Ahad, 8 Januari 2012

Bukan Macam Itu

 
"kerjayaan hakiki adalah berjaya taat perintah Allah dan Rasul serta ibu bapa.. Kerjayaan lain itu sipi sipi je.. Belum tentu hakiki walaupun cemerlang di dunia... "
 Sebenarnya bukan macam tu.. Keadaannya tak seperti kita fikir.. Selalu kalau kita buka internat, buka laman sesawang (kenapa sesawang) bukan laman gegula? Entah sawang lebih logik kot.. Sejak azali lagi namanya sesawang.. Bukan macam tu sebenarnya.. Benar bukan seperti kita fikir..

Dewasa ini  kita sering dikejutkan cuma kita je tiada sakit jantung dan tak gugur jantung, pelbagai isu semasa yg kadang kadang tidak kita sangka ia berlaku, isu isu yg tak pernah kita jangka ianya terjadi atau kita sahaja yg bukan fikir macam tu. Isu Amalina Che Bakri (malas sebut sebenarnya) - maaf tiada gambar kerana pemintaan beliau padam semua gambar dia walaupun original dari beliau..

Benar ambil pengajaran dari kisah beliau.. Mengulas video pengakuan beliau, sebenarnya kita yang salah menilai dia, yalah waktu tu Ana belum berakal sangat lagi waktu 2006 beliau peroleh 17 A1 Ana baru tingkatan 2.. Yalah, waktu tu kagum dengan beliau, siap beli satu buku beliau lagi.. Target nak berjaya gondol semua A walaupun subjek hanya 11 tapi bersemangatkan Ana melayu Islam dan wanita pula tu malu kalau lelaki tak mampu..

Kata beliau, memang dari kecil hingga sekolah (senang kata bila di malaysia) memang dia tak pakai tudung.. Memang freehair (kata orang zaman cikalang) bila dia keluar ke mana mana kecuali waktu sekolah asbab pihak sekolah mewajibkan bertudung dan event yang melibatkan keagamaan bagi menghormati agama. Kata beliau lagi, memang ibunya tak larang beliau berfesyen dan tidak pernah marah kalau dia tak bertudung..

Beliau sudah mengaku, Ana seirus terkilan. Bukan Ana sahaja bahkan ibu bapa dan semua orang yg pernah memuji beliau atas kejayaan beliau rasa tertipu dan ada sedikit marah kerana silap mereka sebenarnya tidak menilai siapa beliau sebenarnya dan dari sudut apa dia berjaya sebenarnya dan dari sudut apa dia gagal sebenarnya.. Ana lihat kebanyakkan orang sekarang lali dengan Isu ini walaupun kisah ini jadi pembuka kisah tahun ini. Namun sama sama kita hentikan adengan kutuk mengutuk, cerca menghina dan sebarisan dengannya dan berdoa agar Allah pelihara aset negara kita walaupun katanya lepas dia habis belajar dia akan berkhidmat untuk negara tetapi doa kita agar di kembali takut pada Allah dari pertuturan beliau, pebuatan beliau dan sebagainya.. 

 

(Kenangan dulu dulu 2004)


P/S : Tentu masih ramai yang ingat dengan Nur Amalina Che Bakri iaitu pelajar yang menjadi kebanggaan kita semua dan keluarganya kerana kejayaannya mendapat 17A1 di dalam SPM pada tahun 2005. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular