Khamis, 24 Disember 2009

Puisi : Diari gadis itu ( Benar itu dia )



Gadis itu dia sendiri
Dia gadis desa dan gemar keindahan
Keindahan Allah hasil ciptaan-Nya
Dia riang tersenyum  dengan kehidupan miskinnya
Dia syukur nikmat Allah yang dilimpah terhadapnya..

Amanah itu dia pikul di sisi
Tanggungjawab terlaksana sempurna tanpa cela
Saat ketawanya keriangan senyuman manis
Terukirnya senyuman mampu menghiburkan orang sekelilingnya
Memecah kesunyian 24 jam yang berada hanya sekilas..


Yang hidup pasti akan merasai mati
Begitulah kini dia sedang diuji
Dia tabah ditemani cekal kawan baik si kental
Sesekali dia juga mengeluh fitrahnya gadis itu manusia
Terhitung harinya di dunia
Tak terasa deritanya dia..

Apa penghujungnya diari gadis itu?
Diarinya milik Allah walaupun tiada daya gadis itu
Temanku, berdoalah buat gadis itu
Diari gadis itu kini kuukir cerita
Tentang dia adalah hak mutlak milik Pengcipta..

P/S : Puisi ini Ana tulis buat seorang gadis yakni kawan Ana yang bari selesai pembedahan barah otak semalam dan dia sudah sedar petang tadi cuma dia agak lemah.. Berdoalah buatnya kumohon..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular