Sabtu, 14 September 2013

Pendam Rasa


(Tentang Rasa Yang Dipendam)

Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim..

Mohon maaf sangat kerana terlalu sibuk urusan dunia. Tulis blog juga urusan dunia, namun harap sekali tangan menari dapat menarik seorang individu (lebih pun takpe) ke arah kebaikan maka banyak manfaat di situ. Hari ni, pagi ni (6.54 pagi) nak kongsi tentang rasa yg dipendam. Penulisan hari ini masih dalam BAHASA MELAYU TINGGI (BMT) dan perkongsian secara santai.. Mungkin ada beberapa post nak dikongsi pagi ni. InsyaAllah.

Rasa yang dipendam, ramai yang begini. Rasa yang menyelubingi akal dan hati kita kekadang perlu dipendam. Namun bahaya, kritikal jika ianya terus dipendam. Misalnya rasa takut. Benar, takut hanya pada Allah, bukan pada makhluk ciptaan Allah namun sebagai manusia biasa, eh kan biasa maknanya ada takut. Nabi Muhammad s.a.w juga berasa takut. 

" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w merasa gerun dan cemas dan ketakutan yang amat sangat. Sehingga Nabi s.a.w bergegas meninggalkan Gua Hira’ dan pulang menemui isterinya dalam keadaan menggigil dan terketar-ketar sekujur badannya.  "



Bagaimana dengan KITA?


Kita banyak pendam rasa, rasa takut? Oh, aku otai mana takut apa apa. Tapi bab cinta. Aku suka minah tu. Terpaksa pendam, mana tahu kena reject. Malu je. Bukan pendam rasa tu. Yang rasa perlu dipendam ini ialah rasa UJUB dan rasa RIAK dalam diri. Ujub dalam diri wajib dipendam agak tidak terciri dalam golongan munafik. Riak juga, ramai riak dengan amalan, ramai riak dengan ilmu yang ada. Ramai yg tenggelam dan timbus terus akan sifat ini sampai lupa DUNIA adalah tempat persinggahan sementara, sekejap sangat namun bila UJUB dan RIAK gagal dipendam maka dirasakan HIDUPNYA untuk selama-lamanya Astafirullah.. Mari muhasabah diri. Bukan saya nak BUAT anda anda semua TERASA namun selalu saya ulang, jika terasa alhamdulillah kerana IMAN DI HATI MASIH MAHU DIKETUK..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular