Assalamualaikum w.b.r
Ana kurang gemar dan kurang faham apa yang sebenarnya di fikir remaja sekarang. Baru umur setahun jagung (yalah umur muda maksudnya) tapi dah fikir nak berpasangan/couple/pacaran. Hish,macam macamlah. Ini sebenarnya payah yang nak atasi. Tak mustahil nak atasi tapi yang payahnya nak (mujahadah nafs) didikan nafsu dalam diri itu lebih kuat daripada berfikiran waras.
Doa solat Istikharah
Doa Istikharah bererti:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
Memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Dianugerah otak untuk berfikir:
Keinginan bernikah itu baik. Keinginan melamar seseorang juga tidak salah. Namun jika waktunya tidak tepat, yang diperoleh akan terjadi hal yang tidak diinginkan. Kau tentu tahu saat ini kau belum berjaya. Kau juga tahu kau masih ada tanggungjawab pada keluargamu. Ah,pinjaman PTPTN dan Yayasan serta Mara juga baru kau mula meminjam dan belum mampu melunaskan bayarannya malah kau mengunakannya. Kalau kau membuka perasaan dan keinginanmu saat ini, pasti boleh menghilangkan tumpuan kau terhadap apa yang penting buat kau. Belum masanya kau fikir cinta dan ketepikan pujukan nafsumu. Keutamaanmu pada pelajaran akan terganggu dan beralih memikirkan Akhi/Ukhti pujaanmu. Apalagi jika sebenarnya tiada bersedia dari segi fizikal dan metal untuk ke arah berumah tangga masakan kau menanggung dirimu juga tidak mampu.
Kawan/teman/sahabatku kau harus berusaha mengatasi masalah dirimu. Kau harus dapat mengatasi perasaanmu. Jangan kau korbankan orang lain. Jangan kau korbankan dirimu dan menjadikan orang yang mahu jadi terkorban. Sebaiknya buat sementara ini, kau berpindahlah perasaanmu kepada Allah S.W.T, Kepada Nabi utusannya Muhammad s.a.w seterusnya kepada ibu bapamu. Kau lebih memerlukan perasaanmu kepada Allah, Nabi dan Ibu bapamu ketika ini. Percayalah, siapa jodohmu sudah tertulis di Lauhul Mahfudz. kau jangan risau. Jika memang yang tertulis untukmu si dia yang bertakhta di hatimu. Insya-Allah tidak akan ke mana mana.
Wa'Allahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan