Ahad, 7 Julai 2013

Tazkirah DI Larang Waktu Solat Terawih


Bismillahir Rahmanir Rahim

Tak dibenarkan tazkirah di Pahang. Ini satu hal yang panas, dan mendenda pula mereka yang engkar? Ini.. agak merepek. Biasanya kita berhenti sekejap waktu pertengahan terawih. Kalau nak berhenti, Ini la time nya nak berhenti pun.

Tapi ada juga yang terus berterawih sampai habis dan tazkirah selepas itu.

Ikut tempat la juga. So larangan di atas neh kita kurang jelas. Apakah yang dimaksudkan larangan tazkirah sewaktu solat terawih? Pertengahan terawih atau selepas habis terawih?

Sebab dia ada menyebut bahawa tazkirah tersebut mengacau orang yang nak mengaji apa bagai. Bagi aku masjid tempat umum. Walaupun imam dan makmum kena berkerjasama untuk membangunkan masjid tetapi agak tak logik juga imam kena batalkan tazkirah hanya kerana ada orang yang nak mengaji.

Ko mengaji aje la kalau ko nak mengaji. Ko taknak dengar tazkirah pun takde la imam sampai nak memaksa. Just keluar dari lokasi dan cari satu tempat yang ko rasa selesa nak mengaji. Oke tak? Kenapa pula hanya kerana ada orang yang taknak dengar tazkirah maka tazkirah dilarang disebabkan nak menghormati kehendak mereka2 yang nak mengaji? Ini contoh je la. Sebab itu alasan yang digunapakai dalam berita malam tadi.

Aku kira ini tidak logik. Jika ini dijadikan alasan.. maaf ek. Ia tak logik langsung.

Hatta kalau konsert di larang sekalipun di Malaysia neh ramai jek yang marah mengamok2, ini kan pula sekadar tazkirah. Lagi la orang marah.

Cuba tanya diri sendiri. Berapa lama sangat la masa yang dihabiskan di masjid?

Cuba tanya diri sendiri kalau pasal tazkirah balik lewat lebih kurang pukul 10 malam ka 10.30 malam ka ia berdosa ka?

Kalau pergi mana mana tempat balik lewat rilex jek. Kalau rasa rasa tak tahan jugak boleh sambung terawih kat rumah. Tazkirah tak diwajibkan tapi kalau dengar itukan majlis ilmu tempat Malaikat berkumpul. Renungkan..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular