Ahad, 17 September 2017

MEREKA SYURGA KITA PILIH NERAKA KAH


 


Assalamualaikum dan bismillah. Innalillah, Al Fatihah buat 22 pelajar dan 2 warden sebuah Mahaad Tahfiz di Keramat, Kuala Lumpur yang meninggal dalam kebakaran yang menyanyat hati. Juga yang terlibat cedera ringan, trauma dan juga buat ibu bapa bertabahlah dan berdoa agar anak anak kalian di tempatkan bersama orang orang beriman di syurga sana.

Jika diselami ibu bapa mana yang tidak sedih namun kita yang mampu berdoa dan melihat ini pun sungguh sayu dan hiba. Cuma jika kita lihat mereka huffaz huffaz ini tentulah ditempatkan disyurga kerana mereka boleh dikategorikan mati syahid namun kita bagaimana? Amalan dan tahajud sudah cukupkah untuk buka mulut berkata dusta, menyebarkan benda benda yang belum betul betul murtamad? Cukuplah doakan dan mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku. Ala'kulli hal.. 


- Jangan lupa sedekahlan al fatihah buat ibu bapa/ ibu bapa mertua kita  pagi sekali dan petang sekali sama ada mereka masih ada atau sudah tiada.. Al -Fatihah..

Isnin, 11 September 2017

SEPTEMBER ANUGERAH

 

Assalamualaikum dan bismillah. Alhamdulillah, September Anugerah. Baru baru ni genap anak blogger sebulan. Akikahnya masa raya haji baru baru ini pun berjalan lancar. Sebulan ni, si kecil ni sangatlah baik. Biasalah menangis masa lapar, berak dan sakit perut. 3 Tahun tak berasa diganggu tidurnya malam sekarang hanya beberapa malam sahaja tidur diganggu sehingga 1-2 pagi. Semoga september dan bulan seterusnya dipermudahkan urusan oleh Allah kepada kita semua. Amin. InsyaAllah.. :-)

Dah, jangan kejut aku selagi september tak habis.. Eh, tetiba... Hahaha...

Ahad, 20 Ogos 2017

ALLAH MAHA BESAR

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH



Di sebalik kegembiran menyambut kelahiran baru, keluarga blogger diuji dengan sedikit ujian. Allah bersabarlah. Sebelum kelahiran si kecil, seminggu sebelum tu isteri kena deman campak. Isteri bersalin 4 hari awal dari tarikh dijangka, hari ni sudah 12 hari umur bayi, bayi pula kena deman campak. Bayi kena masuk hospital semula selepas hanya seminggu bersama kami. Anak blogger yang kedua dah beransur pulih namun anak blogger yang pertama baru 4 hari kena demam campak. Allah maha besar. Moga blogger sekeluarga dapat sabar dan bersyukur dengan ujianNya.

Selasa, 15 Ogos 2017

BULAN OGOS

Assalamualaikum dan bismillah


Alhamdulillah, jika bulan Ogos masing masing mengibarkan bendera kemerdekaan Malaysia, namun blogger bulan Ogos menantikan zuriat atau cahaya mata ketiga. Barakallah isteri telah melahirkan seorang bayi yang sihat. Alhamdulillah. Maka blogger perlulah bekerja atau memikul tanggungjawab yang lebih besar demi mendidik anak anak blogger dan isteri. Barakallah juga kepada Ustaz Azhar Idrus yang mendirikan rumah tanggan buat kali ke 4. 

Oke. OUT.

Jumaat, 28 Julai 2017

MATI



Kata Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, mati itu bukan pengakhiran, bahkan mati itu permulaan hidup kita. Bersediakah kamu? Mati itu bukan pilihan, namun cara kamu mati itu kamu boleh memilih. Nak mati semasa berbuat dosa ke? Atau nak mati semasa sedang lakukan amalan baik. Hidup itu peluang, Allah beri peluang untuk kita hidup untuk menghadapi mati. Mati itu hidup selepas. Seiring dengan Allah beri hidup, Allah beri peringatan. Allah beri Al-Quran sebagai panduan, kuliyah yang diajar, takirah yang diulang ulang. 

Tapi disebalik peringatan, manusia sering ingkar. Minum arak tak lagi rasa memabukkan, tak solat tak rasa kekurangan apa apa dalam hidup. Bebas, seolah olah dia hidup dia hidupkan diri dia. Seolah olah Allah tiada. Dia tak memerlukan Allah. Sampailah dia sakit, dia tecungap cungap memikirkan hidup dia hingga kini dia merasai mati.

Nabi muhammad terdengar pengakuan bapa saudara baginda mengatakan, wahai Muhammad, aku mengaku syurga itu benar, neraka itu benar, Islam itu benar, ajaran agama kau bawa benar tapi aku tetap tak boleh beriman. Terduduk Nabi muhammad bila dengan pengakuan bapa saudara baginda. Luruh hati baginda. Penceritaan lain, baginda pernah mendoakan bahawa hidupkan aku didunia dengan keadaan miskin, matikan aku di dunia dengan keadaan miskin dan tempatkan aku di akhirat nanti dengan orang miskin. Sebab apa begitu, orang miskin Allah tak banyak soal diakhirat. Misal kata, jika Allah tanya orang miskin, kasut kamu ada, tiada hanya ada selipar. JIka tanya orang kata, kasut kamu ada? Ada, sebut segala jenama kasut itu.

Ahad, 23 Julai 2017

BUAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH




Tajuk BUAYA. Buaya ada ni? Orang nyanyi lagu AYAM, pastu lagu RAYA, pastu lagu MAKAN. Blogger bukan nak nyanyi lagu BUAYA tau. Nilah kisahnya blogger nak cerita. Jika anda penyokong pasukan bola sepak Sarawak, pastu bila blogger sebut buaya kitak akan sebut bujang senang. Itu jolokkan bagi pasukan bola sepak Sarawak yaitu BUJANG SENANG.

Buaya ni bila sebut, lelaki akan jadi sensitif. Sebab apa, lelaki akan dituduh buaya jika melayan banyak perempuan. Kurang pasti melayan macam mana, sama ada sudah berkahwin tapi masih berkawan dengan perempuan, atau pun jika bujang tapi rapat dengan ramai perempuan. atau bagaimana jika bercinta dengan ramai perempuan sekali gus. Blogger pun kurang arif bab satu ni. 

Buaya yang lain terkenal di Melaka. Siap ada TAMAN BUAYA lagi. Dulu masa kecil selalu juga melawat ke negeri Melaka melihat buaya. Cuma kali terakhir berkunjung, tak seindah dulu. Mungkin banyak tarikan lain di Melaka agaknya.

Jumaat, 14 Julai 2017

CATATAN RAYA

Assalamualaikum dan bismillah.



Berapa syawal hari ni? Tak kisahlah kerana masih dalam mood syawal. Bagaimana puasa 6 di bulan syawal. Selesai? Bagus. Alhamdulillah. Dugaan banyakkan bulan syawal ni. Bukan ikut nafsu makan sangat. Tapi rezeki murah, sana sini rumah terbuka. Alhamdulillah. Sampai blogger dengan Tadika terbuka pun ada. Pemurah betul orang kita. Blogger pun adalah dua tiga jemputan, yang sempat insyaAllah kita datang, yang tak sempat kita beritahu tak dapat datang.InsyaAllah.

Raya tahun ni lain suasananya bagi blogger, ramadhan berlalu macam tak rasa. Hari raya pun macam biasa. Tak meriah sangat tapi bolehlah. Rayakan hari meraikan orang ramai terutama anak anak kecik. Seronok betul budak budak, anak blogger pun apa kurangnya seronok dgn duit rayanya. Sampai rumah terbuka pun tukar tukar duit raya. Macam tulah pemurahnya kita selepas bertempur dgn hawa nafsu dibulan ramadhan. Allah janjikan kegembiraan HARI RAYA buat hambaNYA benar benar beriman. Alhamdulillah..

Rabu, 12 Julai 2017

SELAMAT HARI RAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH

DI KESEMPATAN INI BLOGGER DAN FAMILY MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. MOHON MAAF JIKA ADA TERSALAH KATA, TERKASAR PERBUATAN, TERTAJAM MATA PENA DAN SALAH SILAP YANG TERLEPAS PANDANG SERTA TERGURIS HATI MANA MANA PIHAK SAMA ADA SECARA SEKELOMPOK ATAU INDIVIDU. MINNAL AIDIL WA FAIIZI..

Rabu, 21 Jun 2017

LAYAN DRAMA SANGAT

Assalamualaikum dan Bismillah.



Alamak! Blogger layan drama ke? Blogger ajak tengok dramalah. Blogger nak membebel pasal drama ke? Blogger ni nak kempen drama dia dah tengoklah tu. Eh, sabar. Baik baik, semua orang ada facebook dan instagramkan? Baik, blogger pun ada facebook (jangan kecam), insyaAllah guna facebook ke jalan yang betul. Nak kata di sini, ramai sangat dikalangan rakan-rakan tak berjumpa di mukabuku muat turun status dia pasal drama. Drama apa tak pasti tapi kerana drama maka bolehlah kita kenal 2 peratus % perangai dia macam mana. 

Sebenarnya seeloknya dan semoleknya biarlah apa yang kita lihat mengunakan mata benda benda yang kurang faedah ini hanya lalu di mata dan dibersihkan dengan air wudhuk. Tidak perlu pula tangan menjadi saksi hemburan kata kata menulis melalui mata pena ketidakpuashati kita dengan mencarut, mengata apatah lagi setiap hari mengerutkan orang yang membaca dengan perkara negatif yang hanya lakonan. Benar pun di dunia realiti ada berlaku namun ketahuilah, cukup hanya dimata dan dipengajarankan. Blogger pun tengok filem & layan drama tapi kita Islamkan, apa apa terbataslah. Cuba jauhi fitnah apabila mengambil sedikit hiburan. InsyaAllah. Kalau kita tak mau jaga diri kita, siapa nak jaga kita? Fikirlah.

Jumaat, 16 Jun 2017

SELALU BEGITU

Assalamualaikum dan selamat berpuasa..



Hari tu menulis baru sahaja masuk bulan ramadhan, hari ini menulis beberapa hari lagi nak meninggalkan bulan ramadhan. Bagaimana tetamu Agung itu? Dah nak balik dah.Kalau jemputan Iman terawih, sampai ramadhan yang ke 24 sahaja, dah nak balik kampung.Tetamu ramadhan kita macam mana? Malam 22 dan 23 kita dah bosan ke melayan dia? Anda macam mana? Moga masih berbaki 7 hari ramadhan ini di manfaatkan. Bukan terus ibadah dipertingkat namun perlahan lahan, jadikan setiap hari lebih baik dan terus baik.

Berapa tahun anda berjaya berada dalam ramadhan, jika anda seorang yang masih tinggal di tanah kelahiran anda dan tidak berhijrah maka anda akan melalui rutin yang sama ketika berpuasa. Lagi lagi jika anda bekerja. Macam saya cepat betul bosan dengan satu satu situasi, bahkan boleh kata macam ulang ulang situasi itu cum ada beberapa perkara yang berubah. Bagaimana dengan anda? Saya tinggalkan dua persoalan di sini. Selamat berpuasa semua. Sibuk sikit kebelakangan ini. InsyaAllah post terbaru akan muncul nanti. selamat.

Jumaat, 9 Jun 2017

Solat Witir


Assalamualaikum dan bismillah.. 

Semalam saya tanya isteri saya ramadhan ke berapa ni dah?Saya bab mengira ni kekadang tertukar. Dia katalah kat saya Abang ni puasa baru beberapa hari tak sabar nak raya dah. Haha. Amboi, kalau dia tanya saya, saya tukar persoalan dia dengan soalan, dia cakap saya Abang ni kalau amik peperiksaan BM mesti gagal. Orang tanya, dia tanya orang balik. Bukan menjawab soalan malah diberi soalan pula. Haha. Itulah kekadang gurauan suami Isteri. (Jangan kecam) orang sekarang sabar dia kurang, asyik nak kecam je. Kalau selalu kongsi memang nak lutut, kalau sekali sekala berilah can sikit.

Hari ni dah ramadhan yang ke 14 dan maknanya Solat terawih yang ke 15. Betulkan? Solat terawihkan dibuat pada malam sebelum kita sahur pada esok paginya. Biasakan Solat Terawih yang disempurnakan sama ada lapan atau dua puluh sunat di tutup dengan solat witir sama ada 3 rakaat dengan satu salam atau satu rakaat dengan satu salam. Kebiasaan bangsa kita buat sempena solat terawih walaupun sebenarnya dilakukan setiap malam bagi menutup penutupan solat sebelum tidur.

Cara melaksanakan solat witir

3 rakaat 1 salam

Rakaat pertama 
-NIat "Aku solat witir 2 rakaat kerana Allah taala.
-Takdbir macam biasa
-Al Fatihah / Surah Lazim (Ayat kursi seeloknya)

Rakaat kedua 
- Al Fatihah/ Surah Lazim (Al Kafirun seeloknya)
- Tutup dengan 1 salam

1 Rakaat 1 Salam

Rakaat pertama

-NIat "Aku solat witir 1 rakaat kerana Allah taala.
-Takdbir macam biasa
-Al Fatihah / Surah Lazim (3 Kul seeloknya)
- Tutup dengan 1 salam.

waallahu'talam..

Rabu, 31 Mei 2017

PUASAKAN


aSSalamualaikum dan bismillah..

Alhamdulillah, 5 Ramadhan sudah.Cepat betul masa berlalu. Dulunya kita menanti, sekarang kita sudah menerima dan berada dalamnya. Saya cakap kat pembaca semua jika kita menulis atau mencoret apa apa tentang ramadhan pasti oprang akan berhenti mengatur langkah  dan meluangkan masa membaca.Terima kasih luangkan masa membaca. Eh, belum habis lagi.

Ramadhan terutamanya dinantikan oleh semua bangsa yang beraama Islam, bangsa yang bukan beragama Islam juga turut menghormati bangsa yang beragama Islam yang berpuasa. Namun kerana puasakan. Kita gagal memperjuangkan erti sebenar puasa. Erti sebenar? Betul, ramai puasa penuh tapi solat tidak cukup, ramai puasa penuh tapi aurat tidak tutup dan ramai yang boleh berpuasa penuh tapi puasa dijadikan alasan. Bagaimana anda? 

BIla ramadhan belum muncul, kita mengira, kita menghitung kedatangan ramadhan. Berjanji jika bertemu atau ramadhan terakhir singgah kita akan kagum sehabisnya, menerima, melayan tetamu ini dgn sebaiknya. Tapi setelah beberapa hari beliau berkunjung, beliau ajak bersahur pun malas, beliau ajak berterawih apatah lagi malah beliau pula disalahkan dan beliau pula dijadikan asbab ke atas sesuatu. Kurang proaktif semasa berkerja alasannya puasakan. Mengantuk dan lesu alasannya puasakan. Astafirullah,berubahnya. Bila ramadhan datang, syaitan dan iblis diikat kemas tapi nafsu masih ada. Didiklah nafsu dengan semangat dan amalan ramadhan..

Ahad, 21 Mei 2017

SEBUAH KISAH


Assalamualaikum dan bismillah..

Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian. Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.

Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."

Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap. Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.

Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya padaku?"

Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."

Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.

Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.


Selasa, 9 Mei 2017

HALIM SUDAH QANAAH PULA

 

Assalamualakim dan bismillah. 

Qana’ah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Orang yang memiliki sifat qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada didirinya adalah kehendak Allah. Seorang muslim yang memiliki sifat qana’ah akan selalu berlapang dada, berhati tenteram, merasa kaya dan berkecukupan, dan bebas dari keserakahan.

Seperti dihuraikan pada posting lepas HALIM lebih kepada sifat sabar yang perlu ada pada seorang ketua keluarga yakni bapa atau ayah. Sifat Qan'ah juga perlu diresap dalam diri seorang ketua keluarga yakni ayah atau bapa tadi dalam memgemudi dan menghadapi isteri dan anak anak terutamanya. Kalau setiap kali saya mendengar ceramah atau kata kata Ustazah Nurhafizah Musa. Ustazah sering mengajar dan memberi peringatan kepada kita yakni ketua keluarga ni sebagai fungsi penting dalam keberkesanan dan berjayanya sebuah ummah didik dan dibentuk. Saya nak kongsi satu dosa yang Ustazah ajar kepada pendengar secara umumnya :

"Wahai Allah/ Ya Allah, sebagaimana aku ini hambaMU, Anak-anak dan isteri-isteriku juga hambaMu, Pimpinlah hatiku dan hati-hati anak-anak dan isteri-isteriku untuk tetap beriman kepadaMU. Perbaikilah akhlak kami dan perbuatan kami. Ampunilah dosa dosa kami."

Marhaban bikum




Assalamualaikum dan selamat kembali..

Aduii, saya pun terikut dengan ayat selamat kembali, baik baik, Selamat kembali kepada blogger semua yang 2 3 tahun menyepi. Alhamdulillah, wel-welcome kata orang kampung saya. Biasalah dari saya baca ada yang last update baru lepas SPM dan kini dah grade ijazah pertama dah. Ada yang mula tak aktif selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang tak ingat kata laluan, ada ayang itu ada ayang ini. Tidak mengapa, jarang jarang muat turun dan berperang dengan papan kekunci pun tidak mengapa asalakan komitment hidup apa yang harus didahulukan, didahulukan selesai.


Kesempatan ini blogger menyambut dan mengucapkan selamat datang bulan ramadhan yang akan berkunjung dan singgah serta menginap di halaman iman kita selama 30 hari berikutnya. Ramadhan berapa hari lagi ea semua? 16 hari yakni kurang 3 minggu lagi. Insya-Allah, Marhaban ya ramadhan.Terbaik!!!

Isnin, 8 Mei 2017

KISAH PASTI


KISAH PASTI : PEMBURU SUBUH YANG ISTIQAMAH!

"Subuh, 01 Mei 2017.  Saat saya berada di sebuah Masjid di Petaling Jaya sedang menyampaikan kuliah Subuh, telefon saya bergetar tanda ada panggilan masuk. "Kalau panggil pagi-pagi ni mesti ada orang meninggal ni", hati saya meneka.

Berulang kali bergetar, akhirnya saya segera menamatkan kuliah Subuh dan menjawab panggilan itu dari suara yang saya kenal iaitu salah seorang jemaah surau saya. Dia memaklumkan kepada saya, "Ustaz, saya nak maklumkan En. Zainal Janggut (gelaran setempat) baru meninggal di rumahnya."

Innalillahi wainna ilaihi raajiiuun..

Setelah selesai sarapan pagi yang disediakan oleh pihak masjid, saya bergegas ke rumah arwah. Saya lihat sudah ramai jiran dan saudara terdekat arwah berkumpul. Saya mendekati arwah dan melihat wajahnya. Subhanallah. Betul ke dah meninggal ni? Sungguh, macam sedang tidur! Sangat tenang
.
Selang beberapa ketika, selesai segala urusan dokumentasi dengan pihak polis, saya mengarahkan jenazah dibawa pergi ke surau untuk disempurnakan.Alhamdulillah, segala urusan menguruskan jenazah sempurna dari awal hingga akhir. Tidak sukar memandikan dan mengkafankannya.
Anak arwah mahu jenazah dikebumikan selepas solat Zohor kerana masih ada saudara yang dalam perjalanan. Saya akur dan hormati permintaan warisnya itu.

Saat itu hujan lebat mula turun namun kehadiran tetamu menziarahinya tetap ramai. Bukan itu saja, saya melihat imam-imam surau, pemimpin-pemimpin masyarakat setempat turut hadir beri penghormatan terakhir kepadanya. Suatu perkara yang jarang berlaku jika ada kematian di tempat saya. Mereka menunaikan solat jenazah sebelum Zohor kerana masing-masing ada tugas hendak dilakukan. 

Seusai solat jenazah, ada ahli keluarga yang baru sampai. Mereka meminta izin untuk melihat wajah arwah. Dengan perlahan, saya buka ikatan kafan di atas kepalanya dan menyelak kain sehelai demi sehelai sehingga terlihatlah wajahnya yang berjanggut panjang itu. MasyaAllah. Sangat tenang. Mulutnya kering tertutup rapat tanpa perlu diikat. Matanya terpejam rapi tanpa perlu dipaksa tutup. Kelihatan ada air mata bertakung di tepi kedua-dua mata arwah. Ini petanda yang baik. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah, selesai solat Zohor. Solat jenazah kali kedua pula dilakukan kerana masih ramai yang belum berkesempatan menunaikannya.Hujan di luar masih lebat. Setelah selesai solat jenazah, saya lihat ramai orang berpusu-pusu untuk mengangkat kerandanya sedangkan waktu itu masih hujan. Seolah mereka tidak menghiraukan baju yang basah lencun dek hujan. Jenazah dikebumikan dengan bantuan ramai anak muda yang sanggup basah ditimpa hujan dan pakaian dikotori lumpur. Alhamdulillah, sempurna segalanya.

Inilah hikmah yang Allah swt ingin tunjukkan pada semua sebagai satu pedoman buat kita. Saya tidaklah begitu rapat dengan arwah kerana arwah kebiasaannya sesudah solat terus balik ke rumah. Hanya sesekali sempat bertegur sapa. 

Satu kelebihannya adalah istiqamah berjemaah Subuh di surau. Di tempat kami ada beberapa surau yang berdekatan. Arwah akan pergi ke setiap surau bergilir-gilir. Pernah sekali waktu saya baru pulang menguruskan jenazah dari Hospital Serdang, saya melihat arwah sedang minum di sebuah kedai berhampiran. Waktu itu jam 3:00 pagi. "Hairan, apa orang tua ni buat malam-malam gini," kata hati saya.

Malam berikutnya saya berjumpa dengannya di surau dan bertanya tentang hal itu. Jawapannya, "Saya ingat dah Subuh, saya pun siap-siaplah. Sampai surau tengok gelap lagi. Bila tengok jam. Allah! Pukul 2:30 pagi! Itu yang pergi minum tu alang-alang dah bangun. Hehe."

Begitulah istiqamahnya arwah dalam menjaga waktu Subuhnya. Sungguh, saya pun tidak setanding arwah! Dia tidak ada sakit sebelumnya. Diceritakan kepada saya, malam itu sewaktu solat Maghrib. Jemaah di sebelahnya melihat arwah seolah-olah mahu rebah namun sempat disambut oleh jemaah lain. Selepas solat dia terus pulang dan tidak bersama berjemaah sewaktu Isyak.

Pagi sebelum Subuh, dia ingin bangun bersiap untuk ke surau seperti biasa. Isterinya masuk ke dalam bilik air dahulu, setelah isterinya keluar dia melihat arwah sudah terbaring di ruang tamu. Saat itulah nyawanya telah diambil oleh Illahi. Subhanallah.

Insya'Allah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda-tanda ini terdapat pada Rasulullah s.a.w semasa kewafatan Baginda s.a.w. Semoga Allah swt mengurniakan kita semua Husnul Khatimah. Ameen ya Rabbal a'lameen...

Jumaat, 28 April 2017

PERJALANAN



Assalamualaikum dan bismillah..

Israq mikraj, walaupun setiap tahun sambut atau peringati namun sikap & kita sendiri tetap di takuk yg lama. Bila Nabi diisraqkan semalaman, nabi lihat syurga neraka, nabi dapat perintah solat tapi itulah yang kita selalu leka, leka akan solat, mahu syurga tapi buat perkara on the way ke neraka.

Blogger dengar masih ramai meragui kisah nabi dijalankan bukan nabi berjalan ea? Nabi dijalankan dari masjidil aqsa ke sidratulmutaha' dalam satu malam. Pagi tu blogger dengar dari radio pasal semut pergi Landon, cerita semut pergi Landon ni popular di kalangan budak dan remaja sekarang. Entahlah, saya baru tahu juga kisah ni (semut ke London).

 Semut ni masuk dalam kod tuan dia, kebetulan tuan dia ada makan malam kat londan, terbanglah tuan dia ke London pakai baju kod pergi makan malam. Orang kayakan, makan malam je kat London. Lepas sejam dia kena balik, dia baliklah. Dia gantunglah baju kod dia, semut tadi berceritalah pada kawan dia, yang dia pergi london semalam. Memanglah kawan dia tak percaya. Serupa kisahnya, bila waktu Nabi beritahu dia dari mekah ke palestin pastu naik ke langit Allah masa tu hanya orang beriman sahaja yakin dan percaya. Begitu juga  semut itu dijalankan bukan berjalan. Semut tu tumpang naik baju kod tuan dia ke london, kalau semut tu jalan ke london nak keluar ke pintu rumah pun mahu setengah hari masanya. 

Ayuh, kita ceritakan kisah israq mikraq Rasulullah pada anak dari kecil lagi, perkuatkan kepercayaan mereka dgn beriman dengan alam ghaib dan tanamkan sikap nabi seoramg intigreti yg tinggi sampai berkembangnya Islam pada hari no keseluruh perlusuk dunia.

Khamis, 20 April 2017

TIADA


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILILLAH

Ustazah Nurhafizah Musa, ustazah yang lemah lembut tutur katanya, boleh memujuk hati yang gelisah dan berdosa tatkala mendengar kalam ilmu ustazah. Pagi jumaat ini, dengarlah radio ikim tak pasti tajuknya tapi ustazah sebut biarlah apabila kita dihadapkan kepada kematian nanti yang datang bila bila masa saat itu kita redha. Ini bukan pasal mati yang pasti sahaja tapi mati yang diredhai. Kita redha menerima mati, Allah redha menerima kita. 

Mana milik kita, puas dah persoalan ini kita tanya & ulang. Mana ada milik kita, semua Allah punya sudah pun kita tahu tapi mengapa kita seolah olah mengejar dunia seolah olah, ni aku nak bawa nanti, itu aku mahu miliki nanti. Orang ada aku mesti ada, aku tak dapat, orang lain tak boleh dapat. 

Dengar kata Ustazah Hafizah pun kurang sihat, ada masalah jantung kalau tak silap dan masih berubat, kalam ilmu ustazah bagaikan daeiah yang datang dan akan pergi. Apabila ustazah bercerita tentang redhanya kita akan mati & Allah redha kematian kita maka itu mati yang dinanti, yang paling baik. 

Seperti hati kita redha dgn ujian, tidak memberontak, tidak melatah malah sabar. Seperti anak yang masuk darjah 1 redhanya dia ke sekolah, mula seisi pembelajaran, makan bekal & minuman di sediakan serta pulang ikut waktu ditetapkan, maka redhalah dgn mati yang akan datang dan lengkapkan diri dgn ilmu redha itu.

AKU MENULIS






 ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH


Ada senyum, sikit senyum, adik senyum, Ana senyum, ada senyumlah. Kalau scroll, lagi scroll, bawah lagi, ya bawah lagi, scroll habis putar di bawah ruang blog saya ada 'Post yang kerap dibaca atau direview. Anda dapat lihat kiraan 1 hingga 10 yang selalu direview. Kadang-kadang ada masa saya sendiri pun baca balik berdasarkan tajuk dan ada juga sudah lupa apa yang dinukilkan sepanjang beberapa tahun ini. Al maklumlah berblogger tanpa profit sudah masuk tahun ke 8, kalau punya anaj sudah 8 tahun dijaga dan dibelai.

Maka bacalah, mulalah pelbagai rasa ada. Dua rasa sahaja sebenarnya, masa menulis rasanya Allah sahaja yang tahun dan bila baca balik bagaimana pula. Rasa nak ketawa, rasa ada kekurangan ramuan dalam penulisan, rasa kekurangan diri, rasa syiok sendiri pun ada, rasa paling tak patut ada rasa yakni rasa kebodohan diri apabila baca penulisan sendiri.

Tajamkan mata pena itu?Ketipan kunci papan board dan apa yang saya sendiri nukilkan dalam blog berlampuneon ini saya sendiri terasa dan merasa impaknya daripada apa yang saya nukilkan selama bertahun tahun. Ada yang hanya memperdulikan perasaan saya sahaja, ada yang menangkan sesetengah pihak, ada yang tegas sangat, ada yang merepek dan sebagainya. 

Astafirullah, sesungguhnya saya menulis bukan kerana mahu nama disebut, bukan kerana mahukan blog direview secara total, minta jauh juga kalau menulis kerana tidak puas hati dan marah. Semoga Allah ampunkan saya kerana saya menulis kerana lampuneon semua dan Allah semata mata. Wa'Allahu'Alam..

 

Selasa, 18 April 2017

PERKARA DI BENCI ALLAH

 ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAH


 

Telah menceritakan kepada kami Katsiir bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khaalid, dari Mu’arrif bin Waashil, dari Muhaarib bin Ditsaar, dari Ibnu ‘Umar -radhiyallaahu ‘anhuma- dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” riwayat Abu Daud

 
Maaf tajuk agak bukan biasa biasa. Innalillah dan banyakkan bersabar terutama golongan hawa yakni bekas isteri dan janda. Namun benda atau perkara ni semua harus tahu dan ada sedikit ilmu mengenainya.

Jangan silap akal menafsir golongan ini sama ada bekas isteri mahupun janda, bukan bermakna mereka bukan wanita baik baik dan segelintirnya kematian suami dan automatik cerai.

6 hak isteri selepas bercerai


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular