Rabu, 30 Disember 2009

Sebarkan Ukhwah.. Luaskan syiar Dakwah..




(alhamdulillah)

Jadilah tinta yang pekat kesannya..
Tinta itu meninggalkan kesan kebaikan yang susah dibersihkan..

Sedang Maria sibuk mengemas biliknya.. Serangkap salam bersama ketukan pintu kedengaran olehnya..


“Assalamualaikum,” salam kedengaran kali keduanya..
“Waalaikumusalam. Oh, adik Jihah! Masuklah,” tersenyum Maria melihat adik seusrahnya dating menziarahinya.

Jihah : Akak, Saya nak minta akak doakan saya. Minggu ni saya ada monthly test. Kak Maria, saya rasa resah tak tentu hala. Makan pun tak selera dan solat pun kurang khusyuk. Asyik teringat monthly test yang akan mendatang. Akak boleh beri nasihat sikit.

Maria : Resah? Solat pun tak khusyuk? Adik Jihah tak buat persiapan ke? ( spontan jawabnya apabila nak hadapi monthly test sampai solat tak khusyuk)

Jihah :Sudah. Tapi rasa macam tak boleh jawab. Dup Dap Dup Dap saja rasa jantung ni apabila memikirkan tentang monthly test ni.

Panjang Maria menasihati:

Resah datang apabila kita berharap sepenuhnya pada usaha kita semata-mata hingga terlupa bahawa yang memberi natijah untuk exam atau test kita ialah Allah. Memang benar kita usaha tahap maksimum untuk exam atau test tapi hakikatnya kejayaan itu datang dari rahmat Allah. Dia berhak nak bagi lulus atau gagal. Kita kena yakin dan bertawakal bila sudah berusaha. Yakinlah, Allah Maha Adil. Allah pernah berjanji, Dia tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri. Namun, kita bertawakal bukan dengan usaha kita tapi bertawakal pada Allah selayaknya.

Jihah : Habis tu macam mana solat saya sampai tak khusyuk? (Tetiba Jihah mencelah)

Maria sambung percakapannya:

Solat tidak hadirnya khusyuk kerana hati tidak hadir sama waktu solat itu kita kerjakan. Ruang hati waktu itu dipenuhi dengan exam atau test, tiada ruang lagi dalam hati bagi khusyuk dengan Allah menempatinya. Jangan jadikan exam atau test lebih penting dan lebih utama daripada Allah sedangkan rahmat Allah sepatutnya yang lebih kita yakin solat tu dah dianggap rutin harian oleh minda kita bukan lagi satu urusan penting yang perlu dipertingkatkan kualitinya. Kena jelaskan semua mind setting kita pasal solat.

Sambung Maria lagi..

Kakak pun takut nak bicara bab solat dan kekhusyukannya sebab akak pun masih tercari-cari nikmat solat yang sebenar. Masya-Allah, susahnya nak hadirkan hati ketika solat! Kita tak mampu capai taraf khusyuk dalam solat tapi kita mampu berusaha dan terus berusaha mencapainya. Di sana, terdapat rahsia ketenangan hati. Barulah ketenangan menguasai diri dan resah tak kunjung lagi.

Jihah : Akak, saya ni bukanlah rajin dan pandai sangat dan sering takut gagal. Lepas ni kena cari ketenangan dalam solat untuk singkirkan resah tukan?

Maria : Dik, kita bukanlah bodoh kalau gagal selepas berusaha sebaliknya kita bodoh jika gagal tanpa usaha. Sebab gagal selepas berusaha adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Hanya orang mampu menghadapinya diuji. Kalau kita reda, inilah peluang kita untuk naikkan darjat kita di sisi Allah agar Allah reda dengan kita. Ingatlah adikku sayang, Allah memandang usaha kita bukan natijahnya. Sesungguhnya tiada istilah gagal kalau Allah reda dengan kita. Inilah nikmat jiwa yang taqqarub dengan Rab-Nya.

Jihah : Alhamdulillah. Terima kasih kakak. Saya rasa jiwa saya baru sahaja disuntik semangat. Saya beredar dulu ea kakak? Assalamualaikum..

Maria : Alhamdulillah. 

Insya-Allah. Waalaikumusalam w.b.r

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular