Jumaat, 7 Mei 2010

Solat Jumaat dan fenomena menjelangnya

Sekadar Gambar Hiasan

WAJIB HUKUMNYA

Firman Allah S.W.T :

"Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui."

"Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."

"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki."

(Surah Al-Jumaah ayat 8 - 11)



Apabila imam telah naik mimbar dan muazzin Telah azan di hari Jumaat, Maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalkan semua pekerjaannya. Surah Al-Jumaah di atas terang dan jelas firman Allah memerintahkan solat Jumaat kepada orang-orang yang beriman. Dan setelah selesai sahaja menunaikan solat Jumaat maka bertebaranlah  dan kembalilah kepada pekerjaan asalmu. Usah risau sewaktu solat jumaat kamu, kamu terpaksa menutup perniagaan kamu dan meninggalkannya kerana Allahlah yang mengatur keluar masuk rezeki kamu dan Dialah sebaik baik pemberi rezeki.

SAKIT MATA MEMADANG, TIMBULLAH SEKELUMIT MALU

Fenomena 1 

Saat Berpusu-pusu

Sekadar Gambar Hiasan
Mesti anda tertanya, kenapa gambar di atas di paparkan? Inilah salah satu fenomena yang sebenar dan selalu berlaku pada masyarat Islam kita. Pada satu masa di mana satu golongan berpusu-pusu menyahut panggilan seruan "Hayya Alaas Solah" kali keduanya azan menandakan solat Jumaat akan didirikan selepas Khutbah selesai dibacakan oleh orang yang naik ke mimbar, satu lagi golongan lain sibuk berpusu-pusu ke pusat membeli belah sampaikan waktu Solat Jumaat juga dianggapnya tidak wujud malah ada yang keluar bersama keluarga. Pernah sekali saya pada waktu dulu terpaksa bekerja pada waktu hari Jumaat yang pada kebiasaanya saya cuti pada waktu itu. Amatlah terkejut saya melihat golongan "mengabaikan" solat Jumaat ini. Saya yang tidak dapat solat pada hati tu menusuk rasa "bersalah" di hati tetapi mereka selambe je membeli belah bersama keluarga.

Fenomena 2

Cerita kedai Kopi, Allah saksi melihatmu
Sekadar Gambar Hiasan
Ini satu lagi fenomena yang perlu dibongkar. Tidak berniat nak burukkan sesiapa tapi yang makan cili tu rasalah pedasnya ea? Selalunya surau atau masjid yang bersebelahannya atau sekitarnya ada warung makan juga ada yang duduk atas moto serta tak kurang juga di dalam kereta. Inilah port port orang yang agar berumur berada semasa khatib sedang rancak berkhutbah. Mungkin juga mereka mendengar khutbah tapi tidakkah agak kurang enak mata memandang lebih lebih lagi non-muslim melihat perangai orang Islam begini. Bukan di dalam surau atau masjid tidak tersedia ruang untuk duduk mendengar khutbah. Ada, cuma mereka ini lebih gemar cara dan gaya begini. Bila khatib dah mula nak tamat berkhutbah baru pusu-pusu masuk ke ruang solat. Entah, bilalah fenomena ini nak dihentikan. Tak ke kita terfikir, ini akan menjadi satu tradisi turun-temurun nanti. Maklumlah.. Budak budak cepat terikut. "Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Betul dok"?

Fenomena 3
  
Berebut Nak Duduk Belakang

Sekadar Gambar Hiasan

Ini satu lagi orang muslim kita lakukan, apa mereka buat? Mereka suka datang awal ke masjid atau surau untuk solat Jumaat. Baguslah kalau macam tu. Yang tak bagusnya mereka suka duduk barisan belakang sekali atau kalau ada diluar ruang masjid atau surau maka ruang itulah pilihan mereka. Kenapa ea mereka takut sangat nak duduk saf hadapan? Kalaulah Allah janjikan mereka di Saf Saf hadapan itu ada wang emas, mutiara dan belian maka mungkin mereka akan berebut malah ada yang sanggup membunuh untuk mendapatkannya. Eh, bukan kalau. Memang ada hadith yang menyebut tentang kebaikan Saf hadapan. 


Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal.” 

(Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib)

Jadi masih ke kita mahu duduk di Saf belakang? Tanyalah diri...
Fenomena 4

Barisan Hadapan Khas Buat Yang Dah Beruban
 Sekadar Gambar Hiasan

“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” 

(Hadis Riwayat an-Nasa’i) 

Hadith di atas jelas menunjukkan galakkan kita memenuhi saf hadapan. Jika melihat hanya golongan yang sudah beruban sahaja di hadapan maka tak cemburukah kita sekali-sekala nak juga solat di saf yang pertama? Di mana saja kita mahukan yang pertama, yang terbaik dan cemerlang. Tapi kenapa di dalam solat kita tak mahu berada di saf pertama? Kenapa? Tak mahu ke kita akan janji Allah dalam Hadith Rasulullah.

Selamat merenung dan beramal..

Rabu, 5 Mei 2010

Cinta Satu Lafaz Yang Puncanya Pembuangan Bayi Berleluasa

Gambaran Hiasan

PERSEMBAHAN MEDIA PERSEMBAHKAN CINTA

Di antara bencana yang melanda masyarakat muslim kita ialah merebaknya skrip-skrip filem dan televisyen yang mempersembahkan indahnya kisah cinta antara seorang pemuda dan seorang gadis. Tidak kiralah skrip tempatan, yang hangat kini indonesi dan juga filipina juga tak kurang hebatnya. Semuanya menggambar rasa saling cinta mencintai sebagai satu muqqadimah yang harus dipenuhi dan yang 'menjadi cukup rasa' bagi memenuhi keperluan yang dikatakan harus ada dalam sebuah perkhawinan dan sehinggakan sebuah perkhawinan tidak akan berjaya jika tidak ada perencah cinta dan saling rindui merindui antara satu sama lain. Demikanlah dugaan dan prasangka penulis yang menyangka itu suatu yang menjadi lumrah. Lalu memasukkannya ke dalam siri-siri filem, sehingga terkesanlah dalam hati para gadis yang masih mentah, masih belasan tahun, masih hinggusan dengan pelbagai jenis ilusi dan bayangan yang menyebabkan dirinya terjerumus kepada 'manisnya' cinta dan yang paling dibimbangkan, sikit demi sikit terjerlus ke lembah kekeliruan dan menjadi mangsa yang mudah terjerat oleh perangkap janji-janji manis yang tak semanis madu para pemuda yang menyimpang. 

BILA CINTA BERBUAH NAFSU


Begitulah fenomena pemuda-pemudi kita. Bila perkataan 'couple' dikomersial. Remaja mula resah melihat kawan-kawan yang terjebak dengan couple padahal couple permulaan kancah maksiat. Biasa mengenal cinta para remaja pada umur belasan tahun lagi. Terutamanya di bangku sekolah, remaja belasan tahun lebih tahu love itu cinta berbanding orang yang sudah berumah tangga berpuluh-puluh tahun. Rindu di dalam hati melebihi segalanya apabila terungkap 'mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak kenyang' angkara bisikan rindu yang datang terbelenggu tanpa memikirkan apa apa lagi selain love in cinta.

Bagaimana Bila Cinta berbuah Nafsu? Bagaimana tu? Apabila seminit tak tatap wajah 'si dia' mula rasa rindu. Tersembur perkataan 'kalau boleh I nak tengok u lama lamalah'. Itu baru ber "i" dan ber "u", belum lagi ber "Abang" dan ber "sayang". Bila cinta berbuah nafsu beginilah. Lelaki hanya memandang wanita sebagai simbol 'kesedapan' semata-mata. Ibaratkan kata orang "walaupun wanita berpurdah menutup semua auratnya, mata dan bulu kening pun dipujinya". Memang tidak dapat disangkal apabila bersepah komentar dari laman sosial tak kiralah pangkal laman tersebut "M" ke "F" ke "T" ke semuanya komentar yang komen wanita berpurdah kalau tidak lain memuji mata dan bulu kening. "Mata u macam mata kucinglah" atau "Cantik mata u lah".. Macam macamlah lagi. Bagaimana lagi fenomena bila cinta berbuah nafsu? Begini, mulalah yang berjaya melepasi rintangan 'couple fasal pertama' di mana kerap bersms ber "Abang" dan ber "Sayang" ni ke 'couple fasal kedua' yakni menyelitkan kata-kata lucah dalam SMSnya. Macam macam topik lucah dibincangkan. Tidak cukup dengan itu, mahu pula adakan perjumpaan dan 'test drive' walaupun ringan-ringan. Nauzubillah...
  
BAYI DIBUANG TERSELIT SAMPAH

Maka bila cinta sudah berbuah nafsu maka ini hasilnya. Apa hasilnya? Bayi dibuang terselit sampah. "Hei kamu." Siapa? Kamulah.. Tahukah kamu, Abad 21 ni lebih hina daripada zaman Jahiliyyah dan zaman firaun. Kenapa? Abad 21 ni zaman pergabungan dua zaman. Hah? Apa kamu cakap ni? Bukan ke kita hidup aman damai? Ya aman teramatlah damai kita hidup sehinggakan dalam surat khabar baru atau lama pelbagai kes ada. Apa kes yang kamu nak? Bunuh?  Rogol ? Zina ? Mabuk dengan arak? Apa lagi? Artis tak sentiasa tak cukup kain? Lagi dan lagi yang paling famous dan tak lengkang di dada akhbar pembuangan bayi. Sampai aku nak tersyasyul kata "Buat benih pandai bila dah jadi benih Ko campak benih merata, Ko ingat benih tu tumbuh pokok?"

Pelbagai peringkat umur yang membuat benih pastu campak merata-rata. Cerita "Orang lombok melarikan gadis Malaysia belum lagi reda" Cerita kisah pembuangan bayi pula menguasai rating tertinggi. Cukupkah prihatin kita terhadap kes-kes ni? Cukup ke bila kita baca kita berasa simpati dan sedih? Cukupkah? Benak hatiku menjerit. Tidaaakkkk!!!! Kenapa tidak? Yalah, kalau kita sebagai kerajaan kita sedarkan masyarakat tentang teruknya gejala ni dan minta masyarakat sedar akan berleluasanya pembuangan benih ini. Yalah, kalau kita sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang penting menjaga anak-anak kita daripada 'couple' dan seterunya 'mengongkong' mereka serta mengawal segala aktiviti-aktiviti mereka. Ke mana mereka pergi? Dengan siapa? Buat apa? Urusan apa? Berapa lama? Dan laranglah anak apabila hendak keluar malam. Kerana "Ibu bapa prihatin anak selamat"

BAYI ITU SUCI DAN IBU BAPA YANG MEMCORAKKANNYA


Mahukan Bayi yang suci  seperti ini perlulah bermula dengan Ibu bapa yang menjaga syariat sebelum nikah, semasa nikah dan selepas nikah..

Wa'Allahu'Alam..

Universiti Tertua Di Dunia : ( Al-Azhar, Cairo )

AL-AZHAR

Nama Al Azhar sering kali disebut oleh masyarakat kerana keutuhan universiti tersebut dan sumbangannya terhadap memartabatkan Islam dan Arab. Hakikatnya seseorang tidak mungkin akan membicarakan tentang mana-mana aspek kemajuan di Mesir tanpa menyedari akan hakikat bahawa Azharlah lampu yang paling bersinar menuju ke arah itu. Malah bagi para sejarawan, tidak boleh dipertikaikan lagi betapa besarnya sumbangan Azhar terhadap sastera walaupun pada tahun-tahun di mana pembelajaran sastera di Mesir agar pudar.  

Courtyard Universiti Al-Azhar

PERKEMBANGAN AL-AZHAR

Pada tahun 359H (970M),  Jauhur As Saqli, panglima Al Muiz Li Dinillah Al Fatimi telah menakluki Mesir. Pada malam pertama beliau menakluki Mesir, beliau terus meletakkan batu asas Kota Kaherah. Beliau turut mendirikan dua buah istana besar, kemudian dia mengasaskan Jami' Azhar. Kerja-kerja itu terus berlansung selama dua tahun. Pada Ramadhan 361H, buat pertama kalinya solat Jumaat didirikan di Jami' Al-Azhar. Motif pembinaan Jami' Al-Azhar pada mulannya hanyalah sekadar tempat menunaikan solat, serta pusat penyebaran mazhab syiah. Namun ia tidak kekal lama sehingga ia bertukar menjadi sebuah institusi pengajian. Orang pertama yang cuba untuk menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian ialah Yaakob bin Kils, menteri Al Aziz Billah Al Fatimi (975-966M). Tindakan pertamanya dalam usaha menjadikan Jami' sebagai institusi pengajian ialah dengan membina sebuah markas jemaah fuqoha' bersebelahan dengan Jami' Azhar. Mereka seramai tiga puluh lima orang faqih.

Pada tahun 375H (986), ilmu-ilmu agama dan bahasa mula diajar di situ. Pengajian itu terus berlangsung sehinggalah munculnya Salahuddin Al-Ayyubi (567-589H). Beliau adalah seorang bermazhab Sunni (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan beliau juga bergiat menghalang mazhab syiah tersebar luas di kalangan orang ramai, beliau mengambil keputusan menutup Jami' Al-Azhar selama satu kurun lebih. Pada era pemerintahan Zahir Bibris (659 - 672H), pengajian di Jami' Al-Azhar di sampaikan semual mengikut fahaman aliran mazhab Sunni. 

Pada mulanya pengajian hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu agama dan bahasa. Kemudian barulah muncul ilmu Astronomi, Aritmetik, Kedoktoran dan Geografi. Pada kurun ke dua puluh, ko-kurikulum pembelajarannya mengalami sedikit pembaharuan. Mula-mula, mata pelajaran moden diajar seperti Matematik, Fizik, dan Kimia iaitu pada awal kurun tersebut. Kemudian disampaikan pula mata pelajaran Pendidikan (education), Psikologi dan bahasa-bahasa asing. 
Masjid Universti Al-Azhar

SUMBANGAN DALAM MEMELIHARA PUSAKA ISLAM DAN ARAB

Beberapa kurun telah melewati Azhar, pelbagai peristiwa berlaku dan beberapa buah kerajaan telah bertukar ganti. Namun begitu, Azhar tetap menjalankan tugasnya menyampaikan risalah dalam memberi sumbangan terhadap agama dan bahasa. Azhar mengerah seluruh keupayaannya untuk menyampaikan risalah tersebut. Walau bagaimana besar pun rintangan yang terpaksa dihadapi oleh Al-Azhar ia sedikit pun tidak menggoyah semangat Azhar dalam melaksanakan tugasnya.

Pada era pemerintahan Fatimiyah, Azhar terus menjadi sebuah institusi pengajian ilmu-ilmu agama dan bahasa selama dua kurun (361-567H). Sebilangan Ulama besar telah menyampaikan pengajian mereka di situ, menteri (Al Muiz) turut mengajar kitab karangannya sendiri di Al-Azhar. Di samping ilmu-ilmu agama, mata pelajaran seperti sastera dan mantik juga turut diajar. Ceramah-cemarah turut disampaikan pada setiap minggu.Perbincangan dan pengajian turut diadakan. 

Isnin, 3 Mei 2010

Kenali Nafs Sebelum Dimujahadahkan Nafs Itu


KENALI JENIS NAFSU ANDA

1) Nafsu ammarah bissu'

~ Ialah nafsu yang mendorong manusia untuk melakukan dosa atau kejahatan.

Firman Allah S.W.T :

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

(Surah Yusuf 12 : 53) 

2)  Nafsu lawwamah

~ Ialah nafsu yang seringkali mendorong manusia menyesal.

Firman Allah S.W.T :

" Dan aku bersumpah dengan jiwa yang menyesali (diri sendiri). "

(Surah Al-Qiyammah 75 : 2) 

Sikit keterangan :

Dalam ayat tadi menyebut, penyesalan terjadi kerana kejahatan lebih banyak dari amalan kebaikan. Maka perbuatan jahatnya semakin bertambah. Maka dia semakin menyesal.

3) Nafsu Sawwalah

~ Ialah hawa nafsu yang sering mengambarkan dan menuju kepada hal maksiat atau kejahatan yang menjadi indah di khayalan manusia.

Firman Allah S.W.T :

" Yaqub verkata : Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu : maka kesabaran yang baik itu adalah (kesabaranku). Dan pada Allah sajalah kita memohon pertolongan-Nya terhadap apa kamu ceritakan. "

(Surah Yusuf 12 :18)

4) Nafsu mulhamah

~ Ialah hawa nafsu yang sering kali mengilhamkan manusia untuk melakukan murka di atas ketaqwaan kepada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T :

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. "

(Surah asy-Syam 91 : 8 )

5) Nafsu muthma'innah

~ Ialah nafsu yang menerangi jiwa dengan cahaya hati sehingga ia lepas dari sifat yang buruk. Jiwa menjadi tenang untuk mencapai kesempurnaan. Nafsu ini menjadi pangkal meraih kesempurnaan insan ciptaan Allah S.W.T.

6) Nafsu radhiah

~ Ialah nafsu yang redha kepada Allah S.W.T. Ia selalu menyerah seluruh urusannya kepada Allah S.W.T.

7) Nafsu mardhiyah

~ Ialah nafsu yang redha kepada Allah S.W.T  dan tampak keredhaannya kepada Allah S.W.T iaitu berupa kemulian (karamah), ketulusan (ikhlas) dan selalu mengingat Allah S.W.T. (zikir). 

Firman Allah S.W.T : 

" Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam SyuragaKu. "

(Surah al-Fajr 89 :27 - 30) 

CARA UNTUK MUJAHADAH NAFS

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah :

1)   Bersungguh-sungguh mempelajari petunjuk. Bentangkan kitab dengan lembaran yang penuh isi. Pandanglah kitab yang luas terbentang iaitu alam semesta. Kemudian, ambillah iktibar padanya. Dengan demikian, tahulah kita akan tipu daya nafsu dan cara mengatasinya.

2)   Amalkan ilmu yang telah didapati dan dipelajari. Dalam mengamalkan ilmu, pemahaman terhadap ilmu itu perlu diketahui agar ia bermanfaat. Teori yang ada harus benar benar difahami dan dihayati kemudian diterapkan dalam kehidupan, sehingga mampu manfaat bagi diri sendiri, saudara, sahabat bahkan masyarakat.

3)   Ajak orang lain mencapai keuntungan bersama. Hal ini sama seperti ajaran Rasulullah s.a.w kepada muadzin agar mengumandangkan 'hayya 'alass solah' dan ' hayya 'alass falah' pada setiap azan yang ertinya marilah mengerjakan solat dan mari menuju kemenangan/kejayaan. Mari itu bermaksud mengajak atau menyeru.

4)    Sabar dalam memperjuangkan benaran. Perjuangan menegakkan kebenaran adalah ladang kelapangan. Jika berjuang dengan landasan niat tulus mengharap keredhaan Allah S.W.T. maka Insya-Allah kemudahan akan diberikan untuk kita menuju perubahan yang lebih baik, asalkan kita sabar dan terus melakukan ikhtiar tanpa putus.

INGATLAH APA KATA ALLAH

Allah S.W.T berfirman :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya. Dan sekali-kali tidak ada perlindungan melainkan kepada Dia "
(Surah ar-Ra'd 13 : 11)

Sabtu, 1 Mei 2010

Ku mohon Maaf Walaupun Bukan Hari Raya

Assalamualaikum w.b.r. Selamat tua kepada bumi. Ialah, dah masuk bulan Mei(5) dah. Cepat masa berlalu, apa amal istiqomah kita lakukan sepanjang 5 bulan berada dalam tahun 2010. Pejam celik, pejam lagi celik lagi. Sudah lama kita hidup dan hampir pendek umur kita. Justeru itu tanya diri kita, apa amal kebaikan aku pada hari ini dan apa amalan kejahatan aku pada hari ini? Tanya diri, adakah aku berbuat mungkar pada hari ini, tanya diri adakah aku menyakiti hati sahabat seislamku hari ni? Sudahkah aku memohon maaf? Tanya diri, sesali diri dan marah diri ni. Mulalah meminta dan memberi maaf kepada orang dengan ikhlas.. Mulalah sebelum "belum bermula tapi dah berakhir". Usah tangguh, laksanakan..Di kesempatan ini Ana blogger kepada blog "Lampuneonmu dan syarahal-hadith" memohon maaf atas segala silap salah sama ada yang nyata, terkasar, teguran yang menyakitkan dan apa saja salah Ana pada sahabat, keluarga, rakan blogger dan sesiapa yang membuka blog ni dan membaca ayat " Ana mohon maaf".

PENTINGNYA PERSAUDARAAN DARI PANDANGAN HADITH

"Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar ma’ruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah."

(Hadis Riwayat At Tirmizi dan Abu Dzar)

"Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan"

(Riwayat Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

"Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka."

(Riwayat Abu Dawud & Annsa'i)

"Tidak halal bagi seorang muslim memutuskan saudaranya (tidak menegur sapa) lebih daripada tiga hari; bila keduanya bertemu maka yang seorang ini berpaling dan yang seorang lagi membelakangi. Dan orang yang lebih baik dari keduanya ialah orang yang memulakan dengan ucapan salam."

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Setiap muslim yang memberikan pakaian kepada muslim yang tidak berpakaian, Allah akan memberikan pakaian syurga kepadanya.Setiap muslim yang memberi muslim lain yang kelaparan,Allah akan memberikan buah syurga kepadanya dan setiap muslim yang memberi minum kepada muslim yang kehausan Allah akan memberikan minum kepadanya dari ar-Rahiqul Makhtum."

(Hadis Riwayat Abu Daud)

"Dari Abdullah bin Amr ra ia berkata, ketika salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik". Seraya Rasulullah saw menjawab: "Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal"
(Hadith Riwayat Al- Bukhari)

P/S : Semaikan benih persaudaran. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Bertemu dalam iman, mengenal Islam dan menegakkan Al-Quran dan As-Sunnah. Proud yourself to be a Muslim by a Quality not a Quantity.

Khamis, 29 April 2010

Orang Kafir vs Seorang Muslim ( Al-Mujadalah)


Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Allah S.W.T dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain.  Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka menilai pendapat siapakah yang paling benar.

Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki itu tidak datang dan ramai hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itu tiba lantas berkata " Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu saya tinggal di hujung bandar ini. Antara tempat tinggal saya dan tempat ini, ada sebuah sungai. Saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai disini. Tetapi tadi, tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."

Orang Kafir bertanya : " Bagaimana kamu boleh sampai di sini jika kamu tidak menggunakan perahu? "

Jawab lelaki itu : " Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki, tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai terhenti di hadapan saya. Kemudian datang lagi beberapa keping lain, melekat sendiri. Lepas itu, dari dalam sungai itu datang pula beberapa utas tali yang mengikat papan-papan tersebut membentuk sampan kecil. Orang-orang di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutupi rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya dapat menyeberang sungai dengan menggunakan sampan yang terjadi dengan sendirinya."

Mendengar kata-kata lelaki itu, orang kafir itu berang: " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami? "

Perkara ini mustahil terjadi. Jawab lelaki itu : " kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak mahu menggunakan akal. Kamu menolak kejadian kapal kecil dengan semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya. Apakah yang lebih sukar untuk dipercayai : Terjadi alam semesta secara semula jadi atau terbina sebuah sampan secara semula jadi?  " 

Isnin, 26 April 2010

Tokoh Pemikiran dan Pembaharuan Dalam Islam (2)


SYEIKH MOHAMMAD BIN ABDUL WAHAB

Nama  : Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najd

Lahir : Pada abad (12 H / 1701 M) di Najd dari Kabilah Bani Tamin

Meninggal : Pada 1793 M Semasa berumur 92 tahun

PENDIDIKAN

~ Beliau Lahir dari kalangan keluarga terpelajar

~ Sebelum berumur sepuluh tahun beliau telah hafal Al-Quran.

~ Beliau juga telah mempelajari fiqih Hambali, Tafsir dan Hadith daripada bapanya.

~ Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadith dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

PERIBADI
~ Mempunyai Otak yang cergas

~ Rajin menuntut ilmu dan menuntut ilmu di usia muda

~ Belajar Bahasa dan ilmu Agama dengan Ayahnya

~ Seorang yang gemarkan Islah, pembaharuan bersih dan bencikan khurafat, tahyul serta bid'ah.

AQIDAH YANG DIBAWANYA

~ Dari Mazhab Hambali

~ Ajaran Syeikh Imam Ibnu Taimiyyah


IMAM HASSAN AL-BANNA



BIODATA
~ Nama sebenarnya Hassan Ibnu Ahmad Ibnu al-Rahman al Banna

~ Lahir pada 14 Oktober 1906 (1324 H)

~ Lahir di Iskandariah, Mesir (Barat Laut Kaherah)

~ Berasal dari perkampungan Petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

PENDEKATAN DAKWAH

~ Lulusan Al-Azhar dan menyumbang dalam penulisan kitab hadith dan fiqh perundangan Islam

~ 19 tahun berpengalaman sebagai pendidik yakni guru

~ Berpengalaman Luas dalam mengendalikan Jemaah

~ Menubuhkan Ikhawanul Muslimin dan menjadikannya terpengaruh

3 PERINGKATAN PENDEKATAN IKHWANUL MUSLIMIN

~ Kenalkan Ikwan pada orang ramai dan sebarkan asas-asas tentang Islam

~ Bentuk keperibadian Anggota Ikhwan dan Laksanakan cita-cita perjuang Islam

~ Gerakan gegarkan mesir dan rebut kuasa politik (pada masa itu)

Ahad, 25 April 2010

Tokoh Pemikiran dan Pembaharuan Dalam Islam (1)

Al - Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullah

Latar Belakang
• Taqiuddin abu al Abbas Ahmad b Abdul Halim al Harrani
• Lahir: 661H, Harran, Iraq
• Namanya bersempena moyangnya ke-9
• Banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan Islam
• Meninggal dunia: Penjara Damsyiq, 728H

Sifat Peribadi
• Bertaqwa dan berakhlak
• Ulung, berhemah tinggi, tidak mudah berputus asa
• Cerdas dan kuat ingatan
• Berfikir terbuka dan kritis
• Berani dan tegas hadapi cabaran

Pandangan al Imam Ibnu Taimiyah
• Bentuk kesatuan : Dua bentuk iaitu Keagamaan (keyakinan kepada Allah, Rasul dan rukun iman yang lain) dan Bahasa (Bahasa Arab).

• Organisasi : Menekankan konsep Ummah. Membentuk organisasi negara merupakan fungsi ummah dan fungsi ummah mesti ditegakkan atas kesatuan kebajikan, taqwa dan persaudaraan.

Sumbangan Beliau dalam Akademik

 ~ Bersihkan amalan daripada bidah,khurafat dan mungkar.

 ~ Menentang penyelewengan akidah.

 ~ Ajak kembali menghayati Islam.

 ~ Dipenjara kerana menegakkan kebenaran.

 ~ Tidak berputus asa dan terus mengkritik penyelewengan akidah.

 ~ Mendedahkan keburukan penyelewengan tersebut dan mengajak mereka kembali kepada al Quran dan as Sunnah.

 ~ Menentang pemikiran barat yang cuba meracuni pemikiran Umat Islam.


As Syeikh Muhammad Idris al Marbawi Rahimahullah
Latar Belakang
• As Syeikh Muhammad Idris b Abdul Rauf
• Lahir: Mekah, 1313H
• Dikenali sebagai ulama Melayu pertama di Mesir
• Daya ingatan kuat (hafaz 16 juz al Quran dan beberapa kitab lain 
ketika 10 tahun)
• Meninggal dunia: 1989M

Sifat Peribadi
• Ulama besar nusantara
• Ahli bahasa,mahir dalam bidang hadis
• Menjaga maruah, bertaqwa dan kuat beribadat
• Berkhemah tinggi, gigih menuntut ilmu

Kejayaan Idris Marbawi dalam Bidang Pendidikan
• Hasilkan kamus Arab Melayu pertama ”Qamus al Marbawidan Qamus al Jaib
• Tetap gigih menuntut ilmu sehingga memperoleh ijazah di al Azhar
• Pelajar Melayu pertama mendapat ijazah tersebut

Sumbangan Al Marbawi dalam Bidang Bahasa
• Hasilkan Bahrul Mazi, kitab hadis pertama dalam Bahasa Melayu tulisan jawi
• Tulis kitab dalam Bahasa Melayu agar menjadi bahan bacaan orang 

Melayu
• Menulis Bulugh al Maram, kupasan hadis dalam Sahih Bukhari
• Dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti 
Kebangsaan Malaysia
• Dianugerahi Tokoh Maal Hijrah Malaysia
• Hasilkan kitab hadis,fiqh, tafsir dan kamus kerana menguasai

Jumaat, 23 April 2010

KeSABARan Rasanya Pahit Tetapi Akibatnya Manis Bagaikan Madu!


SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI R.A BERKATA :

Bertapa sering kau berkata:

"Apa yang aku harus lakukan dan bagaimana caranya?" Lalu dikatakan kepadamu: "Tetaplah di tempatmu, dan jangan melanggar batas yang telah ditentukan, hingga datang kelonggaran kepadamu dari Dia Yang Memerintahkanmu untuk tetap berada di tempat di mana engkau berada.

Allah S.W.T berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah engkau dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung"

(Surah Ali Imran 3 : 200)

Wahai mukmin (orang yang beriman), Allah telah memerintahkanmu untuk bersabar, saling berpesan dengan kesabaran, saling menjaga ikatan, menjaga batas-batasan yang telah ditentukan Allah, lalu Allah memperingatkanmu agar tidak meninggalkan kesabaran. Dia mengatakan :
Dan takutlah kepada Allah untuk meninggalkannya(iaitu meninggalkan kesabaran) kerana kebaikan dan keselamatan ada dalam kesabaran.

Dari Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Kedudukan sabar terhadap iman, bagaikan kepala terhadap tubuh"

(Hadith Riwayat Al-Balhaqi)

Juga dikata bahawa pahala segala sesuatu sesuai dengan ukurannya, kecuali pahala sabar, kerana sabar itu pahala tidak terbatas.

Firman Allah S.W.T :

".. Sesungguhnya orang yang bersabar dicukupkan pahalanya tanpa batas."

(Surah Az-Zumar 39 : 10)

Apabila engkau sudah takut pada Allah S.W.T dengan menjaga kesabaran dan batasan-batasan yang telah ditentukan-Nya, maka Dia akan melimpahkan apa yang telah dijanjikan-Nya kepadamu seperti di sebutkan dalam Al-Quran : Surah Ath-Tallaq ayat 2 hingga 3 :

" Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan mengada baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya "

Tetaplah sabar sehingga engkau termasuk orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya sampai Allah memberi kelapangan kepadamu. Kerana Allah telah berjanji akan memberi kecukupan kepadamu.


Firman Allah S.W.T :

" Barangsiapa bertawakal kepada Allah, maka Dia cukup baginya "

 (Surah Ath-Tallaq 65 : 3)

Lalu dengan kesabaran dan tawakalmu, engkau termasuk orang-orang yang berbuat muhsinin (kebaikan) dan dengan itu Allah akan mencintaimu, sebagaimana firman-Nya: " ..sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan "

(Surah Al-Maidah 5 : 13)

Kesabaran adalah pangkal semua kebaikan dan keselamatan, baik di dunia dan di akhirat, kerana darinya seorang mukmin naik ke tingkat "redha dan menerima" lalu fana (tenggelam) dalam semua perbuatan Allah sebagaimana keadaan badaliyyah dan ghaibah.

Maka, hati-hatilah, jangan sampai engkau meninggalkan kesabaran, sehingga engkau akan terhina di dunia dan di akhirat, dan luput dari kebaikan keduanya.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular