun pindah ke Madinah, memperdalam ilmunya dengan belajar dengan Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat2 Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka. Mengadakan perjalanan ke Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara. Setelah 2 tahun mengembara, menetap di Madinah selama 2 tahun. Dari perjalanan ini, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.

Pada 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama 2 thn di situ, ramai orang berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan “Qaul Qadim” (pendapat lama). Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan “Qaul Jadid” (pendapat baru).

Syafie adalah seorang imam mutjahid yg banyak diikuti alim ulama, Wali yg soleh, seorang suku Qiraisy yg amat dalam ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.

Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, “Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi”.

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat. Syafie pernah berkata “Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan utk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik utk kebenaran mahupun tidak”.

Imam Syafie wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kubur dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Petuanya yang berguna.. 


1) 4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
   - Makan daging
   - Memakai haruman
   - Kerap Mandi
   - Berpakaian dari kapas

2) 4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
   - Banyak berkelamin
   - Selalu cemas
   - Banyak minum air ketika makan
   - Banyak makan bahan yang masam


3) 4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
   - Memandang najis
   - Melihat orang dibunuh
   - Melihat kemaluan
   - Membelakangi kiblat


Wa'Allahualam..





Khamis, 10 Disember 2009

Mahukah kamu rasai apa yang mereka(Palestin) rasai?

Mari hayatinya :

" Setelah Nabi kita wafat, perpecahan umat Islam mula dirasai. Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah telah ditentang dengan pengikut saidina Ali kerana beranggapan Saidina Ali lebih layak sebagai orang yang memengang tugas kekhalifahan dan menyandang jawatan itu."

Dari Sauban, iaitu di berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w, " Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar mengerumuni makanan. Mereka bertanya, "Adakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah? Jawab Baginda, kamu ramai, tetapi kamu laksana buih air bah. Dalam pada itu, hati mereka tidak segan keatas kamu dan dalam hati kamu sendiri, tumbuh penyakit wahan. Apa yang dimaksudkan dengan penyakit wahai itu, wahai Rasulullah? Maksudnya ialah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dunia dan takut mati".

(Riwayat Abu Daud)

Demikianlah gambaran yang berlaku pada umat Muhammad pada hari ini. Bilangan Muslim di seluruh dunia yang melebihi satu bilion ternyata tidak menggentarkan musuh utama yakni Israel yang kecil itu. Contoh yang terbaru adalah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di tebing Gaza. Walaupun Rezim Zionis itu dikelilingi negara-negara Islam Arab, namun rakyat Palestin terus dizalimi tanpa pembelaan. Kesombongan dan keegoan orang Arab membuatkan dunia tidak lagi menghormati mereka sebagai bangsa yang pernah digeruni pada masa dahulu.


Dua buah novel ini cukup meluluhkan hati Ana apabila terasa kuatnya penderitaan mereka yang digambarkan penulis. Mampu menjatuhkan air mata apabila nasib mereka di sana. Jangan anggap yang minat novel itu perempuan dan setiap novel itu hanya berkisar pasal cinta. Tak,novel Islamik bukan begitu dan tak pernah sama dengan novel biasa. Dalan novel begini banyak mengajar kita pahit manis kehidupan bukan seperti novel biasa yang mengajar kita hidup seperti jalan cerita novel.


Novel pertama
Tajuk : Melakar cinta firdausi
Penulis : Nurul Aini K.Azahari/Aimi Nabihah Mohamad
Keluaran: PTS Litera
Harga: RM 16.00

Novel Kedua :
TajuK : Rindu & Air mata Di KTZI'OT
Penulis : Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Keluaran : PTS Litera
Harga : RM 16.00



Rasai deritanya penduduk Palestin apabila tanah air sendiri mereka dianggap orang asing. Apabila setiap hari ada sahaja kematian. Rasai macam mana deriatanya mereka apabila mereka tidak aman berada dalam keluarga sendiri. Hidup dalam keraguan dan ketandusan tembok yang dibina oleh Rejim Zionis. Muhasabahkah kita? Tahukah kita? Tahu pastu hanya memikirkan diri kita sendirikah? Sedap dan senang sahaja kita memperakui barangan Zionos.Yalah,rakyat Malaysia hanya mampu berjuang melalui boikot. Tapi adakah kita buat? Tepuk mulut yang merokok dan tepuk tangan yang gatal-gatal sign ini Facebook. Jangan kita jadi seperti orang Kristian. Dah tahu Isa ibnu Maryam Nabi Isa bukan Tuhan tapi degil dan keras kepala juga. Kononnya malu nak mengaku kebenaran. Buka mata dan fikir. Kita dah besar dan dunia dah tak lama. Dah bawa peringatan tak mahu ikut dan tak mahu dengar. Buat peka telinga. Buat do no.  Siapa yang peringatankan usah ambil peduli tapi lihat apa yang diperingatkan. Kamu fikir kamu aman bersenang lenang di dunia walhal saudara seIslam kita menderita. Dah sedia ke jawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir yang lama dah dibocorkan dan ingatlah semua itu hanya Iman dan amalan kamu yang dapat menjawabnya.

Takbir!!!
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!!!

Selasa, 8 Disember 2009

Muhammad Bin Abdullah : Peribadi Seorang Pahlawan


(Written by : Abdul Hakim Ahmad)


Sipnosis :

Pahlawan didefinisikan sebagai orang yang gagah dan berani atau perjuang yang gagah. Mereka lahir pada setiap zaman dan dalam setiap kelompak kaum. Tiada kod yang dapat mendefinisikan pahlawan dengan tepat. Namun, kewujudan mereka bagai diperlukan bagi mengimbangi antara kejahatan dengan kebaikan. Nama-nama seperti Alexander the Great, Spartan, Troy Julius Caesar, Gengis khan dan sebagainya menunjukkan bagaimana pahlawan itu dinobat dengan kegagahan, kecergasan dan kecederdasan mental yang kuat dalam menguasai sesuatu pertempuran. Muhammad, putera Abdullah bin Abdul Mutalib juga tidak terkecuali. Malah, beliau lebih berjaya dalam mengimbangi antara kegagahan fizikal, kecerdasan mental dan ketinggian spiritual dalam sebarang ssituasi.

Buku Muhammad Bin Abdullah: Peribadai seorang Pahlawan, meluaskan persepsi mengenai ciri bagaimana peribadi seorang pahlawan yang cemerlang dan seimbang daripada pelbagai aspek. Turut menyentuh:

  • Bagaimana ciri kepahlawan Nabi Muhammad s.a.w.dibentuk.
  • Cabaran dan dugaan yang ditempuh sepanjang hidup.
  • Ciri kepahlawanan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Tegas kepada musuh, lemah lembut kepada umatnya.
Abdul Hakim Ahmad adalah pembantu takbir kanan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau memperoleh Diploma Pentadbiran dan Undang-Undang daripada Universiti Teknologi Mara (UITM).


Sabtu, 5 Disember 2009

Puisi: Masa itu dan di situ (Aku semadikan khas buat EX-5 Adil)


(Waktu Form 5 dulu dulu)

Di satu medan matan permulaan
kerjayaku kita bertemu..

Di situ tujuan yang satu
kita mula bertamu..

Mengenang titisan air mata
aku mengingati..
Inginku kembali..

Disaat dulu
Aku begini dan kau begitu..

Walaupun tujuan kita sama
Tapi kau berjaya mendahuluiku kini..

Masa itu berlalu sekelip kelopak mataku
Masa itu bagaikan angin lalu
Masa itu kiniku rasa bagaikan semalam..
Masa itulah yang aku rindu dan telah berlalu..

Kini kita bertemu kembali
Dan masih aku begitu dan kau begini..

Terbayangkan aku nostagia dahulu
Yang kini aku rindu dan tak dapat aku putarkan waktu..
Yang telah menjamah waktu-waktu dulu..
Yang tak dapat aku bohongi bahawa aku rindu masa itu..
Masa-masa aku bersamamu..

P/s: Buat sahabatku 5 Adil semua..

Jumaat, 4 Disember 2009

Carta 5 dalam sahabat...


(Gambar kenangan reunion blogger tahun 2009

Nasihatnya:

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah kerana Allah.
 
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Hadis Nabi tentang bersahabat

Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim:

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi saw bersabda: "Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat"

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:
Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

 
P/S :


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Wah'Allahu'ta alam..






Rabu, 2 Disember 2009

Dalam bulan Zulhijjah itu...


Makkah Al-Mukarramah


Makkah Al-Mukarramah (Night viewer)

Zulhijjah Bulan Islam





Bulan Zulhijjah adalah salah satu diantara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.




Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah s.a.w lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah.



Amalan-Amalan Di Bulan Zulhijjah




Bulan Zulhijjah adalah bulan haji, maka ibadat haji adalah menjadi keutamaan dikerjakan di bulan ini. Bagi yang mengerjakan haji, kita doakan mereka pergi dan kembali dalam keadaan selamat. Moga ibadah haji mereka akan diterima Allah SWT.




Bagi yang masih belum berkesempatan dan belum berkemampuan, bersabarlah dan sentiasalah memasang cita-cita untuk ke Makkah di tahun akan datang, InsyaAllah. Pada 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji atau disebut juga dengan Hari Raya Korban dalam bahasa Arabnya Idul Adha. Kita disunatkan bersolat sunnat 'Id di pagi harinya dan disunnatkan menyembelih binatang ternak yang berkaki empat (unta, lembu atau kambing).




Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah dikenali dengan Hari Taysrik yang mana korban masih disunnatkan lagi dilakukan. Disunatkan juga kita bertakbir setiap masa khasnya selepas solat pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah tersebut dan diharamkan kita berpuasa padanya.

Peristiwa Bulan Zulhijjah
Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di bulan ini. Berikut adalah diantara peristiwa penting yang pernah tercatat di bulan Zulhijjah




1. Penyembelihan Nabi Ismail a.s Nabi Ibrahim a.s yang mendapat gelaran Rasul Ulul A'zmi sekali lagi membuktikan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya, Ismail AS. Ismail a.s juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa ada bantahan. Lambang kepatuhan dua beranak ini telah diabadikan menjadi syiar Islam (sembelihan). Umat Islam samaada yang berada di Makkah ataupun di mana-mana disunatkan untuk berkorban menyembelih samaada unta, lembu, atau kambing pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.




2. Baiatul Aqabah. Pada tahun ketiga belas selepas perlantikan Baginda SAW menjadi nabi, berlakulah peristiwa Baiatul Aqabah (perjanjian setia Aqabah), ianya disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka telah berjanji akan terus setia mempertahan, menolong dan menyebarkan ajaran Rasulullah SAW kepada penduduk Yatsrib (Madhinah). Sebenarnya Baiatul Aqabah adalah pembuka kunci kepada penghijrahan nabi SAW ke Madhinah. Nabi sudah menyediakan pendokong-pendokongnya terlebih dahulu di Madhinah sebelum berhijrah. Maha suci Allah yang telah mengatur dan menolong kekasihnya (Rasulullah s.a.w).




3. Hajjatul Wida' (Haji Selamat Tinggal) Rasulullah s.a.w hanya sempat mengerjakan haji sebanyak sekali sahaja seumur hidupnya. Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan 'ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wida'. Pada peristiwa Hajjatul Wida' itu, baginda s.a.w menyampaikan khutbah terakhirnya (Khutbatul Wida') yang mana amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah intipati peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.




4. Saidina Umar Al-Khattab r.a meninggal dunia, Saidina Uthman Al-Affan r.a dilantik. Saidina Umar adalah khalifah ke dua selepas Saidina Abu Bakar r.a. Beliau adalah sahabat rapat Rasulullah s.a.w dan terkenal dengan sifat tegas dan cerdik sehingga digelar dengan Umar Al-Faruk (pembeza). Pada tahun 23 Hijrah, Amirul Al Mu'minin Umar bin Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah Al Majusi. Dengan itu urusan kepimpinan negara bertukar kepada Saidina Uthman r.a. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis mesyuarat Syura yang telah ditubuhkan oleh Saidina Umar bin Al Khattab sebelum kematiannya.




5. Saidina Ali k.w.j menjadi khalifah yang keempat. Setelah berlaku kontraversi tentang pembunuhan Saidina Uthman r.a, urusan kepimpinan kerajaan diterajui pula oleh Saidina Ali r.a. Perlantikan Saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Saidina Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah. Dan akhirnya Ali juga di bunuh oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya. 



Renungan Bulan Zulhijjah





" KHUTBAH TERAKHIR DARI NABI MUHAMMAD SAW "




(Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung Arafah)*




Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.




Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.




Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.




Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.




Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu..




P/S : Kenalilah lebih mendalam bulan bulan Islam seperti bulan bulan Masehi..

Info:
 
Ulul Azmi adalah gelar yang diberikan kepada para rasul(nabi) yang memiliki ketabahan dan kesabaran yang luar biasa baiknya dalam menjalankan tugas yang suci.
 
Rasul Ulul Azmi
  1. Nabi Muhammad s.aw
  2. Nabi Isa a.s
  3. Nabi Musa a.s
  4. Nabi Ibrahim a.s
  5. Nabi Nuh a.s



Awas! Gelombong Ke-2 H1N1 (Sentiasa berwaspada)



TERUSKAN 5 AMALAN INI...
  1. Pakai topeng mulut dan hidung.
  2. Amalkan adab batuk yang diajar dalam Islam.
  3. Kerap cuci tangan.
  4. Amalkan cara hidup yang sihat.
  5. Jarakkan diri daripada orang yang menunjukkan gejala selesema.
Sahabat dan sahabiahku, semestinya semua perkara Allah S.W.T yang jadikan namun Dia menyediakan ikhtiar untuk manusia. Sebagai contoh yang mudah seseoarang yang lapar. Maka dia perlu berusaha makan maka Allah yang menentukan sama ada dia kenyang atau tidak.. Sekiranya tidak berusaha dan lebih tepat lagi tidak berikhtiar, maka pada dasarnya Allah tidak mengeyangkannya kerana tidak berusaha untuk mencari makanan.

Begitu juga menghindari sesuatu penyakit yakni kita perlu berikhtiar dengan apa yang diajarkan Islam dan disarankan oleh pihak yang pakar. Penyakit itu datang dari Allah S.W.T dan kesembuhan itu juga datang dari-Nya. Slogan "Menghidari lebih baik dari merawat" harus kita pegang dan jadikan amalan.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular