Sabtu, 30 April 2011

Selamat Hari Malas

 

Kenapa ea bila hari pekerja sahaja mesti cuti.. Dari dulu.. Fikir fikir balik tak faham kenapa tapi kalau nak cadanglah.. Bila hari pekerja tetap jugalah bekerja semua orang sama ada swasta atau kerajaan. Cuma kalau bekerja tu double paymentlah hari tu. Apa macam? Agak agak siapa sokong? Boleh je buat.. Tiada masalah sebenarnya. Cuti ni kene kurangkan. Nanti orang akan jadi malas pula..

 

Cuba tanya orang yang bekerja apakah mereka buat pada hari cuti hari pekerja? Cubalah tanya mereka.. Ada yang suka bekerja.. Bila kerja fulus masuk.. Apa apa pun selamat hari pekerja.. Bagi bekerja sendiri tiada hari pekerja ni.. 
 

Ahad, 24 April 2011

Laju Ku Laju

 

Vrooomm... Vroommm.. Laju pecut dengan VIOS.. Tapi dah sampai hometown baru beritahu bawa laju sangat.. Nak buat macam mana.. Benda dah berlaku.. Buku pun dah borong.. Laju ku laju.. Nampak buku laju je capai.. Obses buku?? Ya sayalah tu.. Banyak lagi buku saya borong tapi ini antaranya. :

1) 5 tokoh pengugat Zaman karya Dato' Mahmood Zuhdi 

2) Dalam Mihrab Cinta karya Habiburahman El-Shizary
3) Ada Cinta karya Rina Farizq

4) Yang Tak Terluah karya Puteri Andalas

5) Mat Kilau Karya Abdul Latip Talib

6) Misteri Firaun Musuh Para Nabi Karya Afareez Abd Razak

7) Cikgu Paling Gempak Karya Aiman Naufal

8) Laksamana Cheng Ho Karya Imran Yusof

9) Umar Al-Khattab Karya Abdul Latip Talib 

10) Imam - Imam Yang Benar Karya Abdul Latip Talib

11) Travelog Hidayah karya Muhammad Rasyidi Abdullah

Selamat berkunjung ke PBAKL 2011.. Selamat Menambah Ilmu..

Jumaat, 22 April 2011

Pergi Jauh Jauh



Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

 (Surah Al-Isra', ayat 27)


Pergi jauh jauh, usah kau dekat.. Usah kau ganggu.. Usah kau hampiri.. Membazir, itulah nafsu kita dorongkan.. Nafsu makan, nafsu kebendaan tapi tidak pula nafsu keimanan.. Susah nak ubah.. Pantang ada pasti nak dapatkan.. Itulah, Ya Allah aku memanjatkan doa kepadamu agar kami dijauhi dari sifat saudara-saudara sepuak dan seangkat syaitan ini yakni membazir.. Ameen..

Isnin, 18 April 2011

Tiada Yang Lain Hanya Dua

 

Dashing.. Ungul.. Mutu.. Mutu samy.. Hahaha.. Kalau putu mayam sedap juga... Tiada yang laen hanya dua.. Betul apa.. Aik.. Marah pula.. Hanya dua warna je.. Hitam putih jekan  gambar tu.. Apa ce (cerita) kali ni? Tentang dua warna ni. Warna apa? Warna kehidupan. Ada yang ikhlas menghadapi kehidupan.. Ikhlas menjalani kehidupan. Ada juga yang tidak ikhlas (hipokrit) menghadapi kehidupan. Munafik menjalani kehidupan. (minta jauh sifat munafik).

Hipokrit dalam menjalani kehidupan pada masa kini ibarat wabak kepada umat Islam. Wabak ini amat bahaya.. Dalam kehidupan realiti persendirian dia menjadi dirinya namun apabila kehidupan realiti melibatkan diri orang lain dia mula hipokrit. Susah nak kenal pasti dan kekadang kita juga susah nak kenal pasti ia ada dalam diri kita. Namun alhamdulillah kini ramai yang mula sedar dan membaca erat erat perilaku manusia sama ada manusia yang rapat atau pun sekadar bersahaja.. Berwaspadalah.. Dalam diri anda ada 'hipokrit' dan dalam persekitaran anda ada  juga 'hipokrit'. Dua warna yang negetif.

Jumaat, 15 April 2011

Kasihku Buat Atuk

 


 
 
Kasihku Buat Atuk
______________________________

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Berdendang lagu nyanyian Afgan yang bertajuk padaMu ku bersujud di petang yang mendung. Cuaca mendung seakan memahami hati kecil seorang tua yang duduk di kerusi malasnya. Seorang tua mengenang zaman-zaman mudanya yang penuh diselang-selikan antara dosa dan pahala apabila mendengar lagu yang menjadi halwa telinga cucunya, Amalina.

Amalina satu-satunya cucunya yang hasil daripada pernikahan anak tunggalnya yang kini sudah pergi menghadap Ilahi akibat daripada kemalangan pada pagi hari raya 7 tahun dahulu. Amalina kini sudah berumur 20 tahun yang sedang menghabiskan sisa-sisa cuti semester di kampung.

     Seorang tua itu amat bahagia apabila Amalina merupakan cucu yang solehah yang sanggup pulang ke kampungnya apabila menjelangnya cuti semester bagi menjaga makan minumnya. Cucunya itu sering tidak tumpah seperti perangai arwah ayahnya yang merupakan seorang yang penyanyang dan menghormati orang yang lebih tua.

    “Atuk, mari makan tuk. Malina dah siapkan lauk kegemaran atuk. Kejap lagi dah nak azan maghrib. Kita makan dulu lepas tu Malina nak solat dengan atuk.”

    “Ya, cucu atuk.. Mari kita makan.” Jawab seorang tua itu pendek.

Suara itulah yang menghiburkan hatinya. Suara itulah yang menjadi penawar rindu hatinya yang merindui arwah anaknya. Malina itulah satu-satu harta peninggalan anaknya kepadanya.

    “Ayah, ampunkan dosa saya. Saya rasa saya dah tak lama lagi.. Ayah jaga cucu ayah.. Jaga Malina untuk saya..”

Itulah pesanan arwah 7 tahun dahulu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Amanat anaknya itu seolah-oleh masih terngiang-ngiang di benak telinganya walaupun peristiwa itu sudah bertahun-tahun berlalu. Seorang tua itu masih merindui anaknya yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan yang tragis.

Air matanya bergenang. Cermin mata tuanya dibetulkan. Tangan kanannya masih menyuap sesuap nasi.

    “Atuk, sedap tak Malina masak? Atuk tambah nasi ea? Malina suka lihat Atuk selera makan.” Malina tersenyum puas.

    “Ya cucu atuk. Pandai Malina masak. Selera atuk makan.” Masih jawab seorang tua itu pendek.

Malina perasan yang atuknya sejak kebelakangan ini sering murung dan kurang bercakap namun dia tidak mampu beramal apa yang ada di benak fikiran atuknya. Tetapi tidak mahu melontarkan persoalan kepada atuknya kerana bimbing soalan itu menyinggung perasaan atuknya.



Setelah usai makan malam, mereka mendirikan solat maghrib. Menjadi kebiasaan dua beranak ini makan malam sebelum menjelangnya maghrib. Seorang tua itu walaupun sudah mencecah usia 60-an namun masih kuat tulang empat keratnya menjadi imam kepada cucunya dan sekali sekala menolong cucunya menyiapkan kerja rumah.

Pokok bunga di mini kebun peninggalan arwah anaknya kerap dijadikan tempat menghirup udara segar dan melepaskan rindu. Walaupun sudah 7 tahun berlalu namun rindu pada anaknya masih lagi kuat. Seorang tua itu pasrah dengan kematiaan anaknya namun rindu itu sering dibuainya setiap pagi.

“Setiap yang hidup pasti merasai mati..”

Ayat 185 itu, surah al-Imran sering diulang diingatannya namun kerinduan pada anaknya melemahkan dirinya yang menyebabkan dia sering menyendiri.

    “Atuk, cantik mini kebun ni. Pandai atuk berbakti pada tanah.” Sapa Malina.

    “Kebun ni arwah ibu kamu yang punya. Dulu masa arwah ada setiap pagi arwah siram pokok-pokok bunga ni. Kembang dan segar pokok bunga ni semua. Atuk sangat rindukan arwah ibu kamu. Muka kamu tak tumpah sepertinya.”

Sudah biasa bagi Malina apabila atuknya bercerita tentang ibunya. Walaupun semasa arwah ibunya meninggal dunia, dia baru berusia 13 tahun namun 9 tahun yang sudah berlalu, hanya atuklah tempat dia berlindung dan bercerita. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjaga dan menyayangi atuknya walaupun bagaimanapun keadaannya kelak. Lebih-lebih lagi di waktu atuknya sakit dan uzur.


“Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya"

(Riwayat Al-Tabrani)

Sebagai seorang pelajar Diploma Usuludin, Amalina menghafal beberapa hadith yang menjadi panduan hidupnya. Hadith Riwayat Al-Tabrani ini juga merupa salah satu “falsafah” hidupnya. Baginya atuknya banyak berjasa kepadanya. Selepas kematian ibu bapanya, atuknyalah yang menatangnya bagai minyak yang penuh. Dia menyanyangi atuknya seperti mana atuknya menyanyanginya. Tiada yang boleh memisahkan dia dan datuknya kecuali jemputan Ilahi.


********* 

“..Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati ( keimanan) kami sesudah kau memberi Hidayah kepada kami dan tetapkan kami dalam golongan yang diberi pertunjuk. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Amalina menyapu seluruh muka dengan tapak tangannya selepas usai berdoa. Menjadi rutin hariannya dia terjaga sepertiga malam untuk mendirikan qiamulail dan bertahajud serta sujud kepada Pengcipta. Bagi dirinya pada waktu beginilah dia mengadu pada Tuhannya apa yang ada di simpan dalam hatinya.

Benar menjadi rutin harian Amalina. Dia akan tidur awal di malamnya dan bangun sepertiga malam untuk bersujud kepada Penciptanya hingga azan subuh berkumandang. Kemudian dia akan bangunkan atuknya dan mereka mengerjakan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai Malina akan mengajak atuknya jogging dan ke pasar untuk membeli sedikit barang dapur untuk keperluan harian mereka dua beranak.
     Ibu Amalina seorang pensyarah yang mengajar di sebuah Universiti tempatan di Malaysia. Ibunya lepasan Master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sudah hampir 10 tahun menjadi pensyarah pengajian di situ. Bapanya pula seorang pengawal kerajaan yang merupakan seorang pengawai kewangan (S41). Harta peninggalan ibu bapanya jika dihitung boleh menampung 10 Tahun kehidupan anaknya Amalina dan atuknya. Namun masih menjadi kebimbangan Amalina yang merancang cita-citanya mengikut jejak ibunya sebagai seorang pensyarah.

“Bila Malina habis cuti?” pendek pertanyaan atuk.

“Kurang sebulan lagi atuk. Kenapa tuk?” jawabnya.

“Nasib baik ada Malina teman atuk, kalau tidak sunyilah atuk”. Katanya.

“Eh, tuk ni, sejak bila pandai sunyi ni? Hehe” gelak Malina.

Atuk tersenyum mempamerkan susunan gigi putihnya yang masih elok.. Kerutan di wajah atuk membuktikan bahawa atuk lebih mengetahui kancah kehidupan ini lebih dari sesiapa pun. Umur atuk kini mencecah 78 tahun telah banyak melalui warna-warni kehidupan. Walaupun usianya sudah lanjut, namum kesihatan pemberian Allah S.W.T tidak dipersiakan dan malah Atuk mengunakannya untuk bersujud dan bersimpuh kepada-Nya.


********

Kurang Sangat

 

Bila 24 ditolak tolak dan dicarik carik tak tahu dah tinggal dua puluh berapa. Entah entah tinggal dua per empat sahaja. Apabila masa tidur telah dicuri sedikit demi sedikit untuk minum air dan tak kurang juga buang air. Tak tahu apa saja yang rasa nikmat istirehat pada malam hari. Di tempat kerja sahaja menguap sahaja entah kali ke berapa. Berapa kali menguap tutup mulut dan berapa kali sahaja yang tidak. Tak termasuk masa makannya tiga kali sehari di'qadho' tengah tengah waktu. Bila solat pula tak menentu masanya. Belum lagi ada yang digelar 'curi dalam solat' ditambahnya zikirnya entah ke mana? Doanya pendek apa saja yang dipinta? Belum lagi 'kurang sangat' suka berlama-lamaan di sejadah. Itulah kekadang apabila hidup untuk dunia bukan hidup untuk akhirat.

Rabu, 13 April 2011

Demi Pengcipta Dunia dan Akhirat

 

Lima Janji Allah bagi orang yang menjaga solat (Memelihara waktu solat)

Di Dunia - Berkat Rezeki
Di Kubur - Terlepas Seksa Kubur

Di Padang Masyhar - Dapat Buku Amalan Dari Tangan Kira
Di Titian Sirat - Lintas Seperti Kilat
 
Di Syurga - Masuk Tanpa Hisab

Allah akan menunaikan janjinya.. Adakah kita menunaikan janji kita pada Allah? Jadilah orang yang bersyukur.. Jangan harapkan ganjaran tapi harapan syukur kita diterima..

Ahad, 10 April 2011

Mencari Keshohihan

 

Pepatah,simpulan bahasa, bagai bagai, seperti seperti, penjodoh bilangan semuanya termasuk dalam satu perkara yakni peribahasa. Peri bermaksud pelbagai dan bahasa bermaksud dan yang dimaksudkan ialah bahasa melayu itu sendiri. Istilah bahasa kadang-kadang jadi bahasa melayu dan ada masanya bertukar jadi bahasa malaysia. Kenapa bertukar barangkali apabila menteri pelajaran bertukar ianya turut tukar. 

Nak mencari keshohihan dan kebenaran dalam bahasa melayu ni. Misalnya orang dulu dulu kata, sedahulu mana entahlah tapi dululah. Dia kata kalau rumah kita atau sebuah tempat yang ada atap ada dinding setepatnya bangunanlah kalau kita menyapu sampah di dalamnya jangan sapu biar sampah atau habuk tu keluar sapu ke arah sampah itu atau habuk itu masuk. Ianya sinonim dengan orang dahulu kata rezeki kita keluar kalau kita sapunya ke arah keluar dan rezeki kita masuk kalau kita sapu ke arah masuk. 

Wa'Allualam sejauh mana keshohihanya. Ada juga melarang ketik kuku (kepik kuku) pada waktu malam. Katanya malam itukan gelap. Tapi sebenarnya risau terketik isi kuku. Dulukan pakai lampu minyak tanah sahaja, tak macam sekarang jadi kurang nampak. Ada juga kata jangan menyilang kaki apabila baring meniarap kerana nanti ibu kita cepat mati. Yang itu pun masih menanya dan masih mencari keshohihan sejauh mana benarnya.. 

P/S : Pembaca entry ini kongsi2 lah ilmu ea kalau tahu serba sedikit tentang ini.. 

Isnin, 4 April 2011

Demi Sesuap Nasi


Demi Sesuap Nasi.. Halal haram semua engkau sapu.. Tak kira siapa yang terguris.. Tak engkau hirupkan sama ada periuk nasi insan lain berasap atau tidak asalkan demi sesuap nasi.. Jasa nelayan aneka ikan yang engkau makan itu rezeki mereka.. Pengjasa kepada tanah menghasilkan sayur dan buahan itu yang engkau makan.. Penternak dan pengusaha ternakan itu yang pelihara ayam, kambing, lembu dan binatang an'am yang lain itulah engkau santap tatkala kenduri meraikan. 

Demi sesuap Nasi.. Rujimu tercalar.. Daging merah dalam dirimu tercampur halal dan haram.. merupa semuanya.. Tatkala dunia ibarat neraka.. Riba dan Rasuah disuap tak kira masa.. Demi sesuap nasi.. Demi engkau melebihkan.. Demi wang, engkau tamak.. Demi itu untuk dunia engkau merelakan apa pun.. Nombor engkau minta pada jin, sanggup meneleah kubur.. Sanggup kau.. Hinanya engkau.. Engkau mengadaikan anak isterimu dengan tawaran api neraka.. Melelongkan dirimu ke arah khuratan.. Engkau bagai penjudi.. Keluarkan sedikit duit untuk duit yang besar.. Engkau tak akan selamat.. Engkau bakal dimusnahkan di dunia dan lebih seksa di akhirat.. Masa engkau akan tiba.. Akan tiba.. Pasti..

Jumaat, 1 April 2011

Ada Macam 'Manager'

 

Assalamualaikum.. Hahaha, april fool berjaya diabaikan seperti tahun tahun sudah namun tahu sebelum itu ada juga diusik dengan april fool. Fool lah sangat. Apalah yang fool sangat. Tak tahulah. Jangan kita di fool cukup. Bulan ni dan bulan seterusnya sudah pindah bidang sudah. Nak belajar jadi 'manager' pula. Manager memerangkap kuli. Biasalah kita kenelah belajar dari bawah tak kira apa pun kita lakukan. Kerana dari sifar itu kita belajar sampai kita boleh tahu berapa peratus dah kita kuasai sesuatu bidang tersebut.

Percayalah mahu berapa di atas kita terlebih dahulu perlu mula daripada bawah. Usah malu jadi sandaran dan usah gah jadi pernghalang apabila kita sudah berada di atas usahlah pula kita pandang sebelah mata sahaja sesiapa yang di bawah. Ingat tu seatas atas kita, masih ada yang lagi atas. Semuanya di sandaran pada Allah S.W.T. Tapi dalam mengorek langkah menjadi manager kita perlu jujur, perlu telus, perlu buang segala anasir jahat. Insya-Allah, kuasa Allah kuasa yang Abadi dan Agung.. Semuanya dari Dia.. Rezeki itu dari Dia..

Khamis, 31 Mac 2011

Terjun Diterjunkan . .

 

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Dengan bantuan Allah S.W.T., berkat usaha beberapa nama secara langsung atau sencara tidak langsung terutama mama dan ayah. Ustaz dan ustazah yang banyak membantu. Bukan bermana tak boleh berterima kasih secara langsung cuma kalau ada yang terkait dalam proses menyiapkan tesis ini.. 

Maaflah.. Agak sibuk sekarang dengan urusan dunia untuk meraih pahala di akhirat. Tidak selalu boleh menulis.. Insya-Allah di bulan akan datang Ana cuba tulis siap siap dari awal.. Insya-Allah.. Doakan Ana dan berbalik pada kalian doanya..

P/S : -  :-)  ;-)  :-*

Selasa, 22 Mac 2011

Malu Kepada Allah

 

Rabiah Al-Adawiyah menegur Sufia al-Tsauri

Rabiah berkata : "Andai diri kamu tiada keinginan pada dunia, nescaya kamu tergolong dalam golongan mereka yang suci

Sufia al-Tsauri berfikir sejenak. Dirinya berbalah sesama sendiri, hingga beberapa ketika barulah dia bertanya pada dirinya sendiri, "Apakah diri ini mempunyai keinginan duniawi sepertimana yang dibicarakan oleh Rabiah?"

Tanpa disedari, air mata insaf mengalir laju membasahi kepingan pipi dan janggut Sufian al-Tsauri. Dalam ratapan seorang insan yang takutkan dirinya tidak mendapat kasih Allah kerana ada sedikit keinginan dia berkata, "Ya Allah, aku mohon keredaanMu."

Tiba-tiba sekali lagi Sufian al-Tsauri ditegur oleh Rabiah

"Tidakkah kamu berasa malu kerana memohon keredhaan Allah sedangkan kamu belum melaksanakan amalan yang diredhaiNya?"

"Maksud kamu?

"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengucap reda Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak reda dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu kehendak Allah, apakah patut kita sebagai hambanya berkeluh-kesah atas ketentuan qadak dan qadar Allah."

Kemudian fahamlah Sufian al-Tsauri yang manusia hanya mendapat reda Allah apabila mereka mampui untuk redha pada semua yang berlaku atas dirinya. Sama ada perkara itu baik mahupun tidak, mereka wajib yakin yang itulah yang terbaik buat diri mereka.



Ahad, 20 Mac 2011

Dialog Perkhawinan Rabiah Al-Adawiyah

 

(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan
 
 
Pernah juga berlaku kepada Rabiah, seorang datang bagi berdialog dengannya. Selepas dapat bertemu dengan Rabiah, pemuda itu lantas bertanya, "Wahai Rabiatul Adawiyah, apakah sebabnya kamu menghindari pernikahan?
 
Pemuda itu mungkin mahu menguji Rabiah, ataupun mungkin juga ada niat tersirat di hatinya. Rabiah menjawab dengan penuh berhikmah kerana dia sedar sekiranya dijawab dengan jawapan yang lemah, pasti dirinya menjadi bualan.
 
"Saya akan berkahwin juga.
"Benarkah?"
 
"Benar, sekiranya mereka yang mahu mengahwini saya itu mampu mecari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubati saya daripada tiga kerisauan dan dukacita sedang saya hadapi.
 
Pemuda itu kelihatan teruja kerana sangkanya umpan sudah mengena. 
 
"Sekiranya begitu, khabarkan."
Rabiah diam seketika sambil matanya terpejam, dengan perlahan-lahan dia mengangkat mukanya seraya membuka mata dan berkata, "Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawa yang tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya mengadap Allah dengan keimanan yang sempurna?
 
Pemuda itu terkedu dan mulutnya terkunci rapat. Melihat pemuda itu tidak bersuara, Rabiah meneruskan perbiacaraanya. "Kedua, sejurus berada di padang masyhar, dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjdang kehidupan dengan tangan kanan?" 
 
Sekali lagi tiada jawapan daripada pemuda itu, Hanya bunyi tiupan angin di padang pasir sahaja yang menerobos ke gegendang telinga mereka. Kemudian Rabiah menyambung kata-katanya. 
"Yang ketiganya adalah, selepas hisab di padang masyhar, golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala golongan yang kufur dihumban ke dalam neraka. Apakah dia dapat menjamin yang saya berada di syurga?"
 
Pemuda itu menjawab lemah, "Ternyata hanya kamu dan Allah yang mengerti apa yang kamu lakukan."
 
P/S : Tidak membelakangi Sunnah namun Allah dan Wali-Nya (Rabiah Al-Adawiyah) lebih mengerti tindakannya.

Sabtu, 19 Mac 2011

Dialog Kesufian Rabiah Al-Adawiyah

 
(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan)

Rumah Rabiah Al-Adawiyah sering menjadi kunjungan guru yang Rabiah sendiri pernah mempergurukan mereka. Mereka antaranya Hassan Al-Basri, Sufian al-Tsauri, Malik bin Dinar, Abdul Wahid bin Zaid dan banyak lagi. Di kediaman Rabiah yang serba kekurang sering terjadi dialog di antara Rabiah sendiri dan beberapa orang termasul ulama dan umara' pada zaman itu.

Dialog pada kali ini dimulakan dengan persoalan yang dilontarkan oleh Rabiah kepada kelompok orang soleh Basrah itu. Dia bertanya kepada mereka sambil matanya menyoroti setiap hadirin dengan pandangan mata yang tajam. Tanda dia tidak main-main dalam urusan itu.

"Wahai Hamba Allah, mengapakah kau menyembah Allah?"

Lelaki soleh itu menjawab tanpa ragu "Tentunya kerana saya takutkan azab neraka Allah yang maha pedih."

Soalan yang sama lantas ditanya kepada lelaki sebelah tadi. 

Dia menjawab, "Tentunya kerana saya mahu ke syurga Allah yang penuh dengan nikmat abadi itu."

Selepas mendengar jawapan daripada kedua-dua lelaki soleh itu. Rabiah diam membisu seketika. Selepas menghela nafas panjang dengan perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan merenung tajam mereka yang berada di hadapanya.

Kemudian dia berkata, "Alangkah hinanya seorang hamba itu jika beribadah kepada Allah hanya kerana mahukan syurga dan dijauhkan daripada api nereka." 

Sekelian yang hadir terkedu dengan kenyataan itu. Mereka tidak menyangka jawapan mereka itu dinilai salah malah dipertikaikan sebegitu rupa.

"Sekirannya syurga dan nereka itu ditakdirkan tiada maka masihkah kalian menyembah Allah?

Hening. Tiada yang berani bersuara. Masing-masing hanya berpandangan sesama sendiri. Hanya selepas beberapa ketika, salah seorang daripada mereka bersuara, " Wahai Rabiah, jika begitu apakah pula sebabnya kamu menyembah Allah?

" Saya menyembah Allah hanya kerana mengharap keredaannya. Nikmat dan pemberiannya sudah cukup untuk saya mengerakkan diri saya bagi terus beribadah kepada-Nya.

Begitulah Rabiah, penuh dengan ketegasan dan hikmah. Mereka yang bersamanya sentiasa mendapat manfaat daripada kalimah-kalimah yang dituturkannya. Mereka yang hadir di dalam majlis itu pun sentiasa bercerita berkenaan kisah itu kepada sesiapa sahaja segingga kisah itu menjadi sangat masyhur dan ditulis dalam riwayat yang muktabar.  

Jumaat, 18 Mac 2011

Maafkan Kami Ya Rasulullah


Misal kata Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Ketika itu baginda datang dengan tersenyum dan muka berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut. Kita juga akan memeluk erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita pasti akan meminta Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di ruang tamu.Tapi kemungkinan pasti kita meminta Rasulullah menunggu di depan pintu sebentar kerana teringat VCD 18+ atau lukisan separuh bogel yang melekat diruang tamu kita sehinggakan kita terpaksa memindahkannya semuanya ke belakang dan tergesa-gesa kemudian mengantikkannya dengan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita melekat di ruang tamu.

Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika baginda bersedia untuk menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat. Kita juga terpaksa menjadikan ruang tamu sebagai ruang solat, malah segera mencari kopiah, serban serta jubah juga Al-Quran manakala bagi anak dan isteri kita terus kita belikan  pakaian menutup aurat demi menutup malu kerana selama ini tidak pernah kita menyuruh anak dan bini kita menutup aurat.
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan kita dan lakonan kita tersebut? Belum lagi kaset, kaset lagu barat dan cd karoeke serta set karoeke? Ke mana hendak kita singkirkan semua itu  demi menghormati junjungan Nabi kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan maghrib kerana kebiasaannya pada waktu itu kita masih bersama keluarga kita di hadapan TV. 

Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuatkan kita segan dan malu. Maafkan kami Ya Rasulullah. Oh betapa memalukan kehidupan kita saat di mata Rasulullah. Itu belum lagi cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.?

Layakkah kita menyatakan rindu buat beliau? Layakkah kita bergelar umat Muhammad? dan layakkah kita mendapat syafaatnya kelak? Maafkan kami Ya Rasulullah.

Khamis, 17 Mac 2011

Macam Macam

 

RAJIN BEKERJA RAJIN BERCAKAP - - -> BAGUS

RAJIN BEKERJA MALAS BERCAKAP - - - > KENA BULI

MALAS BEKERJA RAJIN BERCAKAP - - - > WAYANG CINA 

MALAS BEKERJA MALAS BERCAKAP - - - > TAK GUNA

MALAS BEKERJA SUKA MENGADU - - - > LALAT HIJAU

MALAS BEKERJA SELALU PONTENG - - - > LEBIH BAIK BERHENTI

MALAS BEKERJA SUKA TERMENUNG - - - > LEBIH BAIK MATI

RAJIN BEKERJA RAJIN MENGADU - - - > KAKI BODEK

TAK PANDAI KERJA KUAT MENGADU - - - > BERUK

RAJIN BEKERJA RAJIN TERMENUNG - - - > PENYAKIT ANGGAU

DI MANAKAH ANDA    ? ? ?

Rabu, 16 Mac 2011

Masih Rindu . .

Jam biologiku masih belum dapat disetkan dengan keadaan yang kini. Masaku masih lagi masa di sana. Hatiku masih lagi rindu dan masih berada di sana. Di antara kalian aku terpilih menjadi salah satunya. Kekaguman semalam belum lagi hilang pada kornea mataku. Ketekunan itu masih lagi aku rasa di sebalik tulang empat keratku. Tiba tiba ia hilang tanpa aku mahu berpisah dengannya. Bukan sengaja aku mengukir di sini. Namun hati ini masih rindu. Tak mampu mengungkapnya pada sesiapa lantas aku mengungkap dengan jemari membuah kata membentuk kata-kata membunyikan ayat yang utuh namun hatiku rapuh tidak dapat aku bayangkan.   

Masih kaku dan aku masih rindu. Rindu, itu je dapat aku ungkap buat ketika ini. Aku ingin bangkitkan rinduku dan mengajak kamu menepah tempat sebagai tetamu-Nya satu masa nanti. Sudah kenal aku jatuh rindu dan cinta, bila dekat aku ingin dakap, bila jauh duduk ku tak sebaris dengan orang duduk dan bila berdiriku tidak pula selurus orang yang berbaris dan berdiri. Hanya bisa aku ungkapkan rindu merupakan linangan air mata rindu dan mengharap satu masa nanti rinduku bakal diubati dan bakal dinyahkan dengan kehadiranku pada-Nya. Aku menuju-Mu.

P/S : Maaf, aku masih rindu..

Isnin, 14 Mac 2011

Tetamu Rasulullah dan Tetamu Allah


Assalamualaikum Semua.. Alhamdulillah, Ana selamat pergi dan selamat pulang seperti banyak doa disedekahkan pada Ana oleh kekawan. Terima kasih yang mendoakan. Alhamdulillah kembali dengan tenang walaupun berubah cuaca, berubah suasana dan berubah keadaan sekeliling. 

Alhamdulillah.. Maaf, tiada sangat entry bulan ni. Ana balik dah habis separuh bulan. Jadi tak dapat ramal apa yang akan terisi di blog ini bulan ini. Ini pun baru balik tak berapa stabil lagi. Tak tahu apa nak buat dulu. Semuanya masih baru. Hati ini masih rindu. Persekitaran masih hiba, Ana sendiri masih rasa 1001 rasa.. Betullah jika sendiri tidak alami maka Ana sendiri tak dapat nak bercerita macam mana keadaan disana. Ana begitu takjub kerana selama ini menyakini kiblat kita berpandukan Makkah Al-Mukkaramah hanya sekadar kiblat tapi di hari hari sebelum hari ini benar benar Ana solat mengadap kiblat  yang nampak dan yang gah berdiri semestinya juga kiblat para Nabi dan para sahabat terdahulu..


Syukur sangat pernah menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah. Ana diterima dengan senang hati tanpa banyak diduga namun pengalaman di sana membuatkan insya-Allah suatu masa nanti akan sampai lagi Ana ke sana dengan harapan masih lagi menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah.


P/S :  Insya-Allah, lembaran ilmu akan bermula kembali..

Ahad, 27 Februari 2011

Subuh Yang Terakhir

 

HambaMu datang menyahut panggilan Engkau, ya Allah. Seluruh jiwa dan raga pasrah menyerah diri hanya mengharap redhaMu.

Harapanku untuk memperolehi keberkatan dan kenikmatanMu memenuhi kalbuku. Kepayahan dan kesukaran tidak mampu menepis kerinduan untuk bernaung di bawah rahmatMu serta menziarahi makam kekasihMu Rasulullah. Terimalah diri ini sebagai tetamuMu, agar hambaMu menjadi kekasih yang sentiasa merinduMu spanjang hayat.

Perjalanan menujuMu, Aku menujuMu Ya Allah.. Terimalah daku.

Khamis, 24 Februari 2011

Jadilah Penjual Yang Membeli


Assalamualaikum. Gambar atas tu kueh kegemaran saya. Yang lapis merah puteh tu. Tiada yang tanyakan? Saya sengaja dan saja beritahu. (Haha. - gelak tak nampak gigi tau.) Kali ni nak bercerita pasal kueh. atau dalam skop yang besar kedebaknya ialah makanan. Bukan nak beri resepi tapi nak beri ilmu tentangnya. Kebiasaannya kita kalau makan mesti tahu sedap atau tidak. Kita makan mesti kita dapat mark atau tahu di makanan itu dijual dan pasti sedap. Tapi kita hanya tahu makan saja. Bila ditanya apa nama kueh ni? Entah. Tak tahu. Entahlah. Tiada masalah. Kalau nak selesai hal ini kena hafal nama kueh. Nanti orang tanya atau orang bukan tempatan  tanya mulalah susah nak menjawab.

Jadilah Penjual Yang Membeli. Kelirukan? Begini. Apabila kita ke pasar malam ke pasar tani ke atau di mana mana sahaja tempat menjual makanan pastinya kita mahukan makanan kita itu sedap, cukup lemak untuk dimakan disamping harga yang berpatutan. Tapi sekarang ni peniagaan bersifat ala kadar tak bertempat. Ala kadar mereka ialah mereka mengurangkan bahan-bahan untuk membuat makanan tersebut. Seperti nasi kerabu. Kita kalau buat nasi kerabu untuk keluarga kita pastinya kita buat yang terbaik. Maknanya di sini, kepada penjual anggaplah kamu juga pembeli. 

Orang akan beli makanan yang penjual jual yang sedap. Sedap macam mana? Pastikan semua bahan bahan yang dikehendaki untuk menyediakan makanan itu. Jangan jadikan alasan bahan-bahannya harga naik sehinggakan sesuka hati anda untuk mengurangkan bahan bahan dalam masakan anda dan mengurangkan bahan bahan dalam peneydiaan kueh mueh. Jika tetap juga anda melakukan perkara itu maka anda juga mengurangkan pelanggan anda dan sekaligus anda menanggung kerugian dan ketidakjujuran dalam berniaga. 

Kerugiaan macam mana? Pastinya anda akan buang lebihan kueh atau lauk itu. Kan rugi. Kan lebih elok kalau anda bersungguh dalam menyiapkannya dan laku semua dijual. Iye, benar. dalam berniagaan ada untung dan rugi. Jawapan saya, anda yang membuatkan anda rugi. Percaya cakap saya. Jika anda salah satu tempat di mark atau dilabelkan sedap maka tidak putus kunjungan orang pada anda. Insya-Allah.. 

P/S : Ana kongsikan kueh arab pula nanti ea? Tak janji tapi Insya-Allah.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular