TERUSKAN 5 AMALAN INI...
- Pakai topeng mulut dan hidung.
- Amalkan adab batuk yang diajar dalam Islam.
- Kerap cuci tangan.
- Amalkan cara hidup yang sihat.
- Jarakkan diri daripada orang yang menunjukkan gejala selesema.
Sahabat dan sahabiahku, semestinya semua perkara Allah S.W.T yang jadikan namun Dia menyediakan ikhtiar untuk manusia. Sebagai contoh yang mudah seseoarang yang lapar. Maka dia perlu berusaha makan maka Allah yang menentukan sama ada dia kenyang atau tidak.. Sekiranya tidak berusaha dan lebih tepat lagi tidak berikhtiar, maka pada dasarnya Allah tidak mengeyangkannya kerana tidak berusaha untuk mencari makanan.
Begitu juga menghindari sesuatu penyakit yakni kita perlu berikhtiar dengan apa yang diajarkan Islam dan disarankan oleh pihak yang pakar. Penyakit itu datang dari Allah S.W.T dan kesembuhan itu juga datang dari-Nya. Slogan "Menghidari lebih baik dari merawat" harus kita pegang dan jadikan amalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan