Ahad, 11 Disember 2011

Pabila Kopiah Di Kepala Menjauh

 

Menjauh tak seperti pergi atau ditinggalkan. Dari usia yang kecil, usia yang mentah, usia setahun jagung lagi Ana di ajar bahawa kopiah dan kain pelikat itu lambang serasi dalam agama menunjukkan ianya kelengkapan solat juga tanda wujudnya agama dalam satu keluarga.. Mungkin pada pandangan orang lain mungkin dalam sebuah keluarga yang punya ayat ayat suci digantung dan kalimah Allah dan Muhammad di tampal di dinding merupakan satu tanda keluarga itu beragama Islam.. Bagi kita ingin mengenali jiran kita sama ada di mana mana cabang sekali pun, atas bawah tepi (kiri dan kanan) andainya berbangsa cina kita pasti merujuk kepada tokong berwarna merah di luarnya.. Bagi bangsa india pula kemungkin warna rumah atau rumah dihiasi lampu lampu berwarna warni sinonim dengan perayaannya yg berlampu.. Di sini bukan nak bercakap pasal bangsa..

Kopiah Di kepala Menjauh
Kenapa menjauh? 

Kerana pada zaman sekarang yang berkopiah itu sama ada punya agama atau tidak punya atau sikit pengetahuan agama juga berkopiah.. Ini sikit sebanyak mengakibatkan orang yg berkopiah di kepala walaupun cetek pengetahuan agamanya tapi berani bercakap soal agama di kalangan masyarakat, itu bagus namun tidak kurang juga berkopiah di kepala melakukakn apa yang Allah larang dari sekecil kecilnya hingga sebesar besarnya dan ini merosakkan imej berkopiah itu sendiri dan besar impaknya kepada golongan agamawan yakni ustaz dan bukan ustaz tetapi mereka ini layak berkopiah di kepala..

Kerana dalam masyarakat kita apa bila kopiah sahaja apabila waktu solat.. Itu bagus kerana sunnah Nabi beketayap apabila solat namun ianya memengang hukum sunat yang di mana jika buat dapat pahala jika tidak tidak dapat apa apa.. Ini wajar dicontohi dalam masyarakat Islam kita kerana mengikuti sunnah nabi yang kecil ini.. Namun digalakkan memakainya sepanjang masa kecuali perkara perkara yg dipaksa cabut..

Kenapa? Kerana apabila kopiah di kepala, iannya bagai satu rantai agar diri malu berbuat perkara jahat secara terang terangan di khalayak ramai kerana masyarakat kita hari ini positive thinking kepada golongan memilih yg berkopiah ini kemungkin seorang haji atau ilmuwan agama.. Betul tu, berbaik sangka penting namun prasangka dan was was tetap ada dalam diri namun soal hati biar urusan hamba Allah itu dengan Khalidnya.. 
Pesan Ana kepada yang berkopiah.. istiqomahlah dan jaga status agama yang ada pada diri anda.. Jadi diri anda, jika ilmu agama ada dalam diri anda, perbanyakkan dan berkongsi dan jika sebaliknya belajarlah, hadiri majlis ilmu dan dampingi orang bijak pandai agama Islam.. Insya-Allah..

Banding Anak Dengan Monyet

 

 Ana terdengar satu perbualan...

Monyet-monyet di rumah tu kalau cuti sekolah.. Bil melambung.. Televisyen hampir 24 jam buka.. Tak ade kerja lain.. Buat habis beras rumah aku je.. Ada anak macam tak ada je.. Sama je, monyet monyet tu ada rumah makin sepah ada.. Bukan nak tolong ringankan beban malah ditambahnya lagi.. Bil melambung, rumah kotor, pagi pun bangun nak kena kejut.. Buat menyusah je..

Dalam hati sabar je dengar..

Salah siapa tu.. Salah ibu bapa 99% sebenarnya..

Kenapa?? Sebab ----->

Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. Ibu mengandung menjaga minda dan emosinya kerana ia secara langsung akan mencorak minda anak yg sedang dikandung. Ayah juga tidak secara langsung mencorakkan juga pemikiran anak dr tingkah laku terhadap isterinya yg sedang mengandung itu. 
 
Semua emosi ataupun perasaan yg ada pada seseorang itu akan mengubah fisiology badannya secara kimia, emosi yg baik memberi manafaat dan emosi yg negatif adalah perosak. Di dlaam keadaan stress darah akan kurang mengalir kebahagian depan otak (frontal lobe) yang mana itu adalah otak yg berfikir, ini menyebabkan manusia lebih mengambil tindakan tanpa berfikir yg selalunya dari memori (yang dilihat atau didengar sebelum ini). Janin yg sedang membesar didalam kandungan juga turut merasa kesan emosi tersebut melalui placenta atau pun tali pusat. Placenta bukan setakat menyalurkan makanan ataupun untuk perkumuhan, semua yg dilihat, didengar, di rasai oleh ibu akan turut dirasai oleh janin kesan dari kimia-kimia emosi yg dirembes oleh otak (hipotalamus, pituatary) dan juga kelenjar adrenalin yang mengeluarkan hormon stress.
 
Jadi wajarkah kita ibaratkan anak anak kita dengan monyet.. Kita fikir mudah cukup.. Manusia dan monyet (haiwan) di beri otak cuma manusia diberi kelebihan sebagai khalifah muka bumi dan mempunyai akal.. Kita lahir dari keturunan nabi Adam bukan monyet macam teori orang puteh..  
 
Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual

Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan

Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar

Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah
 
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan

Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan

Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian

Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”

Sabtu, 10 Disember 2011

Jasa Selamatkan Semut

 

Sedangkan aku semut merah.. Eh, bukan lagu tu.. Ini semut haiwan yang Allah sebut dalam Al-Quran yakni surah An-Naml (semut) selain Al 'Ankabuut (labah-labah), dan An Nahl (lebah). Bukanlah, belum banyak ilmu lagi nak tafsir ketiga tiga surah haiwan ni macam Ustaz Haji Zahazan Mohd dalam tafsir Al-Quran dalam radio ikim pukul 6.30 pagi dan ulangannya 7.30 petang (sempat lagi promote ~ bagus rancangan ni )#!#$ (5 star)

Sebenarnya apa cerita di sebalik selamatkan semut ni.. Suatu hari Ana main air dalam tandas (Budak kecik pun gelak kalau dengan Ana yang besar ni main air dalam tandas) tetiba nampaklah ada seekor semut hanyut di bawa air. Sian semut tu terkapai kapai di bah banjir angkara Ana.. Jadi Ana selamatkan dia guna satu jari Ana.. Dia daki jari Ana pastu Ana lepas dia tempat selamat.. (Apa barang lu selamatkan semut pun nak citer).. 

Sabar dulu.. Apa Ana beritahu ni.. Bila sebut semut kita tahu dia kecil.. Bila Ana selamatkan dia Ana tahu dia kecil dan Ana tahu Allah nampak kerana tiada yg terlepas dari pandangan-Nya cuma yang Ana risau apabila tiada terlepas pada pandangan dia maknanya gerunkan sekecil kecil dosa pun Allah nampak dan sebesar besar dosa pun Allah tahu.. Begitu juga kebaikan kecil mahupun besar semua dia tahu.. Jadi dalam hidup kurangkan dosa tambahkan pahala kebaikan walaupun kecil.. Ambil pengajaran dari setiap kejadian Allah yg tiada pernah sia-sia...

Isnin, 5 Disember 2011

Menjawab Persoalan

 

Pertamanya Ana diadapkan satu persoalan : "Apakah kebaikan (fadhilat) puasa 10 Muharram?"

Sebelum Ana menjawab dengan panjang lebar, Ana ingin mengingatkan diri Ana dan antum mahupun Antuna sekalian bahawa apabila datang perkhabaran (ilmu) melalui Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah serta para sahabat tentang sesuatu kebaikan walapun sunat serta sangat dituntut untuk kita lakukan waspadalah daripada bertanya apakah kebaikan mahupun fadhilat melakukan ini dan itu walhal bertanyalah kenapa perlu melakukan amalan ini dan amalan itu.. Ana risau kita terlalu mahu melakukan sesuatu kerana mengharapkan fadhilat semata mata dan juga amat khuatir ada yang melakukan dan memilih hanya melakukan amalan amalan tertentu berdasar fadhilat ini dan itu walhal kerdil sangat sebenarnya segala nikmat limpah dan kurnia Allah dah beri banyak kat kita.. Bah kata lagu "Rabbani - Mana milik kita?" Tiada pun semua milik Allah.. Benarkan? Jadi lakukan dengan ikhlas tanpa bertanya fadhilatnya.. Semoga kita tergolong dari orang orang yg bersyukur dan Kami dengar serta kami patuh...

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
 
“Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Hadits ini menganjurkan supaya kita memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura

Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?

Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah s.a.w memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” 

(Hadith Riwayat. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi s.a.w telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas r.a. pernah menceritakan tentang puasa Nabi s.a.w

“Aku tidak penah melihat Nabi s.a.w bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” 

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. 
 
Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.
 
Wa'Allahu ta'aalam..
 

Rabu, 30 November 2011

Degree Kehidupan

 

Membincangkan tentang sesuatu yang sudah lama ada namun baru di ambil berat dan di angkat tinggikan perkara ini.. Degree kesalahan merupakan titik ukur sehari dalam hidup kita sama ada kita banyak buat salah atau kita banyak buat kebaikan..Umpama waffle atau sebuah kek yang bulat atau senang kata carta pai yang bulat berapa peratus yang kita penuhi dengan ibadah dan berbuat ketaatan, kerja, makan dan minum, riadah, berbuat dosa dan lain lain.. 

Cuba lakar satu degree kehidupan ada setiap hari.. Kebanyak manusia sekarang tidak menjalani tugas sebagai seorang manusia malah mereka cuba ambil alih tugas Allah S.W.T. Bagaimana tu? Ana bawakan satu contoh, contohnya tugas manusia berusaha untuk berjaya tapi hamba Allah ni lakukan tugas Allah mahu berjaya tapi tak mahu berusaha malah membuat helah untuk berjaya seperti meniru, memberi dan menghulur (rasuah), melakukan riba dan sebagainya.. Hamba Allah ini bukan mahu berusaha untuk berjaya malah dia kata dia akan pastikan berjaya tak kisahlah dia potong jalan orang dalam kata lain dia cuba mengubah takdir dalam balasannya tempias musibah pada orang lain.. Baginya dia merangkul kerjayaan bagi dirinya namun dia tak peduli apa pun terjadi pada orang lain.. 

Itu pentingnya degree kehidupan mana tahu kita ada termakan dengan hak orang lain.. Kita ada buat perkara yang tak patut kita buat dalam sehari.. Degree kehidupan merupakan muhasabah diri seperti yang kita lakukan sebelum kita tidur atau cara cara yang lain... Wa'Allahu'alam...

Sabtu, 26 November 2011

Aku Engkau dan Engkau Engkau

 

Apa ke pelik sangat tajuknya.. Kasar pula tu beraku dan berengkau ni.. Mana taknya tajuk memainkan peranan yang penting dalam segala hal.. Akhbar laris kerana apa kerana tajuknya laris, novel, majalah dan apa pun bahan media cetak lain kerana laku dan laris sebabnya tajuknya yang mengancam atau lebih sesuai sensasi bukan panas dari pembakar tapi segar dari sumber ladang.. 

Aku engkau saya tafsirkan bahawa aku itu kata ganti diri bagi saya  sama ada lelaki atau perempuan atau seorang merujuk kepada diri kita dan engkau itu merujuk pada diri awak, kamu, dia bagi lelaki dan dia bagi perempuan.. Kenapa frasa aku dan engkau.. Kerana mudahnya aku engkau yang terecetus idea di minda ini bahawa aku merujuk kepada seseorang selalu mendatangi kita sama ada memberi teguran dan nasihat barangkali dia berpegang kepada kalam Allah yang menyebut berpesan pesan kepada kebaikan/ kebenaran dan diungkapkan supaya dalam masa kita berpesan itu perlu ada kesabaran dalam diri (aku) seseorang itu.

Manakala engkau merujuk kepada orang yang menerima nasihat itu diibaratkan kawan, teman, Abang adik, kakak Abang, sesiapa sahaja lebih tepat dikatakan saudara/i seIslam, semuslimin/mah atau seagama..

Aku Engkau = Kita yang berada dalam frasa aku ini sering menasihati orang orang yang berada disekeliling kita yang merujuk kepada engkau agar berubah atau memberi peringatan kepada salah silah atau kealphaan yang biasa membuat salah.. Biasanya ia merujuk kepada nasihat yang agar penting untuk mengelakkan engkau berterusan membuat salah atau engkau berubah..

Namun Engkau Engkau merujuk kepada diri si penerima nasihat atau teguran dan dirinya sendiri sama ada mahu atau tidak mendengar. mengkaji dan meneliti nasihat yang aku (diri kita) menasihati tinggal lagi diri engkau engkau memulakan langkah pertama untuk berubah atau tidak mengendahkannya..

Benar, amat benar.. Kubur masing masing di situ baru boleh Engkau engkau atau aku aku kerana pada waktu itu tiada yang dapat menolongmu melain 3 perkara yakni : Doa anak yang soleh, Ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah yang engkau buat sewaktu di dunia.. Juga tiga yang menghantarmu ke liat lahat.. Yaitu, keluarga, harta dan amal.. Dua daripadanya akan  pulang dan satu yang akan tinggal yakni harta dan keluargamu akan pulang manakala amalmu akan tinggal bersamamu..

Renung renungkanlah...

Ahad, 20 November 2011

Sesiapa Pun

 

Assalamualaikum.. Mesti agak pelikkan sekarang Ana boleh update blog ni hampir setiap hari tanpa menunggu ada yang bertanya atau berkata 'menunggu blog enta update'... (Hehe..) Terima kasih sesiapa yg mengikuti dan Ana juga tak tahu siapa yg membaca.. Jarang ada komentar (komen) tapi insya-Allah adalah tu silent reader.. Insya-Allah.. Maaf ber (hehe..) walaupun hati bukan pada tempatnya sekarang..

Ana pasti ramai yg suka beli secara online.. Bagi pendapat peribadinya beli secara online ni dapat menjimatkan masa, dapat kos yg murah (tolak duit minyak dan diskaun yg ditawarkan).. Tapi ada juga ramai yang tak sedar pembelian secara online ni boleh mendatangkan kesan buruk seperti berlaku pernipuan, berlaku kesalafahaman tentang barang serta kesilapan dalam meneliti kualiti barang. Benar dan memang benar bahawa kualiti dan ketulenan barang terletak pada penjual (Penjual Online) namun kita sebagai pengguna perlu fikir panjang dan panjang akal untuk mencatit atau mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang penjual atau produk yg kita mahu beli...

Apa yang berlaku kini nampak ketara, apabila sesuatu produk menjadi kegilaan umum dan memenuhi kehendak kita lalu kekaburan berlaku di mana tanpa syak, tanpa ragu kita tunduk dan patuh kehendak penjual online ini tanpa memikirkan kesan buruk dan kesan kesan ke atas diri kita.. Benar, ada yang penjual jujur namun agar sukar untuk mencari penjual yang benar benar jujur dan jika ada tapi Alhamdulillahn ada yang amat jujur, yang melayani pelanggannya dengan baik sekali Alhamdulillah.. Namun, mungkin kalau dinisbahkan 10 hanya 4 daripadanya sahaja..

Oleh itu, sahabat dan sahabiah berhati hatilah dalam melayakkan diri anda dalam pembelian secara online ini...

P/S : Berlaku satu pernipuan yang kerugiannya tak banyak tapi terkesan di hati seseorang semalam.. Sabar dik oii.. berhati hati..





Sabtu, 19 November 2011

Dengan Izin-Nya

 

Insya-Allah dengan IzinNya.. Ungkapan yang sering disalah guna dan dipermainkan umpama mempersenda pun ada.. Isma : Mail kau jadi ke pergi? Mail : Insya-Allah ( Dalam Hati memang tak mahu pergi pun) Jika tak mahu dan tak nak cakap terus terang jangan main main (insya-Allah).. Ingat Insya-Allahmu akan dituntut kelak.. 

Dengan Izin-Nya.. Suatu hari tu Ana ke kedai mamak.. Destinasi wajib nak perkena Kopi Ais. (kopi susu berais). Alhamdulillah order siap lepas 3 minit menunggu.. Baliklah tempat kerja.. Pastu nak minum ni, bukalah tali pengikat.. Ya Allah, tumpah pula.. Hampir semua.. Jadi tiada rezeki.. Kenalah mopping job.. Pastu nak sangat minum ni Kopi Ais ni.. Kebetulan pekerja nak pi rehat.. Tempah lah kat dia suruh beli.. Lepas sejam dia rehat.. Dia bawalah balik air yang Ana order tapi malangnya bukan kopi ais tapi kopi O ais.. Kenapa ditambah 'O' pula ni? Aduh.. Kempunan eden hari tu.. 

Hah, kekawan sahabat dan sahabiahku, itulah dinamakan dengan Izin-Nya.. Kalau dia tak izin maka kita 'kempunan' lah.. Itulah jangan ada ilmu sikit kita bangga.. Ada ilmu sikit kita riak.. Semua dengan Izin-Nya...

Isnin, 14 November 2011

Dia Muncul dan Eid Adha Menjelang

 

Dia muncul selepas 5 tahun berlalu.. Dia berubah dan aku juga berubah.. Allah pertemukan kami semula namun dengan situasi yg amat amat berbeza.. Aku dapat rasa sikit sikit Allah makbulkan doaku kerana apa yang menjadi peganganku " Kita berdoa (minta) pada Allah, Allah akan beri kita apa kita perlu bukan apa kita mahu).. Setiap manusia ada banyak yang di mahu dalam hidup cuma fahamlah Allah hanya beri yang kita perlu sahaja.. Jangan pernah lelah dan putus asa dari redha dan rahmat Allah...

 

(Live Nokia X7-00 Camera Action)


(Live Nokia X7-00 Camera Action)

Kedatangan bulan haji dan hari raya korban telah disambut dengan penuh keinsafan dan menilai semula tahap keimanan kendiri.

Peristiwa korban yang dinobatkan oleh Nabi Allah Ibrahm a.s ke atas anakanda yang disayangi iaitu Nabi Allah Ismail a.s amat molek dijadikan teladan.

Pengorbanan kedua-dua insan besar dan mulia itu amat sesuai untuk dijadikan pengajaran kepada kita umat.
Islam di negara ini.Justeru itu yang kaya harus bantu yang miskin.Yang berilmu membantu yang kurang berilmu dan ketepikan kepetingan peribadi untuk keamanan masyarakat. Sejajar itu juga nilai pengorbanan hendaklah dilihat dalam kaca mata yang betul dan jelas.

Selamat hari raya korban (Selamat Eidul Adha) .Moga Allah memelihara kita. ♥



Ahad, 6 November 2011

Tersekima Sendiri


Awan yg mengkaburi semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yangg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa doaku mengiringmu bila rindu
Yang menanti kau datang dan pergi seperti mimpiku dongenganku
sayup kedengaran derita rindu membias
di sisi cuping,di setiap corong, lorong, yang lohong
benar!!! Aku tak bohong,bila hati kian merindu..
Aku ingin sayu merindu, Aku ingin sendiri menunggu, Aku ingin mendoa sayu
Agar Allah tidak bebankan aku apa yang kau tak mampu hadapi..
Rasa semangat dan lain dari biasa..

Dari kejauhan ucap rindu namun dalam hati benci..

P/S : Emosi umpama besi tak lapuk dihujan tapi tiada hujan mampu tergugat

Sabtu, 5 November 2011

Terluka Dalam Diam

 

[ maaf tulisan ni tiada kenal 'berhenti']


Aku bukan penulis tapi aku suka menulis entah mengapa kekadang aku suka perkataan itu tersusun dan perkataan itu bergabung bagiku menulis itu buat aku mencorak sekeping kertas yang bersih dan sekeping kertas yang bergaris Bagaimana pula kalau menulis di blog Entahlah idea dan semangat datang dari mana yang pasti menulis ini memenuhi masa kerana apabila ada masa sahaja baru menulis kekadang sibuk itu agak memanjang tidak kurang juga ada yang menyibuk sabar sabar jangan marah orang mungkin dia tak tahu yang di menganggu dalam diam

Peristiwa lima tahun dulu amat perit sekali kalau waktu itu akau tak kenal apa itu redha maka aku rasa aku tiada di sini hari ini lima tahun dulu aku bercakap macam aku tiada pegangan kekadang bila fikir balik aku cakap membenarkan kata hati daripada perbuatan yg tak mungkin ianya berlaku aku menjadi malu akan diri sendiri ialah bukan senang nak didik hati redha malah luka redha itu berdarah kembali benar aku suka menulis puisi nanti aku tulis satu buat kamu buat semua yg membaca biar kamu faham atau tidak bukan dalam kepedulian aku namun biar aku puas gelarkan itu satu puisi 

Tahun ini  luluh sekali hati yang hal itu macam itu dan hal ini macam ini dan hal dulu datang cari penyakit kenapa dikacau orang kalau orang tak kacau kamu kenapa nak rosakkan hari orang kalau orang tak rosakkan hari kamu apa kamu nak buktikan apa yg kamu masih tak puas seandainya engkau tahu engkaulah pembuka dukaan ku aku tanggung sendiri aku tanggung sorang aku bangun sorang aku yang rasa sorang aku yang sakit sendiri aku yang membesar sendiri menelan segala perit sakit pahit seksa derita pahit berdarah duka lara jiwa nestapa

Suara itu suara lima tahun dulu sudah lenyap suara yang aku tak sanggup dengar lagi suara yang telah menabur janji paslu suara yang aku benci suara yang tak diundang suara yang membuahkan kekesalan suara yang membuatkan semuanya palsu hancur musnah rekaan dombaan perasaan demi menyelamatkan dirimu kau dusta kau lancang berkata kau abaikan aku kau pentingkan diri kau punca pembuka segala jiwa lara nestapa
Jangan marah aku dan jangan salah aku kerana aku hanya budak hingusan itu yang sudah besar yang sudah faham yang sudah lama menanggung derita...

Khamis, 3 November 2011

Nak Berdagang

 


 

Salam.. Ana ada Iphone 3G untuk dijual.. Harga RM 730 (harga masih boleh nego).. Masih baru lagi.. Akan dijual bersama Back Chasing yang berwarna hitam oren dan charger original Iphone charger.. 


Ana ada nokia X1-01 dual Sim untuk dijual.. Warna full hitam.. Basic phone juga yang berwarna screen.. Tiada camera, ada memory card yang boleh isi sampai 32gb.. Harganya RM 140 (sekali full set kotak charger, earphones dan usb cables) 

 
Ana ada Nokia C1-02 untuk dijual.. Warna Ungu prune.. Basic phone yang berwarna.. Tiada camera, ada memory card yang boleh isi sampai 32gb.. Hanya satu sim boleh dimuat.. Harganya RM 120 (sekali full set kotak charger, earphones dan usb cables) 

P/S : Berminat sila tinggalkan komen atau mesej / call di 013-4135425..


Selasa, 1 November 2011

Bukan Senang


Bukan senang nak jadi senang,
Senang belum tentu senang dalam redha,
Bukan senang nak jadi diri sendiri,
Diri sendiri masih tak terurus berlandasNya..

Bukan senang nak jadi diri,
Berdiri atas skrip yg sudah siap ditekuni,
Qadha dan Qadho' yang telah ditentukan,
Sejak azali sejak aku masih belum lagi punya jasad sendiri..

Bukan senang hidup tanpa melayani kehendak diri,
Tanpa melayani nafsu dan naluri seadun disebut manusia,
Rambut sama hitam kehendak lain lain,
Hitam si semut kecil merahnya hati sakitnya perit..

Bukan senang untuk hilangkan rasa hati,
Bukan senang kukuhkan rasa sayang,
Setelah sayang hati dicungkil kejam,
Setelah hati resah tidak berkedudukan diam..

Bukan senang menyatakan maaf,
Bukan senang menyatakan benci,
Bukan senang menyemai sifat mazmumah,
Letur cara mudah lentur sifat mahmudah..

Mudah dan mulus selembar hati,
Makin mulus makin tulus bersisip disaji,
Indahnya disaji kasih dan sayang suci,
Hurmm, berkali kali suci dicemari kelabu kalinya..

Selembar hati dianyam halus menyusuri bunyi bulu perindu,
Menyatakan hati sayang dan rindu menyengat kalbu,
Kalbu kian kelu kian hari menyepi,
Sedih diri sayu sendiri menunggu masa ajal menembusi,
Tiada lagi sayu kali kian samar kian menyendiri,
Hari nanti bertemu masih sedih lagi menyelubingi diri..

Biar begini, biar ia terubat sendiri...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Keluarga Di Dahulukan Redha Di Utamakan


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Persoalan yang Ana belum jawab, mungkin segan nak jawab, mungkin malas nak jawab dan mungkin mungkin mungkin mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da???  Baik Ana jawab.. Jelaskan berdasarkan hadis? Ana sedang menuntut hadis di atas.. Ana sedang mencari redha Allah melalui redha ibu bapa.. Ana selalu sebut ayat ini. Ana dan semua diluar sana punya cita-cita dan impian.. Iye Ana juga punya impian dan cita-cita.. Cita-cita Ana nak jadi seorang posmen.. (Wa.. Kwang kwang kwang) ambil diploma jadi posmen? Itu cita cita masa darjah 4 - 6 da..

Ya mungkin ada kata rugi tak sambung..Tapi itulah Ana sedang sambung menuntut ijazah keredhaan Ibu bapa yang insya-Allah bakal Allah anugerakan.. Mungkin Ana tidak sebaik mana, mungkin Ana ada khilaf dan salah, mungkin Ana alpha dan leka, mungkin dan mungkin lagi.. Berapa banyak mungkin da?? Baik Ana faham.. Insya-Allah hikmahnya mula Ana rasai sikit demi sikit hari ini.. Syukur sangat.. Tak perlulah sebut tau.. Yang penting apa? K.E.B.E.R.K.A.T.A.N (Teringat pula cerita dunia baru } Mak dan Mohammad Adif { ).. Kesimpulannya?? Jeng jeng jeng.. 

Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya. 
 
Wa'Allahu'lam..

Khamis, 27 Oktober 2011

Berbicara Dengan Hati

 

Kenapa wahai hati?  Kenapa diikuti hati? 
Sekeping hati yang baik daging hati itu maka baiklah semuanya dan sekeping hati yang buruk daging hati itu maka buruklah semuanya. 
Berbicara dengan hati. 
Bukan mudah. 
Bukan tepat. 
Hati membenci tapi mata memandang,
Hinanya hatimu. 
Hati membenci tapi mulut melafazkan suka,
Lancang mulutmu.
Hati membenci tapi tanganmu menjalar liar,
Subhanallah, haram buatmu.

Masih berbicara dengan hati,
Bicara tentang butanya hati.
Debaran hati, sakitnya hati,
Itu kesannya akibat perbuatan anggota lain.

Dahimu berkerut meluahkan amarah,
Hatimu tidak stabil tidak kuat..
Air mata mencurah menjatuhkan ego hatimu,
Hatimu mudah tersentuh dan pecah ibarat kaca..

Usah menyalahkan hati yang diberi percuma untuk dijaga,
Usahlah ikutkan hati bak kata orang 'ikut hati mati',
Usah sedapkan hati dengan mengikut saja nafsu hawa yg tak kesudahan,
Usah usah dan usah..

Bahkan, ikutlah hati kepada perkara ketaatan,
Ikutlah kata hati apabila akalmu menyeru hatimu bersetuju,
Ikutlah kata hati apabila mulutmu berkata hatimu terlaksana,
Ikutlah hati apabila matlamatmu menghalalkan caramu..

Ikut kata hati, pena bisa melayang,
Ikut kata hati, tergadai maruah diri,
Ikut kata hati, ahh sudah sudah tak usah mengerti,
Biar hati ini sendiri, membaluti luka terdiam sendiri,
Menanti waktu bilanya nanti Insya-Allah akan terubat sendiri..


Sabtu, 22 Oktober 2011

Menunggu Perkhabaran

 

Penantian itu satu penyeksaan. Menanti apa sebenarnya? Dan apa yang menyeksakan itu? Entahlah. Mungkin menanti khabar. Khabar yang bagaimana? Khabar sedih? khabar gembira? Khabar dari dunia? Khabar dari akhirat? Namun benar adakalanya penantian itu satu penyeksaan. Kita mula dengan perkara yang mudah. Apa yang anda nantikan? Penantian seseorang berbeza ikut umur dan jantina.

Cuma kekadang rasa tak faham dan tak tercapai akal memikirkan ramai remaja melayang menanti sesuatu yang tak pasti. Menanti tanpa sebab yang kukuh, menanti dengan penuh luarannya hawa nafsu, menanti tanpa persediaan. Mereka menanti apa? Mereka menanti apa yang mereka sebut 'imam'. Pelbagai cara, ada yang siap dah surat untuk bakal imam mereka mengatakan ini dan itu. Dan entah kenapa Ana merasakan mereka mereka ini susah nak faham apa itu yang dikatakan takdir. Diri mereka masih belajar, masih mentah dalam umurnya, masih baru lihat sesuku daripada dunia, belum ada pekerjaan sendiri, masih di bawah tanggungan pinjaman dan ibu bapa serta bagi Ana amat amat 'tidak sesuai' nak berkata perihal jodohlah, nikahlah bahkan berumah tangga..

RUmah tangga ni bukan semudah ABC.. Bukan, Dah ada rumah pun belum tentu sempurna tangga yang di bina.. Ana tak nafikan ada yang berumah tangga di usia muda. Bahkan ada yang masih belajar, ada yang habis belajar terus nikah, ada juga yang menjadi ibu di usia yang muda. Tak dinafikan, tapi jangan dan harap harap ada yang tidak terpengaruh dengan kebahagian yang dipamirkan orang lain yang mungkin pandai mengemudikan rumah tangganya walhal ditayang, dipamer dan diceritakan serta tidak kurang diperhebahkan dilaman sosial yang memprovokasikan golongan muda untuk bernikah muda. Boleh, tiada masalah untuk nikah muda tapi cubalah fikir demi kepentingan bersama, fikir demi keluarga dan fikir demi tujuan kita hidup serta fikir tanpa dorongan nafsu. Jangan nafsu jadi panduan walaupun ada yang kata daripada duk couple baik nikah.. Betul, sape suruh couple, ibu bapa hantar luar daerah suruh belajar, bukan duk cari laki dan cari wanita. Fikirlah secara matang dan rasional, andaikata takdir dah tertulis tiada daya kita nak lawan namun jagalah diri, jagalah keluarga, jagalah maurah diri dan jagalah apa apa pun yang bakal mengaibkan dirimu sendiri.

Menunggu perkhabaran biar waktunya tepat, takdirnya tepat, Allah pilih setepatnya, Insya-Allah perkhabaranmu akan terisi.. Bukan sahaja dengan mudah, malah lebih tepat dan lebih perlu.. Insya-Allah..

Ahad, 16 Oktober 2011

Kehendak Manusia

 

Manusia bukan manusia diciptakan untuk sia-sia. Tidak sia sia juga tidak dipersia serta jangan menyiakan diri. Kehendak manusia kini banyak kehendak memenuhi fitrah manusia untuk menyerlah di dunia namun malap di akhirat. Sayangnya kalau ini berlaku. Memang benar, memang ianya sudah berlaku. Bukan satu dua namun berlambakkan kehendak manusia memenuhi nafsu untuk menyerlah di dunia sahaja. Kehendak apa yang dimaksudkan? Kehendak untuk memenuhi hidup namun kehendak itu hanya menyedapkan nafsu dan mahu lagi serta lagi bagi memenuhi ketamakan diri dan hati.

Kehendak manusia kini berbentuk keseronokkan (hiburan dan pengisian kesepian serta kesunyian). Pada masa kini berlaku sikit perkara pelik. Manusia yang beragama Islam banyakkannya berkehendak kepada keseronokkan walhal manusia yang bukan Islam pula semakin berkehendak hidup dalam agama yang Allah redhai. Banyak dan meningkat setiap tahu saudara saudara baru kita yang berkehendak kepada Islam walhal yang sudah Islam atas asbab dilahirkan atau sedia Islam menjauhi kehendak untuk mendampingi Islam. 

Pelik bukan? kehendak bukan sahaja berbentuk konkrit dan benda nampak hatta kehendak manusia untuk beragama dan memeggang teguh pada Agama (Ana maksudkan Islam) sama ada Islam yang diteruskan mahupun Islam melalui kurniaan hidayah dari Allah S.W.T. Jika engkau berkehendak pada agama yakni Islam maka kehendak engkau pada dunia akan berkurang. Jika engkau berkehendak kepada dunia makan kehendak engkau pada agama (Islam) akan berkurang lalu bakal padam macam api dihujung lilin. 

Berkehendaklah kepada perkara yang baik dan dapat meningkatkan kualiti dan mutu agama..

Rabu, 12 Oktober 2011

Kehendak Masa

 

Masa berkehendak. Masa itu melarutkan segala-galanya. Allah menyumpah demi masa. Masa itu tetap berkehendak. Tetap hendak mengubah. Tetap juga mahu mengatasi. Susah bercerita tentang masa. Kata hukama : "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya maka masa itu akan memotongmu". Allah firman mengingati tentang masa yang berbunyi : -

 "Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan tangguh amalan baik sehingga tiba waktu petang. Gunakan waktu kamu masih sihat dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit. Gunakan waktu kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik untuk menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan selepas kamu mati."

Banyak kita buang masa. Sekarang sebulan macam seminggu. Seminggu macam beberapa hari sehari tak tahulah macam mana. Masa mengubah segala galanya sekarang ni. Pemimpin boleh digulingkan apabila masa berlalu, Islam boleh dilupakan apabila masa berlalu, Islam juga boleh di dikagumi apabila masa berlalu, usia kita meningkat apabila masa berlalu. Sungguh semua berkaitan dengan masa. Masa mudamu sebelum tuamu, masa lapangmu sebelum sempitmu, masa sihatmu sebelum masa tuamu. Susah apabila masa berkehendak tapi senang apabila kamu tahu menghargai masa dan menjimatkan masa. Dua puluh empat jam seorang tak ada lebih tak ada kurang. Tingkatkan produktiviti dengan menjimatkan masa.. Insya-Allah..

Khamis, 6 Oktober 2011

Tolong Tolong


Assalamualaikum..
Ana ada Sony ericsson Xperia 8 untuk dijual.. 
- Warna putih
- Sudah sekali dengan screen protector tanpa kesan jari
- Dijual sekali set lengkapnya (Kotak, Charger SE, Case hanphone, Usb cable serta warranty yang masih valid hingga bulan 8 tahun depan)
- Hp ni baru Ana pakai sebulan
... ... - Harga RM 420 (Boleh runding lagi termasuk penghantaran)



Ana ada hp nokia C3 warna putih gold untuk dijual
- Dijual sekali dengan set lengkapnya (Kotak,Charger nokia ori, earphone, usb cable serta Protecter cover belakang warna hijau)
- Hp ini masih ada warranty sampai bulan 6 tahun depan
- Harga RM 380 (Masih boleh runding termasuk penghantaran)

* Ana sebenarnya urget nak jual hp ni sebab nak guna duit sikit.. harap sahabat dapat membantu.. Terima kasih...

Ahad, 2 Oktober 2011

Bible For Android (Umat Islam)

 
Android ini sekarang semakin menjadi perhatian pada penggemar gadget. Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).

Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance, konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola, Qualcomm, T-Mobile, dan Nvidia.Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, pada awal dahulu, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobile.

Sistem operasi Android adalah platform smartphone terlaris di dunia, mengalahkan Nokia Symbian dari kedudukan teratas 10 tahun.Android mempunyai komuniti besar pemaju menulis program aplikasi (apps). Dianggarkan sekarang ini ada lebih dari 150.000 aplikasi yang sedia untuk Android. Muat turun percuma!!!

 
  
Namun awas!!! Dalam kelekaan manusia terutamanya umat Islam mengunakkan aplikasi android ini ada terselit agenda perang salib yang memaksa kita menjadi rujukan yang tak dapat diterima di akal.. Aplikasi Android mungkin sudah banyak melalaikan manusia dari tugas seorang hamba Allah tambahan pula terselitnya bible pelbagai terjemahannya.

 
Sejauh mana aplikasi ini dapat bertahan dan diharapkan umat Islam yang mengunakan aplikasi android ini dapat buka mata dan berhati hati..




Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular