Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Persoalan yang Ana belum jawab, mungkin segan nak jawab, mungkin malas nak jawab dan mungkin mungkin mungkin mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da??? Baik Ana jawab.. Jelaskan berdasarkan hadis? Ana sedang menuntut hadis di atas.. Ana sedang mencari redha Allah melalui redha ibu bapa.. Ana selalu sebut ayat ini. Ana dan semua diluar sana punya cita-cita dan impian.. Iye Ana juga punya impian dan cita-cita.. Cita-cita Ana nak jadi seorang posmen.. (Wa.. Kwang kwang kwang) ambil diploma jadi posmen? Itu cita cita masa darjah 4 - 6 da..
Ya mungkin ada kata rugi tak sambung..Tapi itulah Ana sedang sambung menuntut ijazah keredhaan Ibu bapa yang insya-Allah bakal Allah anugerakan.. Mungkin Ana tidak sebaik mana, mungkin Ana ada khilaf dan salah, mungkin Ana alpha dan leka, mungkin dan mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da?? Baik Ana faham.. Insya-Allah hikmahnya mula Ana rasai sikit demi sikit hari ini.. Syukur sangat.. Tak perlulah sebut tau.. Yang penting apa? K.E.B.E.R.K.A.T.A.N (Teringat pula cerita dunia baru } Mak dan Mohammad Adif { ).. Kesimpulannya?? Jeng jeng jeng..
Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.
Wa'Allahu'lam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan