Ahad, 16 September 2012

Cinta Cinta CInta Lagi


Ramai teruja dengan perkahwinan kerana disasaukan oleh perasan. Cinta, apabila disalah tafsir menggunakan tafsiran keduniaan, tafsiran Hollywood, dan sebagainya, hanya menunjukkan perkara itu melibatkan perasaan, keasyikkan hati dan keindahan jiwa semata mata, hingga tafsiran itu lalai dan alpha. Perkahwinan nampak seronok bagaimanapun ini tanggungjawab yg pahala dan dosa serta redha atau tidak bersimpang siur..

Anda ingin bercinta? Mahu atau tidak? Cintalah lepas nikah.. 

Sebelum dan jika anda mahukan bercinta, ini perlu ada.

1) Bagaimanakah hubungan dgn Allah?

2) Bagaimanakah kefahaman berkenaan Islam?

3) Bagaimanakah kawalan emosi?

4) Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan?

5) Bagaimanakah perancangan berkenaan kehidupan?

- Jika ini yg disibukkan sejak kita muda, sejak remaja maka kita mampu menghasilkan peribadi matang, yg berwawasan, yang kuat dan mampu dipertanggungjawabkan. Rumah tangga yg diusahakan nanti adalah rumah tangga yg matang dan kuat.

Anda masih mahu bercinta? Masih ada lagi ke persoalan?
 
Agak ralat bila dengar "mahu cinta bersama hingga syurga" dan "bercinta hingga syurga". Frasa yg dilafaz pasangan yg sudah ijab qabul mahu belum namun ini mustahil tanpa persediaan yg sepatutnya. Persediaan apa ea? Persediaan membina peribadinya untuk membentuk ummah.. Lelaki dan wanita perlu buat persediaan..

Jangan guna ayat jiwang jadikan ayat Islamik.. 

Ayat sedikit Islamik : Sekiranya suka,jangan luah. Sekiranya luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Namun berdoa kepada Allah, supaya Dia memberi yg terbaik.

Kurang setuju sebenarnya, perlu luah tapi luahlah dalam keadaan yg mantap, bersedia,punya wawasan & kematangan. Luah dgn cara syarie & perancangan masa depan yg baik. Bincang dgn ibubapa agar luahan itu bukan satu perkara yg tidak serius..

Mereka sering berkata "Allah aturkan perkara hal ini kerana mungkin dia memang jodoh aku!". Biasanya kita akan kata mcm ni bila kita bertemu dgn seseorang acap kali dan sering sangat. Namun sebenarnya kita tidak pernah tahu Allah aturkan apa untuk apa untuk kita, dan kita tidak mampu pastikan, apakah satu2 peristiwa itu menandakan si dia sebagai jodoh kita.

Maka bercintalah bila sudah nikah.. Nikahlah bila sudah Allah datangkan jodoh.. Jika belum lagi punya jodoh maka terus menerus mantapkan diri.. Hoyeeh.. Anda boleh.. :))
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular