Khamis, 10 Disember 2009

Mahukah kamu rasai apa yang mereka(Palestin) rasai?

Mari hayatinya :

" Setelah Nabi kita wafat, perpecahan umat Islam mula dirasai. Perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah telah ditentang dengan pengikut saidina Ali kerana beranggapan Saidina Ali lebih layak sebagai orang yang memengang tugas kekhalifahan dan menyandang jawatan itu."

Dari Sauban, iaitu di berkata bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w, " Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar mengerumuni makanan. Mereka bertanya, "Adakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah? Jawab Baginda, kamu ramai, tetapi kamu laksana buih air bah. Dalam pada itu, hati mereka tidak segan keatas kamu dan dalam hati kamu sendiri, tumbuh penyakit wahan. Apa yang dimaksudkan dengan penyakit wahai itu, wahai Rasulullah? Maksudnya ialah dalam hati kamu bertakhta perasaan cinta dunia dan takut mati".

(Riwayat Abu Daud)

Demikianlah gambaran yang berlaku pada umat Muhammad pada hari ini. Bilangan Muslim di seluruh dunia yang melebihi satu bilion ternyata tidak menggentarkan musuh utama yakni Israel yang kecil itu. Contoh yang terbaru adalah kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin di tebing Gaza. Walaupun Rezim Zionis itu dikelilingi negara-negara Islam Arab, namun rakyat Palestin terus dizalimi tanpa pembelaan. Kesombongan dan keegoan orang Arab membuatkan dunia tidak lagi menghormati mereka sebagai bangsa yang pernah digeruni pada masa dahulu.


Dua buah novel ini cukup meluluhkan hati Ana apabila terasa kuatnya penderitaan mereka yang digambarkan penulis. Mampu menjatuhkan air mata apabila nasib mereka di sana. Jangan anggap yang minat novel itu perempuan dan setiap novel itu hanya berkisar pasal cinta. Tak,novel Islamik bukan begitu dan tak pernah sama dengan novel biasa. Dalan novel begini banyak mengajar kita pahit manis kehidupan bukan seperti novel biasa yang mengajar kita hidup seperti jalan cerita novel.


Novel pertama
Tajuk : Melakar cinta firdausi
Penulis : Nurul Aini K.Azahari/Aimi Nabihah Mohamad
Keluaran: PTS Litera
Harga: RM 16.00

Novel Kedua :
TajuK : Rindu & Air mata Di KTZI'OT
Penulis : Ashadi Zain & Moh Dat Molok
Keluaran : PTS Litera
Harga : RM 16.00



Rasai deritanya penduduk Palestin apabila tanah air sendiri mereka dianggap orang asing. Apabila setiap hari ada sahaja kematian. Rasai macam mana deriatanya mereka apabila mereka tidak aman berada dalam keluarga sendiri. Hidup dalam keraguan dan ketandusan tembok yang dibina oleh Rejim Zionis. Muhasabahkah kita? Tahukah kita? Tahu pastu hanya memikirkan diri kita sendirikah? Sedap dan senang sahaja kita memperakui barangan Zionos.Yalah,rakyat Malaysia hanya mampu berjuang melalui boikot. Tapi adakah kita buat? Tepuk mulut yang merokok dan tepuk tangan yang gatal-gatal sign ini Facebook. Jangan kita jadi seperti orang Kristian. Dah tahu Isa ibnu Maryam Nabi Isa bukan Tuhan tapi degil dan keras kepala juga. Kononnya malu nak mengaku kebenaran. Buka mata dan fikir. Kita dah besar dan dunia dah tak lama. Dah bawa peringatan tak mahu ikut dan tak mahu dengar. Buat peka telinga. Buat do no.  Siapa yang peringatankan usah ambil peduli tapi lihat apa yang diperingatkan. Kamu fikir kamu aman bersenang lenang di dunia walhal saudara seIslam kita menderita. Dah sedia ke jawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir yang lama dah dibocorkan dan ingatlah semua itu hanya Iman dan amalan kamu yang dapat menjawabnya.

Takbir!!!
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular