Rabu, 26 Oktober 2016

RAZIA SULTAN


Razia Sultan / Razia Sultana merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat-ud-Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240. Razia Sultan terkenal kerana dialah satu-satunya wanita yang pernah memerintah Kesultanan Delhi. Abang Razia Sultan adalah Nasiruddin Mahmud. Manakala Ruknuddin Firuz dan Muizuddin Bahram adalah abang tirinya.

Razia Sultan merupakan anak kepada iltamush Shams-ud-din. Ibunya bernama Qutub Begum. Ibu Razia Sultan merupakan anak kepada Sultan Delhi yang bernama Qutb-ud-din Aibak. Razia membesar dalam keadaan istimewa di mana keluarga sebelah ibunya merupakan pemerintah di Delhi.

Pemerintahan uknuddin berlangsung dalam jangka masa pendek. Pada 9 November 1236, Ruknuddin dan ibunya Shah Turkaan telah dibunuh selepas hanya enam bulan berkuasa. Golongan bangsawan membuat kata sepakat untuk melantik Razia sebagai Sultan Delhi.

Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai skil berperang. Razia Sultan akhirnya berkahwin dengan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia, kekasih yang amat dicintainya. Razia dan Malik Ikhtiar-ud-din Altunia sudah lama kenal semenjak mereka kecil lagi. Dimaqamkan di Kaithal City, Haryana

 

Biodata Razia Sultan

Nama : Nama lengkapnya adalah Raziyya al-Din atau Jalâlat ud-Dîn Raziyâ (dalam tulisan Perso-Arabic ditulis sebagai: جلاله الد دین رضیه), sedangkan dalam tulisan hindi ditulis sebagai: जलालत उद-दीन रज़िया),
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1205
Meninggal Dunia : 14 Oktober 1240 ketika berumur 35 tahun
Pemerintahan : Kesultanan Delhi
Maqam : Bulbul-i-Khan berdekatan Turkmen Gate, Delhi
Nama Suami : Malik@Mirza Altunia
Anak (angkat) : Zubrudin Mirza Rashil
Dynasti : Mamluk
Nama Ayah : Shamsuddin Iltutmish
Nama Ibu : Qutub Begum@Permaisuri Aliya
Agama : Islam


Razia juga mendirikan sekolah-sekolah, akademi, pusat penelitian, dan perpustakaan umum yang mencakup karya-karya klasik kuno juga pelajaran-pelajaran Al-Quran dan hadits.

Ahad, 9 Oktober 2016

BUAT SELALU

Assalamualaikum dan bismillah

Mari kita berselawat kepada Nabi junjungan mulia Muhammad s.a.w. kerana baginda kira hari ini berdiri atas nikmat Iman dan Islam. Apa khabar? Moga perkhabaranmu teman temanku baik bail sahaja hendakNya.

 

Apa aktiviti hari ahad anda? Maaf ea hari menulis gaya banyak persoalan. Selalu menulis gaya syok sendiri hari ni nak komunikasi dua hala walaupun anda membaca jika membaca jawablah ea setiap persoalan itu. Semalam hari sukan, selamat hari sukan semua, adakah anda biasa bersukan dan menjadikan sukan (riadah) sebagai rutin. Salah jika saya tulis sukan dan mengurungkan ( ) riadah kerana ianya dua perkara berbeza.

Aktiviti Ahad saya?

Hari Ahad biasanya blogger cuti dari bekerja, moga ada masa buat isteri dan anak anak. Hari Ahad lah kekadang dibuli dengan kena memasak, kemas rumah. Haha, biasalah tu penatnya luar biasa hari ahad namun alhamdulillah berjaya lalui hari ahad. Selamat berhari ahad semua.

Jumaat, 7 Oktober 2016

OKTOBER






Masih, Assalamualaikum dan Bismillah..

Barakallah dan tahniah buat yang mendirikan masjid,rumah tangga ramai betul sewaktu cuti maal hijrah (tahun baru hijrah) minggu lalu. Salam maal hijrah,blogger lahirkan buat beragama Islam khususnya dan semua Amnya.



Bangun!! Bangun!! Oktober mari dah, bulan lalu disuruh berlalu segera kerana memikirkan hal hal yang boleh merungsingkan, sungguh!! Lekas beredar,tangkas dan segera!! Muqqadimah ini akan saya tamatkan di sini. Semoga ketemu lagi.

Jumaat, 16 September 2016

EIDUL ADHA

Assalamualaikum & Bismillah

Jika diizinkan untuk merasai lagi hari raya tahun akan datang. Allah mengantikan hari raya kaum yahudi dengan dua hari raya yakni Hari Raya Eidul Fitri & Hari Raya Eidul Adha. Tahun ni Hari Raya Eidul Adha blogger di kuantan kerana Hari Raya yang lalu telah berkunjung ke rumah belah Isteri. 

Tahun ni Raya Eidul Adha tak masuk bahagian sebab hal hal tertentu tak dielakkan.Namun tahun ni sebulan lebih jaga kerbau orang yang telah disembelih hari raya kedua. Enam guni sehari kami beri makan, masa nak sembelih kena redha bahawasanya semuanya milik Allah dan tiada milik kita.


Kalau ibadah korban ni, tentulah rewang atau gotong royong yang tentu menyeronokkan. Angkara seekor kerbau berukhwah kami semua bersama-sama. Satu lagi kejadian tidak akan ingat selalu yang berlaku masa raya tahun ini ialah elok nak masak Lontong kuah lodeh, gas habis. Alamatnya nak dijadikan cerita, raya ketiga baru ada gas. Raya ke 4 baru masak lontong kuah lodeh.  

Juga masih sempat sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham Ustaz Haron Din  dan salam takziah buat keluarga  dan sanak saudara beliau atas kematian arwah pada 16.09.2016.


Bagai air dicincang tidak akan putus




Sabtu, 10 September 2016

KAMI TIADA DUIT

ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAH

KALI NI SAYA BERKONGSI KISAH BENAR


Kerap kali saya berjumpa dengan waris yang mengadu tidak ada duit untuk menyempurnakan jenazah ahli keluarganya bila berlaku sesuatu kematian.

Bila menyentuh bab kematian, ia bukanlah sesuatu yang dirancang kita sebagaimana majlis perkahwinan. Kadang-kadang berlaku dalam keadaan kita tidak bersedia terutamanya dari segi kewangan.

Pun demikian, itu bukanlah suatu halangan untuk kita menangguhkan urusan penyempurnaan jenazah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Wahai Ali, ada tiga perkara yang tidak boleh engkau tunda, yakni solat jika telah tiba waktunya, jenazah apabila telah hadir, dan wanita apabila telah ada calon suami yang bersesuaian” (HR. Tirmidzi dan Ahmad).

Namun dalam zaman di mana segala-galanya memerlukan wang kini, soal kematian juga telah menjadi seolah-olah sebuah bentuk 'perniagaan'. 

Ya, tidak salah mengambil upah kerana ia diharuskan dalam Islam. Tetapi ada juga sesetengah pihak yang sanggup mengambil kesempatan di dalam kesempitan orang lain. Mereka mengenakan kadar caj yang terkadang terlalu keterlaluan dan berlebihan sehingga membeban dan menyukarkan sesetengah pihak waris.

Ada juga waris yang jenis ambil mudah. Bayar sajalah yang penting semua selesai. Dengan anggapan sebegitu, mereka terkadang menyerahkan segala urusan kepada pihak yang dibayar sehinggakan langsung tidak ambil bahagian dalam menguruskan jenazah walaupun jenazah itu ibu ayah mereka sendiri! Allahuakbar! Ini semua kisah benar!!


Semalam (7 Sept 16), saya mendapat panggilan hospital pada jam 8pagi. Sememangnya waktu sebegitu saya kurang bersemangat nak keluar rumah untuk menghadap 'jammed' sekitar jalan di Kuala Lumpur. Tapi dek kerana tanggungjawab, maka saya teruskan juga.
Kebetulan kesesakan hari ini sangat luar biasa sehinggakan saya sampai ke hospital hampir jam 10pagi! Rupa-rupanya disebabkan LRT ada masalah menyebabkan ribuan orang terkandas dan menaiki kereta ke tempat kerja. Allahuakbar.

Sampai di sana, seperti biasa saya terus ke tempat menguruskan jenazah. Tiba-tiba waris datang ke arah saya dan berkata,
"Ustaz, jangan mandikan lagi. Ada masalah sikit."
"Masalah dari segi apa?" Saya tanya.
"Hurm..sebenarnya kami dah panggil ustaz lain untuk uruskan jenazah. Sekejap lagi dia sampai."
"Allahuakbar.. Kenapa tak telefon saya awal-awal bagitau..? Saya menghadap 'jammed' 2 jam tahu tak untuk sampai sini.." angin juga saya pada mulanya kemudian saya dan pembantu saya 'packing' barang untuk balik.
Kecewa pada awalnya tapi bila difikirkan balik mungkin keluarga tersebut mempunyai masalah kewangan. Ya, kadar caj pengurusan jenazah pada hari ini di hospital terutamanya sangat tinggi dan melampau!

Bukan saya atau kami yang tukang mandi dan kapan ini yang tetapkan kadar itu. Tapi ada pihak lain yang awal-awal sudah menetapkan harga untuk kepentingan mereka! Allahurobbi...

Petang harinya, sekali lagi saya mendapat panggilan dari hospital yang sama. Kali ini lain pula kisahnya.

Sampai saja di lokasi, saya melihat beberapa orang waris duduk berkumpul mungkin sedang berbincang. Tiba-tiba salah seorang ahli waris datang berjumpa saya dan berkata,

"Maaf ustaz, kami nak bawa jenazah balik untuk diuruskan di surau kami."
Allahuakbar, sekali lagi.. :'(
Saya tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan dan bertanya,
"Boleh saya tahu apa masalahnya ya?"
"Begini ustaz, kami pihak waris tak ada duit untuk menguruskan jenazah di sini. Jadi kami rasa biarlah jenazah diuruskan di tempat kami."
Saya sudah mengagak perkara begini pasti puncanya maka saya katakan pada mereka,
"Soal duit bukan masalah besar bang. Apa yang penting, kita sempurnakan jenazah ini dulu. Abang tak perlu membayar satu sen pun, biar saya yang tanggung kosnya. Ini fardhu kifayyah yang wajib disegerakan."

Dia terdiam dan saya nampak waris yang lain juga bagai terkedu. Kemudian mereka berbincang ringkas dan terus bersetuju dengan cadangan saya.

Selesai menguruskan jenazah, berkali-kali pihak waris mengucapkan terima kasih kepada saya. Mereka mengambil kad kerja saya untuk dirujuk pada masa akan datang.
Allahurobbi.

Inilah kisah sebahagian masyarakat yang jarang orang tahu mengenainya. Mereka hanya tahu apabila perkara sebegini terjadi kepada ahli keluarga mereka.

Saya membuka kisah ini bukanlah untuk menunjuk apa yang telah saya lakukan. Tetapi sebagai satu kesedaran dan membuka mata pihak berwajib.

Mungkin pelbagai usaha telah dijalankan, namun hakikatnya perkara sebegini masih terus berlarutan. Sudahlah masyarakat kini dihimpit dengan masalah ekonomi masing-masing. Dah mati pun bermasalah juga! Allah.. Allah...

Bak kata 'apek' dalam cerita Madu Tiga karya Seniman Agung P.Ramlee,
"Haiyaa...hidup pun susah, mati pun susah..."

Begitulah yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.

Jika tak tahu siapa yang perlu dihubungi, telefonlah pihak JAWI bahagian Kebajikan (untuk kawasan Wilayah Persekutuan sahaja, lain-lain negeri sila rujuk pejabat agama masing-masing).
Sebab itulah waktu hidup ini kita perlu bermasyarakat, baru mudah orang bantu kita di waktu kesempitan. Surau dan dan masjidlah tempat yang paling sesuai untuk bersilaturrahim. Jangan sombong!

Namun seandainya sukar untuk menghubungi pihak tersebut, saya bersedia membantu semampunya. Ingat, permasalahan wang bukan isu penting. Apa yang jauh lebih penting, kita persiapkan si mati dengan sebaik mungkin untuk bertemu dengan Allah s.w.t.
Saya bukanlah orang senang, tapi saya senang untuk membantu orang lain.
Seandainya ada orang senang yang hendak membantu saya, belikanlah set peralatan mandi kafan dan sumbangkanlah pada saya untuk saya gunakan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ya, ini juga adalah satu jariah!
Semoga Allah s.w.t. memudahkan segala urusan kita sebagaimana kita berusaha untuk memudahkan urusan orang lain.

"...dan sesungguhnya Allah akan membantu mereka yang membantu agama-Nya." 
(al-Hajj:40)

Salam hormat dan kasih sayang.
Wassalam.


-USTAD MOHAMAD RAFIEUDDIN  
- 013-322 7937
-Pengurusan Jenazah di Hospital2 dan Masjid2 sekitar Lembah Klang (W.P/ Selangor)
-Mudir Maahad Tahfiz Nur Fattah, Batu Caves
-Pendakwah Bebas

P/S : ADA TIGA GAMBAR NANTI SAYA MASUKKAN. BUAT PENGETAHUAN SEMUA KISAH INI TELAH SAYA MINTA KEBENARAN DARI USTAD TERSEBUT. 

Sabtu, 3 September 2016

SEJARAH KITA

 

Assalamualaikum & Bismillah..

Kesilapan dulu, kini atau sekarang. Kesilapan, itulah kita manusia. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan dalam hidup. Kekadang kita leka sebenarnya, bila kesalahan dan dosa tu buat kita seronok, sanggup kita habis masa, tenaga dan tentunya wang ringgit semuanya kita keluarkan demi mencapai keseronokkan yang sebenarnya dosa.



Mari kita lihat situasi, pernah tidak selalu je kita menghadiri konsert konsert yang kita kata dianya sebagai satu hiburan, bukan sekali tapi menjadi rutin minggu. Tidak pergi jadi macam tak sedap, tak senang duduk makan pernah tidak? Bila dosa menjadi keseronokkan maka ianya sebati dalam diri. Benda sebati dalam diri ni jadi rutin sebenar. Astafirullah, berubahlah.

 

BUKAN MUDAH


Assalamualaikum & Bismillah..


September ini saya tak mahu tidur, jadi lontar jauh jauh istilah kejut saya bila september berakhir [WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER END]

Hidup ini, baca ni..

1- Jangan sibuk hal orang lain, kutuk sana sini, sampai timbul ketidaksenangan pada orang lain. Ini parah dan sangat menyukarkan kamu mendapat ketenangan

2- Hidup dengan kemampuan diri sendiri. Jangan menyusahkan diri sendiri memenuhi kehendak sehingga lupa kepada keperluan 

3- Nikmati kehidupan dengan ketenangan. Syukur selalu, pegang apa yang ada tangan. Memberi dan menerima. Barulah kita memperoleh ketenangan jiwa.


Hidup ini ibarat maggie bodo. Masa taip ni saya makan maggie dan rasanya sesuai kerana air yang saya guna rendam maggie itu perlulah seimbang agar maggie saya tenggelam dalam air panas. Begitu juga pemakanan kita semuanya perlu seimbang, seharian kita perlulah seimbang antara ibadah, riadah dan hiburan. InsyaAllah. Amin.

Selasa, 23 Ogos 2016

SABAR ATAS SABAR

Assalamualaikum & Bismillah




Sabar atas sabar. Nasihat dan berpesan kepada kesabaran memang ramai boleh buat namun bila sabar yang perlu ada pada diri masa dan ketika perkara itu terjadi, mengucap panjang macam kita tak beragama, terus lupa nasihat dan pesanan kesabaran yang sering dilontarkan diulang ulang lagi saban hari. Saya sendiri sebenarnya bukan arif bab sabar, termasuklah saya ini juga panas baran bertempat cuma terkawal. Sejak peroleh ketenangan hati ni banyak sekolahkan saya akan sabar dan redha. [INSYAALLAH]


Nak terjemah ke? Dia menangis bukan kerana dia lemah tapi sebab dia telah menjadi kuat terlalu lama. Terlerai, bercucuran juga air mata kesabaran dan ketabahan itu. Siapa yang tidak menangis, semua orang menangis. Lantas menangis itu dapat meluahkan segala penat yang tersimpan dan terbuku setelah sekian lama tabah dan sabar. Rasulullah juga menangis sebenarnya. Ada ceritanya, Pada suatu ketika, Rasullullah seperti diriwayatkan Abdullah bin Amr bin al-Ash, tengah membaca kisah Nabi Ibrahim juga tentang Nabi Isa. Setelah itu Rasulullah mengangkat tanganya dan berdoa. "Ya Allah, umatku, umatku. Setelah itu beliau menangis. Kemudian Allah befirman, wahai Jibril, temuilah Muhammad--Rabbmu Maha Tahu apa yang terjadi, lalu tanyakan kepadanya kenapa ia menangis. Jibril kemudian mendatangi beliau. Kemudian beliau ceritakan, apa yang terjadi-Dia Maha Tahu tentang hal itu. Lalu Allah berfirman, Wahai Jibril, temuilah Muhammad lalu katakan, Kami membuatmu redha mengenai nasib umatmu dan itu tidak akan mengecewakanmu. (HR Muslim).





Mari kita berdoa  : 

“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu)”. (Al-A'raaf 126)

Isnin, 22 Ogos 2016

ASTAFIRULLAH

 

Assalamualaikum & Bismillah 

Lampuneonku bersinar. Inilah lampuneon. Yang panjang itu lampu kalimantan. Astafirullah 'alazim. Sejak dua menjak ni banyak sangat musibah kita dengar dan rasai. Sama ada menghadapi kita bahkan menimpa orang lain. Dunia hampir ke penghujungnya dan manusia rasa leka nak bertaubat. Manusia sibuk dengan scroll segala macam media sosial, Facebooknya, instagramnya, whatsappnya, telegramnya tak jauh juga dengan perkara baru yang mengamatkan juga isi dunia yakni pokemon go. Semua ni jatuh haram jika melalaikan, melewatkan apa yang patut diawalkan, mengabaikan apa yang patut disahut dan sebagainya. Betulkan? [MENGAKU SAHAJA]



Astafirullah, Moga kita kerap sebut dan sebut, ulang dan ulangi semoga kita sedar kita dalam melakukan dosa maka bertaubatlah kepada Allah. [ASTAFIRULLAH].

HARI YANG PENAT




Assalamualaikum & Bismilillah

Hari yang penat. Tamat. Sekian.

Tidak, tidak, sesungguhnya saya sedang rasa rajin nak menulis. Tiga entri pos berutut-rutut,itu tidak penat malah rajin [TERBAIK]. Hari yang penat? Apa yang menjadi anda penat sebenarnya? Penat & kepenatan. Selain itu ada ke? Berpenat, penatan, terpenat, terpenatan, berpenatan. Ada ke? Tidak ada saya rasa. Haah,senang sikit nak hurai, eh tengok blogger sedang kepenatan nak berpanjangan berceloteh di sini [HEHE]. 



Penat. Biasalah penat akan dirasai oleh semua orang. Kerja pun penat, tidak berkerja pun akan merasai penat. Tidur, duduk, berdiri, senang kata apa yang melibatkan perbuatan mengerjakan maka akan timbut penat. Penat terbahagi kepada dua yakni penat fizikal dan penat mentaliti. Teringat beberapa hari lepas blogger mengalami "Mentality Toche". Sungguh penat sampai berkerut dahi dan lenguh sendi sendi badan. 

Kepenatan. Siapa kepenatan? Alhamdulillah blogger memang rasa kepenatan menulis dan bekerja namun jika nak mengeluh kita sendiri memilih untuk melakukannya. Seperti berlari mengelilingi padang bola tanpa disuruh, kita yang memilih maka kepenatan itu kita layak mendapatkannya atas apa kita usahakan namun insyaAllah [InsyaAllah] besar manfaatnya atas diri kita semestinya dan khususnya untuk orang lain. Cuma perlu positif dan menerima dengan hati yang tenang dan mesra.

 

Ahad, 21 Ogos 2016

RNR HATI

Assalamualaikum & Bismillah


Alhamdulillah, miliki juga buku terbaru Ustaz Pahrol Mohd Juoi tajuknya R&R Hati. Jika anda belum membaca, begitu juga saya. Seperti kita yang memandu jauh dan kita perlu R&R, apa itu R&R? Dari segi mengembangkan singkatan R yang pertama iaitu Rawat dan R kedua ialah Rehat. 

Nak ulas apa ea? Belum membaca lagi walaupun sudah hampir beberapa minggu dalam simpanan, insyaAllah akan mula membaca tidak lama lagi. Baiklah, saya sertakan sinopsis R&R HATI di bawah.

Sinopsis 

RnR Hati

Siapa yang tidak suka muda? Orang muda – cantik, segak, cergas, lincah, aktif, bertenaga dan bebas meneroka apa sahaja. Waktu mudalah permulaan segala transformasi diri. Ingin menjadi seperti itu, seperti ini, seperti dia, seperti orang itu dan macam-macam lagi. Sehingga akhirnya, lelah mencari identiti yang tiada kesimpulannya. Mengapa? Cantik sudah, segak sudah, bijak sudah, cergas dan lincah pun sudah. Tetapi, mengapa masih mencari-cari atau masih ingin meniru identiti lain?

Remaja mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu, iman perlu disuburkan selalu. Hidup remaja mestilah dipenuhi dengan program membina dan memperkuatkan iman. Program maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhi. Jika tidak, terimalah akibatnya. Remaja akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah, tidak akan ada ketenangan tanpa mengikuti program Islam. Sering dipesankan agar kita beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat. Dunia tempat berpenat dan berjihad. Akhirat nanti tempat nikmat untuk berehat. Harganya hanya RM20.00 MYR

Sabtu, 20 Ogos 2016

MUQADIMMAH LEWAT




Assalamualaikum dan bismillah..

Sekali lagi banyak yang tinggal. Tinggal, tertinggal, meninggal, ketinggalan dan tinggalkan.  

1} Tinggal sudah kita akan Ramadhan yang dinanti, bilang dari hari ke hari. Pergi setelah cukupnya hari. Hari dia pergi dan tinggal akan kita, reaksi kita gembira kerana bagi orang berpuasa itu gembiranya ada dua yakni ketika berbuka puasa dan satu lagi ketika menyambut hari raya setelah sebulan berpuasa. [SEBAK]

2} Tertinggal, pastinya frasa ter maksudnya bukan sengaja, maka jika tertinggal puasa pada ramadhan yg lepas wajiblah ganti. Jika tidak berkemampuan maka haruslah membayar fidyah. [BERPESAN]

3} Meninggal, Innalillahiwa innailaihirajiun, kalimah ini bukan hanya untuk yg telah meninggal dunia tapi amnya untuk musibah yang melanda. [Al-Fatihah]

4} Ketinggalan, banyak dah saya ketinggalan. Cuma kadang kala ketinggalan ini satu titik lebih baik kerana biar tak up to date sangat asalkan hidup tenang dalam rahmat Allah S.W.T [INSYALLAH]

5) TInggalkan, sebenarnya segala yang telah kita tinggalkan atau yang telah tinggalkan kita tidak akan sama lagi suasananya selepas itu [MOGA ALLAH MERAHMATI KITA]



 

Sabtu, 23 Julai 2016

RAYA INI





BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM.. 


ALLAHU AKHBAR.. ALLAHU AKHBAR.. ALLAHU AKHBAR.. LAAILAH HAILLAHU ALLAHU AKHBAR< ALLAHU AKHBAR WALILLAH ILHAM..

Selamat hari raya Eidul fitri, Minal Eidul Walfaiizin.. Setelah dua minggu beraya, alhamdulillah sempurnalah sudah puasa wajib di bulan Ramadhan dan zakat fitrah yang diwajibkan kepada setiap yang beragama Islam. Pelbagai kegembiraan di hari raya yang mulia ini termasuklah Allah memberi hari kemenangan yakni hari raya kepada mereka yang berpuasa, berjihad menahan larangan ketika berpuasa selama sebulan. 

Tidak berniat nak bersedih pada bulan syawal ini kerana admin juga dikurniakan seorang cahaya mata pada bulan ini dua tahun lepas. Alhamdulillah, cuma hendak menyebut sikit yang kebiasaan kad raya sudah langsung lenyap sama sekali. Kesemuanya melalui whatsapp,messenger dan seumpamanya menyampai pesanan dan tiada yang kekal tersimpan kerana akan hilang dan luput begitu sahaja. Susah dah nak mengembalikan nostagia semua itu kecuali melihat kad kad raya yang lama jika masih simpan dalam simpanan.

Selasa, 28 Jun 2016

BEBERAPA HARI LAGI

Bismillah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.. Salam ramadhan ke 24. Allahu cepat sahaja masa berlalu. Ramadhan berkat ramadhan mengeratkan. Tetamu kita sudah berkira kira hari sudah mahu pulang. Bulan yang selalu di doakan agar datang, bulan yang selalu kita sebut sebut mahu duduk diribanya, bulan yang kita mesrakan tulang empat kerat beribadah lebih dan buat saya bulan yang masa saya banyak bersama keluarga dengan erat dan ikhlas. 


Sering bertanya ramadhan bagaimana? Sebenarnya keimanan kita bagaimana? Bagaimana bulan bulan biasa kita dikawal syaitan maka bulan ini kita dikawal nafsu. Moga 30 hari tempoh diberi untuk perubahan berjaya kita manfaatkan supaya kita lebih dekat dengan Allah S.W.T. 



 

Khamis, 16 Jun 2016

BUKAN TAK NAK PAYUNG

Bismillahirahmanirahim.. Payung menjadi terkenal secara populariti yang semakin meningkat di zaman kini.  Walaupun cuaca panas hujan jarang jarang namun payung tidak pakai pada musim panas sering disebut sebutkan. Persoalanya benarkan ada yang ingin meminjam payung di rumah saya?

Susah saya nak hurai maksudnya yg tepat nampaknya saya kena dapatkan buku Saudara Baharuddin Bekri jugalah. Jika nanti saya sudah beli dan baca saya akan share dengan anda dan panjangkan pos ini. Jumpa Lagi.. 

Rabu, 15 Jun 2016

RAMADHAN DAN TARAWIKH




Bismilillahir Rahmanir Rahim..

Alhamdulillah, menyapa juga anda walaupun di 10 Ramadhan hari ni. Alhamdulillah dipanjangkan umur lagi bertemu Ramadhan tahun ini, al maklumlah permulaan puasa ada kesihatan kurang memuaskan. "Posa macam mana, ada baek?".. Hehe.. Alhamdulillah..

Ramadhan dan tarawikh tak dapat dipisahkan. Namun orang kita Ramadhan dan bazar tak dapat dipisahkan, tarawikh tidak pergi tidak mengapa. Ada pula macam tu? Yang sunat sebulan setahun sekali inilah menghidupkan kembali masjid dan surau, inilah yang kembali menjadikan hati berpaut pada rumah, inilah asas platform hati sebenarnya, syaitan sudah diikat namun kaki dan hati mahu melangkah ke rumah Allah dengan rela hati walaupun jika bukan ramadhan tiadalah tarawikh juga tiadalah solat jemaah lain.  

Tetamu ini setahun sekali sahaja singgah, hargailah kehadirannya. Macam saya pernah pesan dulu, dia memang akan singgah setahun sekali cuma anda tu mana tahu tiada lagi tahun depan. Sekian.

Selasa, 17 Mei 2016

SAYA KURANGKAN

Satu orang satu medan media sosial, tapi sampai ada lebih daripada satu. Dia suka nukilkan satu perkara (asli dari buah idea atau amik dan tanpal). Jika tiga medan media sosail maka tiga tempat apa yg dinukilnya akan ada. Sedar atau tidak medan media sosial sebenarnya mematikan banyak perkara. Cukuplah ianya mematikan hubungan kekeluargaan, mematikan silaturahum, mematikan manusia di jalan raya dan dia sudah mematikan minat membaca, menulis dan bercerita. 

Saya pun ada satu medan media sosial, cukup lama ianya mematikan minat saya membaca dan menulis. Walaupun kekadang datang minat itu tapi senang ia matikan dengan lajunya masa dan lekanya mata. Rajin menulis hari ni. Dua Entry masuk sekali. Chia chia chia..

 TUKULKAN AJA NAFSU MELAYAN MEDIA SOSIAL

HARI GURU




Semalam hari Guru, ibarat semua perkara kalau hari lahir, ibu, guru maka hari satu hari itu sehabis baik kita threat (layanan) terhadapat orang dituju hari itu. Lalu disebut semua nama sekolah dan guru termasuk sekolah memandu dan sekolah tak formal. Itu normal setiap tahun sepanjang admin kenal dunia orang orang ini selama hidup 26 tahun menipu sangatlah tapi selama tolaklah 6-7 tahun itu berkisar seharian maka itulah menghargai seseorang bersesuai dengan hari yang dituju olehnya. Depends atas individu dan sependapat dengan saya cuma menyatakan dan tiada sedikit maksudnya mahu melarang atau menidakkan.

Hari tu berjalanlah di popular, kluang johor. Nampaklah pernulisan Baharuddin Bekri. Oh, buku bukunya bagaikan guru buat saya. Adalah koleksi sikit buku penulisannya yang banyak berkisarkan motivasi. Tajukknya yang terbaru ni "Jangan kata Abang tak payung". Ini juga norma norma kebiasaanya manusia namum buat buku yang saya ibaratkan guru ini belum saya dapatkan. InsyaAllah, akan dapatkan segera dan akan review. Maaflah jika orang tak setuju dgn saya bila kata buku itu guru kerana ada yang kata jangan baca buku ilmu tanpa guru kerana ibarat berguru dengan syaitan namun saya sendiri sedikit pegang, buku di malaysia ada tapisan maka InsyaAllah carilah bacaan yang baik baik maka anda dilindungi. 

Isnin, 9 Mei 2016

MELEPAS



Hampir terlupa, masih berkata pasal hobi. Perasan selepas melihat dua tiga rakan laman sosial menulis dua tiga patah mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur [PBAKL]. Hari ini hari terakhir, membakar dan kembali rasa nak membau buku. Terutamanya banyak buku daripada penulis baru untuk pembaca. Nak mulakan balik itu sesuatu yang susah. Jika anda sebelum ini minat membaca, jika sudah lama tinggal tabiat membaca ataupun anda sudah tidak ada silaturahim dengan buku maka itu jawapan pensil kaler merah anda dapat. 

 

Bersilaturahim dengan ilmu ibaratkan bersaudara dengan orang jauh, juga ibarat melepaskan sesuatu yang anda sayangi. Jika membaca sudah menjadi hobi maka teruskan dengan kadar sedikit demi sedikit. Membaca untuk ilmu bukan membaca untuk tamakkan penampakkan anda berilmu. Jika diizinkan gambar PBAKL 2016 saya akan sharekan di pos seterusnya. 

Isnin, 25 April 2016

SEHARI DI CTFKL3

Bismillah.. Assalamualaikum.. Nak share sikit gambar gambar di CTFKL3 ( Collector Toys Festival Kuala Lumpur 3) yang berlangsung 23 April 2016 di dewan Keramat. Moga rakan rakan satu minat enjoy!!!









Awat semua toys? Toys Festival kan.. Hehe..

 
 

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular