Sabtu, 9 Mac 2013

Akan Datang!!

Bismillahir Rahmanir Rahim..


Shamril bin Mohd Salleh merupakan salah seorang anggota kumpulan Kamikaze yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Dikenali sebagai Sham Kamikaze, dia kini bertugas sebagai pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan .Sham Kamikaze merupakan seorang musician yang unggul yang menjadi rebutan dan jemputan sebagai pemain muzik jemputan di banyak ‘event’ yang besar seperti konsert yang dianjurkan oleh Astro dan lain-lain. 

Namun kebelakangan ini kita kurang mendengar berita mengenai Sham di kaca tv.Sham kini dikatakan telah mendalami agama islam yang berguru dengan Ustaz Asri, katanya beliau sudah lama mengikuti ajaran yang diajar oleh Ustaz Asri melalui blognya. Ustaz Asri yang merupakan Mufti Perlis yang dahulunya dikaitkan dengan kontroversi ajarannya yang dikatakan menyimpang. Namun telah terbukti ajaran Ustaz Asri adalah benar, cuma jika dikaitkan dengan kebiasaan kita di Malaysia sahaja yang tidak biasa dengan ajaran Ustaz Asri yang dikatakan songsang itu. namun bukan kontroversi itu yang kita nak cerita. 

Kini didalam Fan page facebooknya juga beliau memberi pengajaran dan nasihat  serta mengajak peminatnya melakukan perkara baik, beliau juga memasukkan ajaran agama dan potongan ayat Al-quran. Tidak seperti update beliau yang terdahulu, kini Sham telah banyak berubah kepada keagamaan.

Alhamdulillah, melihat positif perubahan Artis termasuklah hamba Allah ini Shamril Salleh atau nama samarannya Sham Kamikaze.

 

Buku yang telah siap sejak tahun lalu sedang menunggu giliran untuk 'terjun' ke pasaran. Salah satu design akan dipilih berdasarkan undian pembaca. Jangan lupa beli nanti. :) Mungkin akan dijual di PBAKL 2013 nanti.. :))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular