Bismillahir rahmanir rahim..
JUMAAT 1/3/2013
Laporan serangan
berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang mengorbankan beberapa
orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah disebarkan di media-media masa dikala ini.
Malaysiakini melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando
Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari
selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak
di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.
Apa yang
menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden
Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya
mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya
untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan
kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari
Tawi-Tawi ke Sabah.
Dari
mana dana itu? Dari siapa? begitulah antara kenyataan Presiden Benigno
Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan
Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Tetapi persoalan yang berlegar-legar dikalangan rakyat Malaysia termasuk
dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh
memasuki Malaysia padahal Angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan
canggih.
Menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM,
Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,perairan negara dikawal empat
agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim
Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90
(combat boat)
Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata)
boleh terlepas.“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan
polis.Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan
pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
Ops
Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC)
dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal
peronda ATB dan helikopter Nuri.
Kalau dianalisis dari
pengalaman dulu ia seakan hampir sama keadaannya dengan peristiwa
Al-Maunah di sauk dikala hampirnya PRU.Adakah ini semua ntuk
manfaat politik.dilihat kembali peristiwa Al-maunah yang kejadiannya
Tidak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak
perasan dan masuk (kem) buka armory.
Persoalan besar yang perlu
dijawap kerajaan ialah bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat
di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana.
Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar
malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo
(Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di
Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa
Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat
dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?
Oleh yang demikian adakah mungkin kerajaan UMNO menyembunyikan fakta sebenar yang tidak mahu rakyat mengetahuinya??
Al-fatihah dan Tahziah kepada keluarga Anggota yang terkorban Inspektor
Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.Semoga Roh mereka
ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para syuhada.
# Mcm mcm versi cerita sebenarnya.. Apa apa pun semoga semua selamat..