Sabtu, 6 Julai 2013

Untuk Iktibar Para Suami dan Isteri



KIRIMAN TULISAN DARI INBOX UNTUK DIKONGSI..

Terimalah Seadanya...

Dua tahun lalu, aku selamat
melahirkan seorang puteri yang amat
dinanti-nantikan. Alhamdulillah.
Berkat kesabaran aku dan suami, Allah
s.w.t akhirnya mengurniakan kami bayi
comel ini. Namun, disebalik keriangan
itu, tersembunyi di sudut hatiku satu
perasaan yang amat aku tidak senangi.
Ia datang tanpa aku undang. Ia timbul
disaat aku melihat setiap suami yang
datang menziarahi isteri masing-
masing, datang dengan membawa
hadiah. Ya. Sebagai tanda
penghargaan buat mereka yang telah
berjuang berhabis-habisan bertarung
nyawa demi melahirkan zuriatketurunan sang suami ke dunia nyata.Ada yang datang membawa hamper
pakaian. Ada juga yang datang
membawa sebakul buah-buahan.

Tetapi, suamiku ?? Dia hanya datang
membawa beg pakaianku dan baju
baby yang baru aku lahirkan. Baju
baby itu pun adalah ‘sedekah’
pemberian dari kakaknya. Baju yang
tidak muat dipakai oleh anak
bongsunya yang telah berusia setahun
dan telah pun usang.
Entahlah. Mungkin ini adalah nasib
aku. Dipasangkan dengan seorang
lelaki yang lurus bendul. Tidak pandai
membantah apatah lagi membuat
keputusan yang betul. Mungkin istilah
itu agak keterlaluan. Tapi itulahhakikat yang harus aku telan.

..Hari ini aku kembali lagi.
Alhamdulillah. Kali ini, Allah s.w.t
mengurniakan aku sepasang bayi lelaki
yang amat cute. Putih dan gebu.
Seperti dahulu, perasaan itu tidak
jemu-jemu datang menziarahi aku.
Namun, kali ini, aku pasrah. Aku cuba
untuk tidak membandingkan diri
suamiku dengan suami orang lain.

Mungkin disebalik kelurusannya itu,
terselindung 1001 hikmah yang aku
tidak tahu.
Aku tidak mahu melayan perasaan
‘jahat’ itu lagi. Pandanganku ku alih.Tenang hatiku bila menatap wajah bayi
kembarku tidur dengan nyenyaknya.
Keputusan ku buat untuk turut tidur,
melelapkan mata bersama mereka.
Mudah-mudahan, bila aku terjaga
nanti, perasaan itu akan hilang,
terbang, pergi bersama bayangan
mimpi kelam. Bismillah.. Kepada-Mu
ku pohon pertolongan.

‘’Puan.. Puan.. ,’’ Suara jururawat
muda itu terngiang-ngiang menembusi
gegendang telingaku. Aku membuka
mata. Dalam samar, aku memandang
wajahnya.
‘’Ini saya bawakan hadiah untuk Puan.
Dari seseorang yang istimewa..’’ dia
senyum lalu berlalu pergi.
Aku masih terpinga-pinga. Amasih berada di alam mimpi? Atau
adakah aku sudah tidak berada di
dunia lagi ? Aku gosok mataku berkali-
kali. Tidak dapat aku gambarkan
perasaanku ketika itu. Gembira. Suka.
Bahagia. Aku seronok. Aku tersenyum
puas apabila melihat jambangan merah
bunga ros yang disusun rapi di dalam
bekas berbentuk 'love'. Juga di sisinya
terdapat satu set bersalin
mendampingi. Dalam kesakitan
bercampur keriangan, aku bangkit
mencapai kad ucapan yang terselit di
jambangan itu.

‘’Terima kasih Sayang. Terima kasih
kerana telah berkorban nyawa untukmelahirkan anak-anak Abang. Maafkan
segala kekurangan yang terdapat pada
diri Abang. Ketahuilah bahawa, Abang
amat menyintai Sayang bermula dari
kita berjumpa sehinggalah tiada
hujungnya..’’

Sedar tidak sedar, air mataku mula
bertakung. Panas. Aku rimas dengan
takungan air suci ini. Menyesal,
bersalah dan amat-amat berdosa aku
rasakan saat itu. Suami yang aku
labelkan sebagai seorang yang lurus
bendul rupa-rupanya mempunyai
sekeping hati yang begitu murni.
Titisan-titisan itu telah mula
membanjir. Dan akhirnya ia mengalir.
Mengalir jatuh menimpa kad ucapan di
tanganku. Aku sapu agar ia tidakmemadamkan kenangan indah ini hasil
nukilan suamiku.

‘’Sayang.. Kenapa ni ?’’
Tiba-tiba suamiku muncul berdiri di
depan pintu. Bersama-samanya,
dipimpin anak perempuan kami yang
sudah pandai berjalan. Rambutnya
diikat tocang dua. Comel. Ibarat bayi
perempuan Pooh di dalam kisah
animasi Monster Inc. Pandai suamiku
menjaganya. Aku tidak menahan mata
ini dari terus melepaskannya mengalir
deras. Suamiku semakin mendekati.
Resah. Lalu, dia duduk di tepi.

‘’Abang minta maaf Sayang. Abang
terlambat. Annisa nak ke tandas tadi.Nak buang a..’’. Belum sempat dia
menghabiskan bicaranya, aku rangkul
jasad mulia itu semahunya. Aku
menangis. Menangis menyesal di atas
kekotoran hatiku ‘menghina’ dia.

‘’Abang.. Sayang minta maaf. Sayang
banyak buat dosa terhadap Abang.
Abang.. Tolonglah maafkan Sayang..’’
dalam sedu aku memohon ampun
darinya. Aku tidak mahu lagi dirantai
perasaan bersalah terhadap dia.

‘’Apa yang Abang nak maafkan ?
Sayang tak ada buat salah pun dengan
Abang. Apatah lagi, dosa Sayang
sekarang telah Allah ampunkan hasil
dari pengorbanan Sayang melahirkan
anak Abang. Dah jangan nangis lagi.
Tengok ni, apa yang Abang bawauntuk Sayang. Suka tak? ‘’ pujuk
Suamiku mesra.

‘’Suka. Sayang suka Abang. Terima
kasih. Sayang sayang Abang’’

P/S : Biarpun suami kita mempunyai
banyak kekurangan, kita tidak boleh
merajakan kekurangan itu sehingga
menyebabkan kelebihan yang ada
padanya tenggelam. Terimalah dia
seadanya. Di samping itu, bantulah dia
untuk mengatasi segala kekurangan
yang ada. Kita kekurangan bila
berseorangan. Namun, bila berduakita kan mencipta kesempurnaan.

via Pakar Diari Hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular