Isnin, 1 Oktober 2012

Ketukan Misteri

 
 (Ketukan, buka pintu yang mana?)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah 
dan Maha Mengasih dan Penyanyang..

Assalamualaikum w.b.r..

Ini kisah benar..

Sedang leka sebenarnya. Ana leka sikit hari ni. Mungkin penat sebab kerja. Ana leka main PS2 selepas solat maghrib tadi. Nauzubillah. Isyak tadi azan 8.15 malam. Ana leka bermain sampai 8.30. Tiba tiba ketukan pintu bilik menyapa Ana. Dup dap hati Ana bergetar, nauzubillah. Ana nak buka pintu namun hati Ana mula bersarang takut. Dalam hati mungkin malaikat maut yang mengetuk pintu itu. Ya Allah, kalau bilik air Ana ada tandas. Nak je Ana ambik wudhuk dulu baru buka pintu. Saat ini Ana fikir, kalau diluar yang ketuk malaikat maut. Ya Rabbi, mati tak solat Isyak Ana..

Jadi sahabat semua, jadi lebih baik sikit pada Ana. Jangan leka dgn dunia buat Anda tangguh sesuatu yg wajib.. Dah solat ke belum ni? Sahabat semua?

Surah Ali-Imran ayat 102 bermaksud :
 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

Istifar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular