Isnin, 26 Julai 2010

Daftar Kalimah Dalam Hidup Daeimu


Daftarlah kalimah ini dalam hidupmu :

Alang-Alang Hidup, Hiduplah sebagai seorang Daei.

Alang-Alang mati, matilah sebagai seorang Syuhada (syahid).


--Ustazah Safiah Abdul Razak --

Selasa, 20 Julai 2010

:: Kepulangan Yang Di Nanti ::


Kehidupan sebagai seorang pelajar, setepatnya siswa atau siswi dan mahasiswa atau mahasiswi amatlah mencabar. Segalanya diuji, mantel dan fizikal serta yang turut diuji keimanan, kekuatan, ketekunan dan kebebasan yang diberikan. Kehidupan di kolej, Universiti atau mana mana IPTS mahu pun IPTA tidak seperti zaman persekolahan. Dan cara mentaliti kehidupan di IPT berbeza 360 darjah dari mentaliti persekolahan. Sudahkah kita sedar yang kita sudah berubah musim, berubah keadaan dan persekitaran. 


Keimanan
Iman, itulah yang membezakan kita. Itulah "Iman" yang ibu bapa kita tanamkan dalam diri kita sejak kecil, mendidik dan mengasuh kita. Tak cukup dengan itu, 11 tahun di zaman persekolahan, jenuh sudah ustaz bersilih ganti dengan ustazah mengajar kita tentang ilmu ukhrawi yang perlu di amalkan dan perlu di jadikan panduan untuk melakar kehidupan di dunia. Tapi apabila kita ke IPT di mana kita letakkankan "Iman" itu? Adakah "Iman" itu masih mekar, masih dijaga serta dipelihara? Mari kita tanya diri kita macam mana dengan "Iman" aku hari ini? Berjayakah aku terlepas daripada ujian "Iman" pada hari ini? Ujian "Iman" apabila berjauhan dengan Ibu bapa dan pendidik kita.

Kekuatan

Kekuatan, kuatkah aku? Tanya diri? Dari rumah pernah tak ibu bapa aku ajar aku merokok , merempit dan beberapa perkara lain yang dikira salah di sisi agama dan salah di mata masyarakat. Tanya itu pada diri. Dapatkan jawapan yang jujur pada diri. Mana aku belajar semua ini? Tanya diri dan jawab jujur pada diri. Tak logik bukan, permulaannya kita tanam pokok durian tapi setelah beberapa tahun di tapak yang kita tanam tadi tumbuh pokok rambutan. Tak logik bukan? Lain yang kita dapat dari ibu bapa kita dan pendidik kita masa di bangku sekolah lain pula hasilnya bila kita ke medan IPT. 

Apa sebenarnya yang menjadi masalah di sini? Masalahnya kekuatan diri itu. Mudah sangat ditarik dengan perkara negatif. Bila orang menegur kita yang itu merupakan salah kita maka kita rasa hati dan malu, tapi  perkara salah yang kita buat terang terangan  yang kalau manusia tak nampak tapi Allah dan malaikatnya tahu kita jadi tak tahu malu pula? Kenapa jadi macam tu? Sebab Iman kita entah bagaimana dan kekuatan kita mempertahankan iman kita itu bagaimana? Kuatkah kita menjadi kuat mempertahankan anugerah istimewa yang diberi. Jika mahu jadi baik maka caranya cari ahli yang baik dan jika mahu cari cara mempertahankan iman itu maka caranya cari orang yang beriman dan belajar darinya.

Ketekunan 

Bagaimana melahirkan ketekunan? Tekun itu maknanya tidak malas. Bagaimana tidak malas? Tak mahu malas maknanya dengan berhenti memberi alasan. Memberi alasan itu salah satu punca malas. Kekadang kita sebenarnya suka orang mendahului kita dalam semua hal dan tak kurang juga kita suka mengambil jalan pintas yang kekadang menyusahkan kita. Bagaimana tu? Begini, dimensi ini semuanya memerlukan duit. Cuba fikir, seharian ada tak perkara yang tak melibatkan duit walaupun ianya bukan segala-galanya. Melangkah ke medan IPT juga memerlukan duit. 

Bagaimana jalan pintas di sini diambil? Tahukah kita di sesebuah IPT menyediakan satu satu pembelajaran bersebab dan kelas yang disediakan itu sebenarnya kita sendiri bayar dengan duit yuran. Jadi kalau adai kata kita sengaja ponteng atau tanpa alasan tidak menghadirkan diri bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti dengan kita mengambil jalan pintas untuk berjaya itu? Itu kalau berjaya kalau tak berjaya maka Allah tetap akan bertanya pada kita dan kerana jalan pintas yang kita ambil sebenarnya merugikan kita.Siapa rugi sebenarnya? Dan siapa yang dipintas atau terpintas?

Kebebasan 

Inilah semua remaja perjuangkan. Semuanya mahu bebas. Bebas itu bebas ini. Yang penting bebas dari terikat dengan peraturan sesebuah IPT. Ya, apabila pelajar terutamanya remaja ke IPT maka di sudah mengecapi kebebasan yang di idam idamkan. Kebebasan apa? Kebebasan dari ibu bapa, kebebasan membuat keputusan sendiri dan kebebasana untuk menentukan hari ini penuh dengan pahala atau dosa. Tapi, ketahuilah kamu kamu yang impikan kebebasan ini tidak terlepas daripada kebebasan peraturan yang Islam gariskan dan yang penting tidak akan bebas daripada pandangan Allah dan malaikatnya. Ingat itu. Jangan salah ertikan apa itu bebas.. Sejak kamu baligh lagi sudah diberi kebebasan sama ada memilih pahala atau dosa. Remajaku, gunakan kebebasan yang di amanahkan sebaik-baiknya buatmu.

Kepulangan Yang Di nanti 

Ingat saat pertama engkau melangkah masuk ke sebuah gedung ilmu. Berbekalkan doa ibu berbekalkan keputusan peperiksaan sekolahmu dan berbekalkan semuanya yang harus kau pertanggungjawabkan di sisi Allah di akhirat nanti. Bagi yang jauh merantau menuntut ilmu, kamulah fisabilillah di mana dalam senarai penerima zakat kamu layak menerimanya. Dan jika kamu fisabilillah yang merantau, jaga imanmu, pasarankan dakwahmu. Biar orang lain mengikut kamu ke arah kebaikan bukan kamu mengikuti orang ke arah kebatilan. Jadilah seorang yang di "bangga". Bangga bukan untuk diriakkan. Tapi lahirkan "bangga " dalam dirimu kerana kamu berjaya dengan usaha serta redha Allah serta redha ibu bapa. Itu sebenarnya yang harus kamu bangga.

Jadilah "kepulangan yang di nanti" oleh kedua orang tua mu. Carilah redha mereka, kerana redha Allah terletak pada keredhaan mereka. 

P/s : Buat teman-teman seperjuanganku yang sudah menghadapi cuti semester, manfaatkan cuti itu. Walaupun cuti kita berbeza dan amat berbeza dengan cuti persekolahan namun manfaatkanlah ia. 

Isnin, 19 Julai 2010

Boros Dan Bakhil ( Tidak, Tidak Sama Sekali..)

 

Islam adalah ad-din. Ad-din bermaksud gaya hidup. Gaya hidup yang macam mana Islam anjurkan? Tentulah gaya hidup yang sederhana. Islam itu syumul. Apa itu syumul? Syumul itu menyeluruh. Makanya di sini Islam itu Ad-din yang Syumul dengan kata lain Islam mengajar penganutnya gaya hidup yang sederhana tapi menyeluruh. 

Kenal tak Nabi kita? Yang kita sayangi yang kita tak putus putus selawat keadaan junjungan mulia yakni Nabi kita Muhammad Bin Abdulllah yang juga Rasulullah. Nabi kita, Rasulullah juga mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Bukan susah sangat dan bukan kaya sangat. Nabi kita seorang yang hebat, pemerintah yang mantap dan ketua yang first class tapi meletakkan dirinya sama dengan para sahabat, meletakkan dirinya sama dan sebaris dengan umat Islam yang lain. 

Yang dihormati sekalian,

Baca tak kita akan sejarah? Tahukah kita macam mana hidup seorang Nabi yang Allah akan tinggi darjatnya, seorang Nabi yang digelar Rasulullah, yakni Rasul Allah tapi bagaimana Baginda di masa hidupnya. Lihatlah pemimpin hebat ini, berjaya dan mantap pimpinannya walaupun di malamnya Baginda tidur hanya dialasi pelepah tamar sampai berjalur-jalur belakang baginda dan sehinggakan makanan sehariaannya hanya tamar sehingga kekadang itu hanya dibelah dengan isteri yang tercinta. Nabi ini Allah kata beliau maksum tapi Nabi tetap bersyukur sampaikan Nabi solat malam hingga bengkak bengkak kakinya. Kita macam mana? Justeru itu kerana kita dah biasa mewah atau lebih tepat boros kita nak bangun malam pun susah sampaikan subuh bangun pun kene kejut dan solat yang wajib pun tonggang langgang, yang sunat tak yoh cakaplah. Kerana apa kita jadi macam tu? Kerana kita serba mewah, kerana kita bakhil sebenarnya. Kerana bakhil kita nak kongsi apa kita ada dengan orang tapi kita tak segan nak boros apa kita ada bagi mencapai matlamat hawa nafsu.

Mari Kita Baca Kisah Ini Dan Buat Ikhtibar  (Yang baik usah di tangguh) : ~

Nabi Gelisah Jika Menyimpan Satu Dinar 

Seperti biasa, Nabi Muhammad mengimamkan solat Jemaah di Masjid Nabawi.  Sesudah usai salam pertama dan kedua. Nabi terus bangun dan  melintasi para sahabat dengan tergesa-gesa lalu masuk ke rumah salah seorang isterinya. Para Sahabat dan Jemaah tercenggang dengan kelakuan Nabi.  Masing-masing tertanya-tanya kerana kebiasaannya Nabi sesudah usai solat beliau pasti berwirid dahulu dan berdoa serta mendoakan para sahabat dan jemaah. Belum pun jemaah dan sahabat berganjak dari ruang solat. Nabi muncul dan duduk dihadapan jemaah dan berkata : " Sebenarnya aku teringat akan sesuatu (dinar) sesudah selesai solat namun aku jadi tergesa-gesa ingin menginfakkan dinar itu kepada orang yang memerlukan. 

Sungguh mulia sifat Nabi kita walaupun hanya memiliki satu dinar pun Nabi tetap mendermanya kepada orang yang memerlukkan. Ketahuilah, wafatnya baginda hanya Al-Quran dan As-Sunnah serta Islam yang Nabi tinggalkan bukannya harta mahupun kekayaan kerana Nabi tidak kaya dan tidak mempunyai harta.

Kisah Golongan Ansar dan Muhajirin

Golongan Ansar adalah golongan yang menetap di Yatrib yang kini di gelar Madinah dan Golongan Muhajirin adalah orang yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Golongan Ansar terkenal dengan sifatnya yang baik, mementingkan persaudaraan dan dermawan. Pada satu malam ada satu keluarga golongan Ansar mengajak golongan Muhajiran datang makan makan di rumahnya namun keluarga golongan Ansar itu memang kehidupannya susah dan miskin serta cukup dengan apa yang ada maka si suami merancang sesuatu dengan Isterinya yakni mereka akan memadamkan lampu ketika golongan Muhajirin menjamu selera.

Pada malam makan makan itu, si suami menghidangkan makanan hanya cukup cukup bagi golongan Muhajirin yang hadir dan duduk bersama mereka.Tiba-tiba lampu di rumah mereka black out lalu si suami tanpa menghiraukannya menjemput golongan muhajirin makan bersamanya di dalam gelap. Mereka makan bersama padahal di dalam gelapnya hanya golongan Muhajirin yang makan. Golongan Ansar hanya buat buat makan kerana mahu menjaga hati tetamunya.

Renungkanlah..

Ahad, 18 Julai 2010

Bila Penulis Buang Tabiat ~ : : Makan Coklat Macam Makan Nasi : :



Melangkah Tapak Mendaki

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, penulis "melangkah tapak" selangkah lagi, Alhamdulillah penulis telah masuk ke semester akhir dalam peringkat diploma ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang penulis akan menamatkan semester akhir ini pada bulan april nanti. Semester ini walaupun sudah bermula minggu ke 3 namun penulis akui bahawa semester ini adalah semester yang tak kekang dari kesibukkan sampaikan nak menulis blog hanya sempat dua entry seminggu sahaja yang sempat. Kekadang tu banyak buah idea tapi masa nak menulis itu tiada atau mungkin mendahulukkan apa yang dulu dan mememtingkan apa yang rasa lebih penting. ~ Semoga Allah permudahkan urusanku.

Kenapa "lampu neon" ?

Hahaha.. Belum lagi orang tanya soalan ini namun pasti ada yang hadam soalan ini kerana mungkin ia kurang penting atau ianya tidak menjadi satu persoalan yang berat. Okey, sebenarnya "Lampu Neon" kalau dalam kata lain ialah lampu yang memberi sumber cahaya tak kisahlah sama ada lampu kalimantan, lampu bulat dan saudara maranya. Tak mengapa.. Sebenarnya "Lampu Neon" satu gelaran yang diberi oleh seorang sahabat penulis kepada penulis itu sendiri berdasarkan satu peristiwa yang penyebabnya orang lain tapi penulis pula dapat nama.

Tak biasa namun "buang tabiat"


Inilah masanya penulis buang tabiat. Makan coklat umpama makan nasi. Dahlah satu papan boleh habiskan seorang dalam masa yang kurang dari 10 minit. Hahaha.. Ini bungkusan kedua selepas penulis kembali makan coklat yang sudah bertahun tahun tidak mengigitnya kerana tidak ada alasan untuk makan tapi hari khamis yang lepas penulis kembali suka akan coklat dan penulisan berharap ia tak berterusan kerana penulis dalam diam tengah menguruskan badan. (Kantoi sudah!!!)


Huhhh... Nasib baik tak sempat habiskannya. Kalau tidak naiklah kolestrolnya. Tapikan makan coklat kata orang boleh menyebabkan kita tenang, stress hilang dan coklat menyebabkan kita kurang rasa lapar kerana manisnya dapat menampung ketahanan lapar. Entah,mungkin benar mungkin tidak apa apa pun ada kebaikan coklat buat manusia dan ada keburukannya. Dah dah.. Cukup cerita pasal coklat. Nanti tabiat buruk pula keluarkan.. Hehe.. Sabar jelah dengan penulis yang "nakal".

Jumaat, 16 Julai 2010

Ia Datang Tanpa Lewat Dan Cepat Sesaat Pun

 
 Antara perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T kepada setiap manusia ialah bilakah seseorang insan itu akan menemui ajalnya atau bilakah kematian itu akan menjemputnya. Sesungguhnya manusia hanya mengetahui kematiannya setelah mereka bertemu dengan kematian itu kerana setiap jiwa termasuk manusia, tidak terlepas daripada kematian. Ini dijelaskan Allah s.w.t di dalam surah Ali-Imran ayat 185:

mati02.gif


Bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"


Firman Allah S.W.T :
 
Sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Allah Subhanahu wata’ala berfirman, artinya, “Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari dari padanya.” 

(Surah  Qaaf ayat 19)


P/S : Sudahkah Anda mendapat jawapan bilakah Anda akan mati/ meninggal dunia? Satu sahaja jawapannya dan jawapan ini yang kamu sendiri tahu. Jawapannya "bila-bila masa sahaja yakni tidak lewat sesaat dan tidak pula cepat sesaat."


Sedikit Kisah Buat Renungan 

MALAIKAT MAUT DENGAN PEMUDA BERIMAN

Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya.

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu

Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut

Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

Isnin, 12 Julai 2010

Jangan Terlepas Pandang, Nanti Di Akhirat Allah Tak Pandang


Untuk lebih Jelas Tulisannya Sila Klik Di Keratan Akhbar

Tak Mahu Celoteh Panjang, Fikirlah sendiri?
Indonesia dan negara jiran boleh buat kenapa "kita" tak boleh?
Kenapa?

Jangan terlepas pandang, nanti di akhirat Allah tak pandang baru tahu..
Apa yang boleh cegah cegahlah.. Jangan tunggu esok, buat sekarang!!!

Sabtu, 10 Julai 2010

- 3U ( Usah Percaya, Usah Bertaruh dan Usah Berjudi)

Info Sikit
 
"Waka Waka (This Time for Africa) ", in English, and " Waka Waka (Esto es africa) " in Spanish. Begitulah hangatnya dan meriahnya Piala Dunia Fifa World cup 2010 tahun ini. Alhamdulillah pagi esok perlawanan akhir dan juga perlawanan penutup di antara pasukan sepanyol dan belanda yang belum pernah merasai juara dan merangkul Piala Dunia. Dengan perlawanan akhir ini, diharapkan tamat sudah segala ketaksuban manusia terutamanya rakyat malaysia yang terlalu taksub sehinggakan pada waktu inilah mereka mencari wang haram, mereka tidur lewat dan solat subuh entah ke mana dan tidak kurang juga yang mempercayai ramalan ramalan yang penulis merasakan ianya hanya kebetulan.

Usah Percaya

Hangat.. Hangat.. Tapi tak panas malah hangit. Di dada-dada akhabar dan kekadang dimuka depankan sebagai ingin melariskan akhbar mereka dengan berita berita karut seperti ramalan haiwan haiwan yang sementara ini hangatnya ramalan seekor sotong kurita yang 6 kali meramalkan perlawanan boleh sepak tanpa satunya gagal dan seekor burung yang berjaya meramal pasukan-pasukan yang layak ke semi-final. Ramalan-ramalan ini hanya kebetulan sahaja dan usah percaya dan usahlah beria sangat kerana yang bermain mereka bukan kita.
 
Usah Bertaruh dan Usah Berjudi
 
Habis habis.. Habis piala dunia.. Hutang sekeliling pinggang.. Dah diingatkan orang lain yang main janganlah kita beria sangat. Tak beria macam mana ada yang sampai berhutang di meja judi. Ada yang sampai tergadai rumah, geran tanah dan anak bini angakara judi. Judi ini macam nilah.. Mula mula berjinak hanya tengok tengok sahaja, pastu bertaruh kecil dahulu kemudian bila sekali bertaruh kebetulan menang pastu bertaruh dengan nilai yang besar pastu bila kalah satu malam sahaja semua tergadai bahkan ada yang hutang kepada peminjam dan ada yang tergadai semuanya kerana judi.  
 
Ditambah pula ramalan- ramalah haiwan yang memikirkan mereka lebih tahu keputusan pasukan mana kalah dan pasukan mana menang walhal sentuh bola pun tak pernah apatah lagi bersengkang mana melihat piala dunia ini, manusia dengan berani bertaruh dan berjudi kerana dibelakang mereka ada ramalan haiwan-haiwan ini yang ramalan mereka kebetulan sampai sanggup membelakangkan hukum Allah yakni haram menilik nasib dan berjudi.
Firman Allah S.W.T.
 
Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk” 

( Surah Al-A’raf 157 )

Firman Allah S.W.T. :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." 

(Surah Al-Maa’idah 90)

P/S  : Jadi Usah Usahlah ea? Usah Percaya, Usah Bertaruh dan Usah Berjudi. Sotong  (Sepanyol) vs Burung (Belanda) ~ Usah Percaya ditakuti syirik.

Jumaat, 9 Julai 2010

Musim Durian (Bau Semerbak Durian)

Melayani Musim "Durian"

Durian popular di Malaysia terutama pantai timur tapi di negara Orang Puteh dikatakan makanan paling busuk? (Tak patut.. Tak..  Tak patut..)  Takpe, abaikan. Melayani musim durian di kebun Abiku.. Memang puas.. Yalah dulu tak ada durian asbabnya kene kebas hari hari dengan orang lain.. Orang lain yang tanam, orang lain yang makan. Ish Ish...  ( Tak.. Tak patut..). Tapi sejak dua tiga minggu ni dah macam orang jual durian dah.. (panaslah tidur malam weii.. )

Ada apa dengan "Durian

Ada apa dengan durian? Yang hebat Durian ialah Durian itu sendiri dan baunya. Kenapa hanya dua? Cuma dua ini sahaja yang Ana rasa faktanya boleh pakai dan boleh belajar daripadanya.

Durian dan Bau
Bagusnya Durian. Kenapa? Kerana durian ibarat "mencurahkan air ke daun keladi". Selalunya peribahasa ini orang tafsirkan yang maksudnya tidak memberi kesan atau bahasa canggih sikit orang kata kebal. Itulah bagusnya durian dan buah buah yang satu angkatan dengannya. Ana cuba bawakan Antum semua berfikir tentang satu golongan yakni golongan yang merantau ke sesuatu tempat yang bukan tempatnya atau seorang manusia yang berkawan dengan seseorang yang lain. Orang yang merantau ke sesuatu tempat itu sama ada untuk belajar atau bermaustatin pastinya akan terikut dengan budaya sesuatu tempat. Jika budaya itu baik tak mengapa tapi kene pula budaya yang kurang sihat dan kurang baik serta dicukupkan dengan kawan-kawan atau persekitaran yang kurang sihat. 

Jadi eloklah kita jadi macam durian yang ditimpa hujan/air. Durian itu ibaratkan diri kita dan hujan/air pula diibaratkan anasir-anasir luar.. Walaupun teruk kene dihentam badai arus anasir anasir luar namun prinsip kita yang teguh pada agama mampu merobohkan anasir-anasir yang menjadi dugaan pada kita. Dan bau durian pula kebiasaannya sangat semerbak kuatnya. Kalau bawa masuk durian ke dalam rumah. Belum sampai dalam lagi kita bawa durian tu pasti sudah sampai ke bilik baunya. Begitu juga kita sebagai manusia. Bila kita masuk dalam satu golongan itu maka kita yang berjiwa 'daei' ini memyebarkan ilmu kita dan memberi fahaman kepada mereka seperti bau durian yang mampu mempengaruhi pengemarnya dengan hanya baunya.

P/s : Kagumnya Ana dengan ciptaan Allah yang semuanya membawa maksud bukannya sia-sia.

Wa'Allahu'alam..

Rabu, 7 Julai 2010

Yang Mudah Usah Di Susahkan


Tanya diri : ~
1) Adakah Anda menepati syarat sebenar berkerudung (Menutupi Aurat) ? 

2) Adakah Anda tidak bertabarruj dalam berkerudung? 

3) Adakah cara berkerudung Anda benar-benar ingin menutup aurat atau sekadar berfesyen bagi tujuan menunjuk-menunjuk? 

4) Adakah kerudung dirimu tidak menyerupai agama lain?

Dalil wajib "kerudung" 

Firman Allah S.W.T. :

" Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."
(Surah Al-Araf ayat 24
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka..."

(Surah ayat An-Nur 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

(Surah Al-Ahzab ayat 59 )

Larangan Membuat Peniruan dan Meniru
Hadis dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani bermaksud


عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَمِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني

"Dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu".
  
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)

Hadis di atas ini dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru kaum-kaum jahiliyah yang terdiri dari kalangan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh ikutan, sehingga mengenepikan amalan sunnah dan merubah hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, atau tidak meyakini apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau tidak memperdulikannya, maka peniru tersebut ditakuti tergolong dalam golongan kafir yang ditiru. Oleh itu bertaubatlah kerana taubat meyelamatkan diri dari terus bersama mereka sehingga di akhirat.

Kesahihan hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis sahih di bawah ini:


اَبْغَضُ النَّاسِ اِلىَ اللهِ ثَلاَثَةٌ (وَمِنْهُمْ) مُبْتَغ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّة الْجَاهِلِيَّة. رواه البخارى

"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah". 

(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:


مَنْ تَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوْتَ حَشَرَ مَعَهُمْ

"Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga ke akhirat)".
  
Jadi, Apa pendapatmu Wanita? Berubahlah.. Kembali pada ajaran Islam sebenar.

Ilmu Buat Ustazah (Aku jadi malu)


Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).”

[al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]

Assalamualaikum w.b.r.

Sebenarnya minat membacaku tak dapat dibendung lagi. Sebut sahaja pesta buku pasti Ana yang orang pertama 'excited'. Tapi Ana juga nak orang lain sama-sama berminat untuk membaca terutama sahabat-sahabat yang jauh mahupun yang dekat untuk sama-sama merasakan 'seronok' nya membaca (uke uke..).

Pada entry yang lepas (yang Ana cerita pasal ke Kompleks PKNS ~ Pesta Buku Selangor 2010) itu Ana berkesempatan membeli satu buah buku tajuknya "Tokoh-Tokoh Gerakan Dakwah Islam" buat Ustazah yang juga Ketua Jabatan Dakwah dan Pengurusan serta sebagai penyelia Tesis Ana yang tajuknya "Bahasa Arab Sebagai Medium Dakwah".


Hari ini tanggal 7 July 2010 selepas salin jadual baru dan pulang buku pinjaman di PSKIPSAS, Ana ke bilik Ustazah untuk memberi "by hand" kepada ustazah buku yang Ana belikan buat dia. Pada mulanya Ana pergi Ustazah tiada di biliknya. Ana berkeputusan untuk menunggu sebentar namun 3 minit kemudian Ustazah masuk ke biliknya tapi dia dalam keadaan sibuk. Ana memberi salam dan memberinya buku yang Ana belum buat Ustazah namun Ustazah tidak cakap banyak hanya kata letak kat situ dan "Shah, lain kali datang jumpa Ustazah bincang pasal Tesis. Maaf, Ustazah sibuk sikit".

Ana faham Ustazah sibuk kerana intake baru masuk dan terus berlalu pergi dan Ana berkeputusan menghantar SMS kepada Ustazah yang berbunyi : ~
 
To : Ustz Safiah

Assalamualaikum. 
Ana ke pesta buku Shah Alam hari tu. 
Buku 'Tokoh-tokoh Gerakan Dakwah Islam' tu Ana beli buat Ustazah.
2 minit kemudian.. 

Ana dapat Call dari Ustazah. Ustazah kata dah 2 buku dah Ana beri  kat Ustazah dan Ustazah kata buat susah-susah je dan  Ustazah mengucapkan terima kasih dan mendoakan kebaikan Ana di dunia dan akhirat. Ana cakap Amin.. Perbualan kami diakhirkan dengan salam.

Ana terharu dalam masa yang sama bersemangat kerana dapat doa dari Ustazah yang juga daei. Tapi Ana juga ada perasaan tidak enak. Mungkin bagi sahabat-sahabat Ana biasa kalau hadiah dari Ana buat mereka pasti lain tidak lain pasti ilmu yakni buku. Jadi bila Ana memberi hadiah sebagai sebuah hadiah tanda  perhargaan kepada Ustazah sebenarnya Ana jadi tidak enak kerana sebenarnya Ana tiada mengharapkan timbal balik kepada semua yang Ana lakukan selain mengharapkan redha Allah S.W.T. semata-mata

Ana memikirkan walaupun seorang pendidik itu setiap bulan gajinya dibayar sebenarnya bukan sebenarnya dia nak gaji itu malah dia mahu membentuk anak-anak didiknya menjadi seorang manusia dan mendapat redha Allah. Itu sebenarnya yang seorang pendidik harapankan. Jadi begitu juga kita apabila sudah membantu orang usah mengharap ucapan terima kasih itu malah mengharap lain kali kita dapat membantu orang lagi pada lain dan mengharap kita dapat redha Allah serta lain kali Allah mempermudahkan urusan kita. Itu sebenarnya (Aku jadi malu dengan pendidikku)..

Insya-Allah hidup dan matiku kerana-Mu Ya Allah..

Isnin, 5 Julai 2010

Sudah!! Hapuskan Tradisi Wanita Sebagai Pelaris!!



Wanita sebagai pelaris?  Produk kecantikkan atau barangan elektrik contohnya. Kadang-kadang itu sebenarnya tiada kaitan pun dengan wanita itu tapi terpampang trang tang tang "wanita berpakaian seksi" yang dijadikan umpan sebagai pelaris untuk sesuatu produk itu laku sama ada iklan itu ditayangkan ditelevisyen atau pun di dada-dada akhbar.  Jika anda menceburi bidang perniagaan, ingat "wanita" bukan salah satu strategi dalam melariskan perniagaan anda. Rezeki milik Allah dan diberi kepada sesiapa yang berusaha  sebenarnya, tidak "nas" yang membenarkan wanita sebagai pelaris demi menarik pembeli suatu barangan itu.

Wanita sebagai pelaris? Salah wanitakah atau salah orang lain? Jangan menyalahkan diri tapi muhasabah diri. Tolong jangan rendahkan martabat kaum wanita. Ingat, wanita itu segala-galanya buat lelaki. Kenapa macam tu? Ibu kita wanita, tanpa dia tiada kita dilahirkan dimuka bumi ini, kakak-kakak kita wanita, adik-adik kita pun bakal jadi wanita dan isteri kita yang bakal melahirkan anak yang bakal memperjuangkan agama juga wanita. Wanita sebagai tunggak perjuangan bukan pelaris.  Ketahuilah di sebalik perjuangan lelaki itu ada wanita yang menolongnya dan berbakti membuahkan kejayaan di sebalik perjuangan seorang lelaki. Ubah cara kita untuk maju, ubah cara kita agar kita dihormati dan jaga peribadi.

Mari bersama "Hapuskan Tradisi Wanita sebagai pelaris!!! "

Jumaat, 2 Julai 2010

:: Begini Caranya ::


Firman Allah S.W.T. :

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

 (Surah Al-Ahzab Ayat 32)

Dalam firman Allah Surah Al-Ahzab ini larangan-larangan ini ditegur kepada wanita apabila berkata-kata dengan lelaki ajnabi yakni ~ Jangan berkata-kata dengan lembut manja tapi berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

Berbeza bukan antara lembut manja dengan berkata baik yakni sesuai dan sopan. Lembut manja ini lebih kepada mengoda dan mampu menarik lelaki agak terpikat manakala sesuai dan sopan ini lebih menunjukkan tanda hormat dan dengan kata lain "normal". Percakapan normal lebih kepada percakapan dengan nada biasa yang tidak tinggi dan tidak lembut.

Bagaimana pula dalam "SMS" atau "YM"

Dalam situasi ni jika kita silap kata seperti "awak cakaplah betul-betul" nanti dijawabnya "saya tak cakap tapi saya menulis". Tapi tahukah anda dalam penulisan juga mempunyai nada? Dengan menulis kita boleh mencipta nada lembut/manja. nada normal, nada marah dan sebagainya.

"?"  Sememangnya kita kenal tanda ini yakni tanda soal makan gunalah tanda soal yang betul dan kene tempatnya jika kita bertanya di dalam penulisan.

"!" Tanda seru ini biasanya menunjukkan penegasan dan jika nadanya nada tegas dan marah 

Dan diingatkan bahawa kita disaran mengunakan ayat yang mudah dan tidak berbelit-belit agar penerimanya faham dan senang untuk penerimanya respon kepada penulisan kita. Dengan ini, insya-Allah tiada salah faham berlaku dan bila penerima itu menerima pesanan kita tidaklah di menjadi bertambah "hot" jika dia menerima pesanan kita itu dia waktu itu dia tengah penat atau kesibukkan.

P/s : Bukan niat mengajar tapi bukankah jika kita nak orang hormati kita, kita seharusnya mula dahulu menghormati orang dan jika kita memudahkan sesuatu kesulitan manusia dan Allah memudahkan kesulitan kita pula nanti? Fikir-fikirlah...

Mengukur Sesuatu Yang Tiada Berat




Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah - ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat celanya. Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya? Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala. Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain. Jika kita memang benar-benar ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa. Tetapi sekurang-kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata - mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana. Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi...

Jangan hanya setakat tahu berkata-kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja.. Tanya hati dan diri masing masing.. Adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja? Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

P/s : Jika salah itu salah dia bukan salah kita dan jika salah itu salah kita maka bukan salah dia. Dan jika bukan salah dia atau bukan salah kita maka ia salah faham.. Pesanan dari seorang sahabat ke seorang sahabat. - Senyuman Seceria Suria

Jangan Jauhkan Syed/ Sharifah Dengan Orang Biasa


Allah S.W.T. Berfirman :

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(Al An'aam ayat 165)

Halusi Pemikiran, Beranjaklah Paradigma
Pernah tidak terfikir sesuatu yang tak pernah kita tahu ianya satu masalah kepada masyarakat kita. Kadang-kadang sebenarnya ianya bukan sebagai satu isu atau masalah tetapi kita ni yang besar-besarkan perkara kecil dan terlalu bangga dengan nasab keturunan kita. Misal kata nasab keturunan (salah seorang Ahli keluarga) kita bermasalah seperti terlibat diri dalam dadah atau sebagainya perkara yang di mata masyarakat ianya jijik atau najis, namun di mata kita ianya biasa. Tapi orang berbangga dengan nasab keturanan ini lebih peduli akan panggilan nama syed/sharifah yang difikiran mereka bahawa orang biasa bukanlah setanding dengan mereka bahkan ada yang berkata keturunan mereka ada kaitan dengan nasab keturunan Rasulullah s.a.w. namun tiada bukti yang dapat dilihat dari kenyataan mereka.

Renungkan..

Mengapa masih ada lagi fahaman sempit yang memisahkan darjat dan keturunan ini? Kitab apakah yang mereka pakai dan dijadikan dalil mahupun pegangan hidup di dunia ini? Sedangkan orang-orang seperti Ustaz mahupun para alim yang sibuk menitikberatkan perkara ini bukanlah orang yang tiada pegangan agama. Bahkan kuat mengerjakan ibadat dan warak dalam serba-serbi. Cuma satu perkara, iaitu bangga dengan nasab dan keturunan. Begitu menebal dan sebati dalam pemikiran dan langsung tiada kompromi tentang perkara hanya melibatkan nama pangkal yakni Syed atau Sharifah.

Bukankah manusia itu sama sahaja di mata Allah S.W.T ? Yang membezakan hanyalah taqwa? Mengapakah manusia itu tidak mengambil ajaran agama Islam secara menyeluruh? Terutamanya hal-hal mengenai kesaksamaan manusia? Apakah Istimewanya dengan nama? Jika benar keturunan Syed mahupun Syarifah kene-mengena dengan nasab Rasulullah, adakah itu menjamin mereka masuk syurga seperti didakwa? Masuk syurga tanpa iman dan taqwa? Hanya berbekalkan keturunan?

Anda baca Anda Tentukan...

Khamis, 1 Julai 2010

Bantal Peluk "Aku Mahu Bobok Sudah"


 
Aku & Dunia "buku"

Inilah bila sudah jatuh cinta dengan buku. Ke mana saja buku di tangan. Ke mana saja kedai buku dahulu menjadikan terminal persinggahan. Seminggu itu bagai sehari tapi seminggu tu sudah macam 'wajib' pasti membaca sekurang-kurang 5-8 buah buku. Tak diedah apa pun genrenya sama ada novel Islam, buku motivasi dan buku agama. Sama rata, seimbang dan uke uke uke buku (Tak tahu, sudah pelat dah tapi insya-Allah nanti ada rumah sendiri nak buka pustakaan mini dan tempatkan semua bukuku serta nak didik anak anak pula cintakan buku.) ~ Satu impian kecil.

Aku, Mamaku & Kompleks PKNS
 
                                              
Hehe, asyik nak bercerita lagi. Yang belum maklum atau sudah sedia maklum bahawa di kompleks PKNS ada pesta buku Antarabangsa Selangor 2010 bermula 25 jun - 5 julai (maknanya belum lambat kalau nak pergi). Ana dan mama Ana sempat singgah ke sini untuk melihat kemeriahan Pesta buku di sini sambil bersiar-siar di bandar Shah Alam.. Orang kata bila sekali pergi mesti nak bawa pulang ole-ole dari tempat tu dan Ana pula kalau ke pesta buku pasti ada buku yang Ana dan markedkan untuk dijadikan bahan bacaan dan koleksi di bilik bujangku yang kecil tapi macam-macam ada. Seronok jalan dengan mamaku sendiri. Hehe, banyak mama belikan untuk Ana kalau Ana nak sesuatu tapi buku buku Ana lebih suka beli sendiri. Terima kasih mama.. Satu je mama yang Angah sayang...

Semester Akhirku

                                                       
Dalam bus apabila dalam perjalanan pulang diri ini mengenangkan beberapa hari lagi Ana bakal ke semester akhir setepatnya pada 5 julai mulanya semester baru pasti jatung ini dub dab dub dab lain sangat dari kebiasaannya. Ialah, tak tahu ujian dan dugaan yang dah Allah tetapkan pada diri ini apabila pergi menutut ilmu dan berbakti kepada umat satu hari nanti dan Ana doakan pada diri ini kepada Allah agar dipermudahkan urusan. (Insya-Allah..  Amin).

Bantal Peluk "Aku Mahu Bobok Sudah"
                                                

Perjalanan pulang dari Shah Alam ----> Kuantan malam tu pukul 10.45 dan sampai di kuantan pukul 2.50. Dalam fikiranku dah mengantuk dan Ana kalau tiadalah bantal peluk "pink maroon" ala ala saiznya seperti gambar di atas maka susahlah nak tidurnya. Sampai je terminal bus, Ana dan mama dijemput oleh Abah yang tersayang. Tapi Abah lebih sayang isterinya. Mana taknya, di Shah Alam setiap satu jam mesti call. Hehe... Ana pula nanti nikah dah punya isteri sendiri tak tahulah macam mana. Tapi kini sudah sampai di bilikku tempat segalanya buatku dan sambil memeluk bantal peluk (musyuk) mengatakan "Aku mahu bobok sudah".

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular