Isnin, 3 September 2012

Kita Tak Sepatutnya Kata Macam Tu

(Hari Ini Dan Selamanya Kita Tekad Jaga Mulut Kita)

Mulut kita. Bisa sangat. Apa yg tak sepatutnya kita cakap kita main suka je cakap. Kita kena sedar mulut ni antara pancaindera yang termasuk dalam 5 tu. Kalau Allah tutupkan mulut kita, tiga benda kita hilang. Nikmat rasa, makan dan bercakap. Nauzubillah. Sedihkan rasanya. Apalah erti hidup kita nikan? Asyik lakukan dosa dosa yang hampir sama. Asyik kufur dengan nikmat dan hakikat hidup kita. Antara benda kita tak patut cakap, kekadang tu kita ni terlalu 'SOMBONG'. Kita terlalu bermegah dalam kita tak sedar. 

Kata kata yang tak patut :

Aku solat dah tadi, kau ni apa nak jadi. ( Tengok, kita nak nasihat orang tapi kita rajin tunjukkan apa kita dah buat, jadi macam mana amalan kita yang kita buat)

Kata kata yang tak patut :

Dosa aku yang semalam dah aku taubat pagi tadi, harap adalah pengampunan Allah. (Kita nak beritahu siapakan, kita seolah olah buat sebab sesatu tujuan, amal kita bukan banyak tapi kita harapkan sesuatu yang jauh dari kita)

Kita sepatutnya cakap, harap Allah terima amalanku dan ampun dosa dosaku tanpa mengharapkan apa kita buat perlukan balasan. Itu tak ikhlas namanya. Biar Allah sahaja nilai sejauh dan sebanyak amal yang kita lakukan. Kita buat taat kepada Allah tanpa jemu tanpa banyak soal..

Sedikit perkongsian..

Menjelang Akhir Hidupnya di dunia dan permulaan hidupnya di akhirat, salah seorang murid beliau yang bernama Imam Muzani datang membesuk.Saat itu Imam Syafi’i hanya bisa terbaring di pembaringan. Imam Muzani bertanya kepadanya, “Bagaimana Keadaanmu?” Beliau menjawab, 
 Aku merasa sebentar lagi akan meninggalkan dunia ini dan berpisah dengan teman-teman. Segelas Anggur Kematian telah aku teguk dan hanya kepada Alloh saja aku kembali. Sungguh, demi Alloh aku tidak tahu, kemana ruhku akan berjalan. Ke Surgakah atau ke Neraka? Jika ke Surga maka aku akan selamat. Namun, jika ke Neraka, maka aku akan celaka.
Setelah berkata demikian, Beliau menangis sambil melantunkan bait-bait syair berikut:

Kala hatiku mengeras dan jalanku mulai menyempit
Aku hanya bisa mengharap titihan ampunan-Mu
Dosa-dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan
Dengan ampunan-Mu, ya Robb, ampunan-Mu jauh lebih besar
Engkau Senantiasa melimpahkan ampunan atas segala dosa
Dan Engkau tiada pernah bosan memberi ampunan.

 
(Biar Bunga Yang Bakal Kembang Itu 'SUKSES')

Insya-Allah sama sama kita meniti perubahan demi diri kita dan orang lain kerana Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular