Ahad, 10 Februari 2013

Muslimah Kami Sayang Anda Bukan Benci

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Assalamualaikum w.b.r.

Saya ingin bertanya pada wanita Pernahkah kita semua lihat lelaki yang sehariannya memang memakai jubah dan serban mengupload gambarnya untuk tunjuk kepada tontonan umum?

pernahkah kita semua lihat lelaki yang dahulunya teruk dan jahat tiba-tiba diberi hidayah untuk berubah dan mula memakai pakaian "Sunnah" adakah dia mengupload gambarnya dan memberitahu semua orang tentang perubahannya?

pernahk ah kita semua lihat lelaki yang memakai jubah dan serban mengupload gambar mereka sambil membuat aksi-aksi pelik?

Tapi kenapa kita tak contohi perbuatan mereka? bila ditanya kenapa upload gambar banyak ? ada yang cakap sebab nak berdakwah dalam FB dan nak bagitahu tentang niqab . lelaki boleh je berdakwah tanpa perlu letak gambar mereka berjubah dan berserban. boleh je cerita apa kelebihan bila memakai serban dan jubah dan mereka tak ada pun letak gambar mereka berjubah dan berserban.

Tapi kenapa kita perlu letak? kitakan boleh je tulis tentang kelebihan niqab? apa itu niqab? tanpa meletakkan gambar kita kan? jadi tak perlulah kamu menukar-nukar gambar profile kamu yg bermacam gaya tu. dan kamukan niat berpurdah kerana Allah jadi buktikan kepada Allah bukan pada manusia. dan bagi kawan -kawan yang baru nak berpurdah takperlulah kamu bagitahu yang kamu sudah berpurdah biarlah Allah dan kamu sahaja yang tahu sebab takut-takut bila kita bagitahu orang terutama di laman sosial takut-takut ada timbul bangga dan sifat tunjuk-menunjuk. kita tak tahu kalau syaitan nak rosak kan kita jadi fikirlah apa yang baik. saya hanya nasihat dan saya tak sempurna seperti orang lain tapi saya sedih bila lihat kaum Hawa seperti itu dan sampai bila perlu terus keadaan macam ni tanpa ada orang menegur?

P/S : Sila fahami apa yang ingin saya sampaikan dan bila baca or terbaca sila baca dalam keadaan tenang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular