Rabu, 13 November 2013

Memilih Jalan Ini


( KHAS BUAT ANDA KETAKUTAN)

Assalamualaikum

Pernahkah anda merasa takut untuk mengambil satu langkah ke hadapan dalam kehidupan? Atau ketakutan ketika mana anda kini berada di persimpangan dan dikehendaki membuat satu pilihan sahaja?
 
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
 
Pernahkan anda ketakutan kerana anda sedar, bahawa anda tidak berkuasa untuk mengetahui ke mana arah jalan yang anda pilih? Anda tidak mengetahui sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menyambut anda di penghujung jalan tersebut.

Ketakutan anda semakin menjadi-jadi apabila jalan yang anda pilih itu, tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun yang anda kenali. Tambahan pula, sebaik sahaja anda memilihnya, maka anda bakal meninggalkan mereka yang sebelum ini bersama anda, kerana mereka memilih jalan yang berbeza.

Akhirnya anda terduduk, terasa kerdilnya diri anda di hadapan Yang Maha Berkuasa. Pada ketika itu, sedarlah anda bahawa anda tidak memiliki apa-apa melainkan apa yang dianugerahkan oleh Yang Maha Memberi.

Hakikatnya, persimpangan jalan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang persimpangannya pada pemilihan kerjaya, pasangan hidup dan sebagainya. Walaupu  apa pun persimpangan yang dilalui , persimpangan yang benar-benar bakal membuat hati anda kecut  dan badan anda menggigil adalah persimpangan ketika memilih janji perjuangan atau jahiliyah.

wa'Allahualam..




Jumaat, 1 November 2013

Qailullah Tidur Sunnah Rasulullah


Assalamualaikum..

Bismillahir rahmanir rahim..
 
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.”

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata :

“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.”

ASAP dapur GAS

Lagi.. lagi.. Cerita Semalam

31.10.13

Ramai nak nikoh sekarang pilih tarikh cantek.. Nikoh takpelah transfer HARAM to HALAL. Ini COUPLE pun ade yg tulis status sape nak COUPLE dgn aku hari ni? Tarikh kita cantik kalau kita COUPLE hari ni. Siap ASAP lagi.. Aih, dah cuba ke letak muka kat ASAP DAPUR GAS KA?

Rabu, 23 Oktober 2013

ALL STAR Rasulullah Iktiraf

Bismillah dan Assalamualaikum..

Ini 7 Pemuda "All Star" di Zaman Rasulullah s.a.w

1) Bilal bin Rabah

Umar ibn Al-Khattab al-Faruq berkata : "Abu Bakar adalah tuan kami dan memerdekakan tuan kami(BILAL) ."

2) Mus'ab bin Umair

Pemuda idaman wanita Makkah yang memiliki harta yang banyak,keluarga yang menyayanginya,rupa yang menawan hati tetapi rela meninggalkannya demi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.

3) Abdullah bin Mas'ud

Antara 4 orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai orang yang mahir dalam Al-Qur'an,"Pelajarilah Al-Qur'an daripada 4 orang ini iaitu,Abdullah bin Mas'ud,Salim Maula Abi Huzaifah,Ubai bin Ka'ab dan Mu'az bin Jabal "

4) Mu'az bin Jabal
Antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadith Rasulullah s.a.w selain Abu Hurairah r.aBerkat doa Rasulullah s.a.w , Anas dikurniakan oleh Allah s.w.t umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun,diberikan harta yang banyak dan dikurniakan zuriat yang ramai.

5 ) Anas Bin Malik
Berkat doa Rasulullah s.a.w, Anas dikurniakan oleh Allah s.w.t umur yang panjang iaitu lebih dari 100 tahun,diberikan harta yang banyak dan dikurniakan zuriat yang ramai.

6) Abdullah bin 'Abbas(Ibn Abbas)


Berkat doa Rasulullah s.a.w,beliau menjadi seorang alim dalam pelbagai bidang seperti Tafsir Al-Qur'an,Hukum-hukum agama dan lain-lain lagi

7) Zaid bin Thabit


Salah seorang penulis Al-Qur'an ketika pemerintahan Sayyidina Uthman Al-Affan.

# Hebat tak? ALL STAR kan? Tak payah nak ketua pemuda sangatlah kalau tiada ciri ni.. Rasulullah iktiraf mereka ni.. Kita, bertaraf pun TIDOK!!

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Eid Adha 1434H

Assalamualaikum..


[BENDA TAK PERLU TULIS.]


Dah sawang dah blog ni. Rindu nak tulis blog. Lama dah menyepi. Sibuk bangat sampai tiada masa untuk blog comel ni. Hihi, inilah pengalaman membaca blog orang. Aihh, mcm mcm ragam ada. ASAL mereka BAHAGIA.

[TUJUAN SEBENAR]



Nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA dan menunaikan RUKUN ISLAM KE-5 bagi semua umat ISLAM.

OKE, dah boleh tekan PUBLISH.. Hihi..

[KLIK --> PUBLISH]

Button SAVE dari tadi ting tong..

KEJAP NAK TEPEK SEKEPING...





MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Jumaat, 11 Oktober 2013

Tak BANYAK takpe ASAL ada..

" Bekerja itu ibadah
Berprestasi itu indah
"

Saya cuma tulis semula, mana tahu tak terang nampak..
Assalamualaikum dan selamat malam semua. (Ni tulis pukul 8.53 hari jumaat tanggal 11/10/2013). Nak ulas sikit tak BANYAK takpe ASAL ada. Kita laen BIAR BANYAK asalkan tiada. Betullah tu. Siapa? Anda anda anda.
 
Mengkaji keadaan dan melihat dari sudut tiga aras panjang, manusia kini suka buat sesuatu untuk dihargai. Itulah saya kata bila dihargai BARU nak buat. Jadi BIAR BANYAK asalkan tiada. Mana ada PAHALA di situ, tak ikhlas? Mana tahu tak ikhlas? Pening dah bila cakap pasal ikhlas.
 
Mohon yg cakap, ' MANA TAHU TAK IKHLAS ITU '  cakap jujur, kenapa bila ada perhargaan sahaja baru lakukan, bukankah NABI pesan, BILA TANGAN KANAN MEMBERI, TANGAN KIRI LETAK BELAKANG.

Oke, ni jenis ibadah.. Mohon khatamkan dulu..




Sabtu, 28 September 2013

Pengasih

Bismillahir rahmanir rahim..

Allah maha Pengasih, kasih sayangnya bukan untuk yang beriman sahaja malah yang kufur juga dia maha Pengasih. Suka melihat perubahan Insan yang dulu jahil kini beriman. Tentang hidayah ini, benar kasih Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah pemegang hati. Doa selalu semoga Dia sudah beri Iman, Dia kekalkan Iman itu dalam diri kita. Allah, mari istighfar kerana kita pendosa tegar..


Mari hayati.. 

Selasa, 24 September 2013

MUJAHEDEEN MOBILE ENTERPRISE

Salam Semua..

Nak promote sikit bisnes handphone pria. Buka pertengahan bulan 6. Berdaftar dengan SSM dengan nama MUJAHEDEEN MOBILE ENTERPRISE. JEMPUT :


LINK : http://www.facebook.com/MujahedeenEnterprise/notes


LINK HARGA : http://www.facebook.com/MujahedeenEnterprise/notes

Fast Deal : 01117881273

Sabtu, 14 September 2013

Pendam Rasa


(Tentang Rasa Yang Dipendam)

Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim..

Mohon maaf sangat kerana terlalu sibuk urusan dunia. Tulis blog juga urusan dunia, namun harap sekali tangan menari dapat menarik seorang individu (lebih pun takpe) ke arah kebaikan maka banyak manfaat di situ. Hari ni, pagi ni (6.54 pagi) nak kongsi tentang rasa yg dipendam. Penulisan hari ini masih dalam BAHASA MELAYU TINGGI (BMT) dan perkongsian secara santai.. Mungkin ada beberapa post nak dikongsi pagi ni. InsyaAllah.

Rasa yang dipendam, ramai yang begini. Rasa yang menyelubingi akal dan hati kita kekadang perlu dipendam. Namun bahaya, kritikal jika ianya terus dipendam. Misalnya rasa takut. Benar, takut hanya pada Allah, bukan pada makhluk ciptaan Allah namun sebagai manusia biasa, eh kan biasa maknanya ada takut. Nabi Muhammad s.a.w juga berasa takut. 

" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w merasa gerun dan cemas dan ketakutan yang amat sangat. Sehingga Nabi s.a.w bergegas meninggalkan Gua Hira’ dan pulang menemui isterinya dalam keadaan menggigil dan terketar-ketar sekujur badannya.  "



Bagaimana dengan KITA?


Kita banyak pendam rasa, rasa takut? Oh, aku otai mana takut apa apa. Tapi bab cinta. Aku suka minah tu. Terpaksa pendam, mana tahu kena reject. Malu je. Bukan pendam rasa tu. Yang rasa perlu dipendam ini ialah rasa UJUB dan rasa RIAK dalam diri. Ujub dalam diri wajib dipendam agak tidak terciri dalam golongan munafik. Riak juga, ramai riak dengan amalan, ramai riak dengan ilmu yang ada. Ramai yg tenggelam dan timbus terus akan sifat ini sampai lupa DUNIA adalah tempat persinggahan sementara, sekejap sangat namun bila UJUB dan RIAK gagal dipendam maka dirasakan HIDUPNYA untuk selama-lamanya Astafirullah.. Mari muhasabah diri. Bukan saya nak BUAT anda anda semua TERASA namun selalu saya ulang, jika terasa alhamdulillah kerana IMAN DI HATI MASIH MAHU DIKETUK..

Selasa, 3 September 2013

JADUAL KULIYAH UAI BULAN INI




ALLAH TAK TANYA KENAPA KITA TAK SERTAI KONSERT, WAYANG DAN BENDA LAGHA. ALLAH TANYA KENAPA MAJLIS ILMU DEKAT DENGAN KITA TAPI KITA TAK PERGI..

Jumaat, 30 Ogos 2013

I'm Coming!!!

I'm Coming..Coming..
Bismillahir rahmanir rahim.. Masa kita kuar dari perut mak kita, tiada pun kita jerit I'M COMING.. No No No.. o-O Pelik dah tengok, okey. Bahasa melayu tinggi.. TINGGI.. TINGGI.. Comelkan budak tu? Gitulah kita dulu. Keluar ke dunia dengan tangisan. Tak nangis? tepuk punggungnya. ngeeh nguaah.. Nangislah.. Itu normal..

Berdasarkan hadis Rasulullah saw yang disampaikan oleh Ibnu Abbas, beliau berkata;
"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis..” -  HR. Ad-Darami
 
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau berkata, saya mendengar Rasulullah bersabda;
"Tidak ada seorang anak Adam yang lahir kecuali di pegang oleh syaitan ketika ia dilahirkan, sehingga ia berteriak menangis karana pegangan syaitan, kecuali Maryam dan anaknya."

Hal ini juga disampaikan oleh Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ad Darami, beliau berkata: 

"Tidak ada seorang anak yang lahir, kecuali ia menangis, syaitan memegang perutnya hingga ia menangis kecuali Isa putra Maryam"
 
 

Siapakah kita yang sebenarnya?

Hidup penuh dengan persoalan, dan kita kadang bertanya soalan tersebut untuk mencari identiti diri kita. Ramai juga cuba menjawabnya dengan akal semata-mata. Tetapi kita telah melewati beberapa persoalan pada artikel sebelum ini. Jelas dan nyata kita hendak bermula dari satu konlusi – Kita ialah hamba Allah SWT.

Namun apakah semudah itu jawapannya dalam mendefinasikan siapakah diri kita?

Jawapannya hanya ada pada anda..


 

Sabtu, 24 Ogos 2013

Zikir Hari Ahad

 
ZIKIR HARI AHAD

YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM

"Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita."

Sabtu, 10 Ogos 2013

Tanyalah Ustaz

BISMILAHIR RAHMANIR RAHIM..

Tanyalah Ustaz/Ustazah, rancangan yg bagus untuk ditonton. Bukan ea saya buka ruang menanya di sini. Bukan. Kekadang bagus rancangan begini, eh bukan kekadang tapi amat amat bagus cuma sayanglah ramai yg sukar nak luang masa melihat dan menonton. Jangan ditanya kenapa kerana anda lebih tahu cuma rancangan ini bagus sebagai satu pengisian rohani pagi dan mendengar pendapat serta ulasan daripada para ustaz dan ustazah yg berbeza setiap minggu.

 
 ( Laki laki dan pompuan )

[Bukan Ustaz/Ustazah, tak berhak menjawab soalan?]

Cuba selak Al Quran yg sudah lengkap Allah mengurniakan kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat tinggalkan pada kita. Cuba singkap hadith hadith juga dari Nabi Muhammad ( selawatlah sikit). Ada tak ayat atau tertulis "Kau bukan Ustaz/bukan Ustazah maka tidak boleh menjawab perihal hukum agama yg kau tahu?" ada tak? Yang ada..

Allah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya : 


"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." ( Surah an-Nahl: 116)

Mahu lagi ?


Berkata Imam Syafie ra :

" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya
"
( Kitab Adabul Syafi'ie", m/s 94).

[ Saya tak kata ]

Jika orang bertanya kita sesuatu yg kita tahu maka jawablah seadanya, contoh berkaitan puasa atau sebagainya cuma kita pula jangan tak tahu menjawab soalan berkaitan hukum agama seakan akan tahu. Kita bukan nak tunggu jadi Ustaz/Ustazah baru nak belajar agama. Hukum dan jawapan bagi sesuatu soalan itu sedia ada namun kita cuma sebarkan dan pastikan apa yg kita jawab itu betul dari segi hukum dan syariat bukan betul daripada logik akal. 

Jumaat, 9 Ogos 2013

Jadual Kuliyah UAI bulan OGOS



Assalamualaikum dan bismillahir rahmanir rahim, meskipun jadual UAI banyak berkuliyah di Negeri Terengganu namun mingkin dalam mood raya ini anda berada di kawasan disebutkan maka moh ramai ramai pergi..  :)

Sekadar perkongsian..

Rabu, 7 Ogos 2013

Salam Lebaran.. Salama Eidul Fitri



Assalamualaikum. Di sini, sempena Eidul Fitri yg bakal menjelma esok. Ana, isteri dan mujahid kecil memohon seribu kemaafan diatas kesilapan, kekhilafan dan kesalahan serta dosa kepada semua terutama yg mengenali secara langsung atau yak langsung. Semoga Hari Raya Eidul Fitri kita dapat mengembalikan kita kepada fitrah yakni fitrah semula jadi seorang hamba ialah taat kepada PengciptaNya. Ameen.

Mai mai beli pantun..

Makan ketupat dgn lemang,

Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti..

Dua tiga kuih koci,
Mana nak sama kuih suji,
Hari raya eidulfitri bakal menjelma lagi,
Bila mau buat open house kasi makan free?


Mari mengail si ikan gelama,
Ikan dijual di dalam kota,
Ramadhan berlalu syawal menjelma,
Jangan dilupa yg jauh dimata..


Ketuput rendang kueh samprik,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku yg baik,
Mari bermaafan dihari raya..


Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah.


Jumaat, 26 Julai 2013

Sedikit Perkongsian Fiqh Perubatan


  1. Perkara Perubatan Yang Tidak Membatalkan Puasa Ramadhan

    (Fiqh Perubatan)

    1-Menderma darah adakah membatalkan puasa?

    Tidak. Tetapi tidak digalakkan berlebihan kerana bimbang menjejaskan puasa.

    2-Pengambilan darah melalui suntikan vena, adakah membatalkan puasa?

    Tidak. Masalah ini sama seperti menderma darah, dan dikiaskan dengan masalah berbekam yang tidak membatalkan puasa.

    3-Adakah semua suntikan tidak membatalkan puasa?

    Bergantung. Suntikan yang memberikan rasa kenyang kepada pesakit membatalkan puasa pesakit. Suntikan lain diruang bukan rongga terbuka tidak membatalkan puasa.

    4-Mencabut gigi ketika berpuasa, bolehkah membatalkan puasa seseorang?
    Boleh membatalkan, jika darah yang keluar itu bercampur air liur lalu ditelan dengan sengaja.

    5-Suntikan insulin diberikan, adakah membatalkan puasa?

    Tidak, kerana suntikan iu untuk mengurangkan kadar glukosa darah, bukan memberikan kepuasan serta kekenyangan kepada pesakit.
     
     6-Dalam satu prosedur, air disuntik ke kelopak mata pesakit lalu mengalir ke tekak. Adakah membatalkan puasa?Tidak jika air tersebut dikeluarkan semula melalui mulut tidak ditelan. Jika ditelan batal puasa. Jika tertelan tidak menjejaskan puasa.

    7-Suntikan glukosa adakah membatalkan puasa?

    Ya. Membatalkan puasa.

    8-Adakah pesakit menjalani bius itu batal puasa?

    Batal jika dia pengsan dari siang sehingga selepas masuk waktu berbuka.

    9-Pengkateteran (Memasukkan Tiub) itu adakah membatalkan puasa?

    Tidak membatalkan puasa.

    10-Pada bulan Ramadhan di siang hari, doktor melakukan prosedur memasukkan tiub berkamera ke dalam perut, adakah puasa terbatal?

    Harus sahaja, tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak memasukkan sebarang cecair ke dalam perut.
    11-Jika seorang ingin berbekam adakah batal puasanya?

    Tidak, samalah dengan permasalahan menderma darah. Dan masalah tidak batal menderma darah diqiyaskan dengan tidak batal berbekam.

    12-Melakukan prosedur penyaringan dan pembersihan darah (Dialisis) adakah membatalkan puasa?

    Tidak batal melakukannya.


Rabu, 24 Julai 2013

Ramadhan Ini





Antara kelebihan Ramadhan ialah puasa pada siangnya berlaku terus menerus selama sebulan. Kita sedia maklum bahawa sesuatu amalan yang dibuat berulang-ulang akan menjadi suatu tabiat. Berpuasa dalam Ramadhan selama sebulan melahirkan satu tabiat kesederhanaan dalam diri seseorang muslim. Islam menyuruh seseorang Muslim besederhana dalam makan minum, berpakaian, tidur dan tutur kata.

Kita dilatih berbuka segera dengan tamar dan air kemudian terus menunaikan solat Maghrib. Makanan yang diambil haruslah tidak berapa berat agar memudahkan seseorang berdiri lama dalam tarawihnya. Adalah dilarang kita menghidangkan terlalu banyak makanan untuk berbuka atau sahur. Kita dituntut untuk tidur seketika pada waktu siang dan malam. Oleh kerana Ramadhan adalah bulan ibadah. Berlebihan tidur pada siang ataupun malam bererti menyia-nyiakan bulan barkah ini.

Pertuturan yang tidak dikawal dalam puasa Ramadhan mungkin memerangkap seseorang itu dalam kancah dosa umpatan atau pembohongan. Kedua-dua itu merosakkan kelebihan puasa. Seseorang akan kehilangan janji rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Kesemua sikap sederhana di atas disimpul dalam hadith baginda yang berbunyi:
اَرْبَعٌ اِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلاَ عَلَيْكَ مِمَّا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ مِنْ طُمْعَةٍ

Empat perkara yang apabila ada padamu, tidak akan merugikan apapun (peluang) dunia daripadamu, iaitu: memelihara amanah, tutur kata yang benar, akhlak yang baik dan bersih dari tamak.

( Hadith Riwayat Ahmad ).

Terdapat manusia yang berasa rugi dalam kehidupannya apabila dia tidak berbohong, tidak bercakap banyak dan tidak membolot peluang orang lain. Namun hadith di atas menerangkan sebaliknya, bahawa dunianya tidak akan rugi. Dia akan dipercayai oleh manusia, dan diberkati Allah.


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ فَلْيَقلْ خَيْرًا اَوْ لِيَصْمُتْ

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah ia berkata yang baik atau diam (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).




Selasa, 16 Julai 2013

Ahad, 7 Julai 2013

Tazkirah DI Larang Waktu Solat Terawih


Bismillahir Rahmanir Rahim

Tak dibenarkan tazkirah di Pahang. Ini satu hal yang panas, dan mendenda pula mereka yang engkar? Ini.. agak merepek. Biasanya kita berhenti sekejap waktu pertengahan terawih. Kalau nak berhenti, Ini la time nya nak berhenti pun.

Tapi ada juga yang terus berterawih sampai habis dan tazkirah selepas itu.

Ikut tempat la juga. So larangan di atas neh kita kurang jelas. Apakah yang dimaksudkan larangan tazkirah sewaktu solat terawih? Pertengahan terawih atau selepas habis terawih?

Sebab dia ada menyebut bahawa tazkirah tersebut mengacau orang yang nak mengaji apa bagai. Bagi aku masjid tempat umum. Walaupun imam dan makmum kena berkerjasama untuk membangunkan masjid tetapi agak tak logik juga imam kena batalkan tazkirah hanya kerana ada orang yang nak mengaji.

Ko mengaji aje la kalau ko nak mengaji. Ko taknak dengar tazkirah pun takde la imam sampai nak memaksa. Just keluar dari lokasi dan cari satu tempat yang ko rasa selesa nak mengaji. Oke tak? Kenapa pula hanya kerana ada orang yang taknak dengar tazkirah maka tazkirah dilarang disebabkan nak menghormati kehendak mereka2 yang nak mengaji? Ini contoh je la. Sebab itu alasan yang digunapakai dalam berita malam tadi.

Aku kira ini tidak logik. Jika ini dijadikan alasan.. maaf ek. Ia tak logik langsung.

Hatta kalau konsert di larang sekalipun di Malaysia neh ramai jek yang marah mengamok2, ini kan pula sekadar tazkirah. Lagi la orang marah.

Cuba tanya diri sendiri. Berapa lama sangat la masa yang dihabiskan di masjid?

Cuba tanya diri sendiri kalau pasal tazkirah balik lewat lebih kurang pukul 10 malam ka 10.30 malam ka ia berdosa ka?

Kalau pergi mana mana tempat balik lewat rilex jek. Kalau rasa rasa tak tahan jugak boleh sambung terawih kat rumah. Tazkirah tak diwajibkan tapi kalau dengar itukan majlis ilmu tempat Malaikat berkumpul. Renungkan..




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular