Ahad, 10 Januari 2010

Al-Quran dan As-Sunnah mendahului Sains

Assalamualaikum..
 

Lalat punya cerita.. 

"JIka ada seekor lalat jatuh di tempat minum salah seorang dari kalian, maka celuplah (seluruh tubuhnya). Kemudian buanglah. Sebab salah satu sayapnya mengandungi penyakit sementara sebelah lagi mengandungi ubat."

 Hadis ini berasal dari Malik dari Abu Hurairah, Abu Sa'id Al-Khudri dan Anas Bin Malik.





Hebat ke lalat? Apa rahsia lalat diciptakan Allah S.W.T dengan begitu unik sekali? Yang pasti setiap ciptaan Allah bersebab . .


Menurut penulisan Harun Yahya yakni penulis prolifik berbangsa Turki, meskipun lalat terkenal dengan sifat yang suka menghurung tempat-tempat sampah (semestinya busuk dan kotor), bernajis umpamanya, tetapi dalam bidang sains, bidang forensik khususnya, lalat atau nama saintifiklnya seperti Calliphoridae, Muscidae atau Poiphilidae banyak membantu forensik. Apabila berlaku sesuatu kes kematian, pembunuhan misalnya, pakar forensik biasanya merujuk lalat jenis mana yang sedang mendatangi mayat itu. Melihat jenis lalat yang sedang menghurung mangsa, mereka dapat mengesan sudah berapa hari usia mayat itu, tempat pembunuhan sebenar dan banyak lagi yang bersifatkan klinikal yang penting dalam hal-hal penyiasatan mereka.

Prof. Dr. Abdul Majid Az-Zindani yang mengetuai "Kajian Mukjizat Al-Quran dan As-Sunnah" telah mengkaji dan menyimpulkan bahawa memang pada sayap kiri lalat terdapat berbagai virus yang mematikan. Di antaranya mungkin ada yang lebih bahaya dari Virus Avian Influrnza. Mereka berusaha mematikan virus-virus dengan cara-cara konvensional dan menemukan kegagalan. Namun ketika mereka memasukkan sayap kanan lalat secara automatiknya mereka melihat perubahan yang signifikan. Seluruh virus apa pun yang dibawa oleh sayap kiri lalat ternyata musnah dan mati akibat ubat yang terdapat pada sayap kanannya.

Penulisan-penulis yang bersifat logik seperti dibawa oleh Harun Yahya sedikit sebanyak menjadi bekalan ampuh untuk hujah dengan mereka yang semata-mata mengunakan akal bagi menolak Islam mentah-mentang.Mari lihat teori yang mengunakan akal semata-mata. Lihat dibawah.. 


Kepincangan 'Theory of Evolution Charles Darwin'



 Manusia dari beruk?? Saya nafi.. 

Kalau awal-awal dahulu, misalnya, manusia (Yang bodoh!) ini percaya kejadian kita asalnya daripada seekor beruk, semua kerana diperbodohkan kita yang sememangnya bodoh. ini oleh 'Theory of Evolutiin Charles Darwin' yang songsang dan menyimpang. Barangkali hanya keturuan dia (Darwin) saja yang datang dari beruk.(Ketawalah Ana = Keh keh keh)

Dan tatkala datangnya Islam dengan Wahyu demi Wahyu dan fahamlah Orang Islam dan barangkali orang bukan Islam tentang asal-usul manusia datangnya daripada seorang lelaki bernama Nabi Adam a.s. Dan semua proses kewujudan manusia ini terlalu komplex dan disusun begitu rapi oleh Allah S.W.T. :-

 
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

(Surah Al-Mukminun  23: 12-14)


Kesimpulannya, Al-Quran dan As-sunnah sudah mendahului sains dalam semua hal.. Contoh yang Ana bawa itu hanya dua sahaja.. Banyak lagi perkara lain yang membuktikan Al-Quran dan As-Sunnah mendahului sains dan ternyatalah Islam dan Rasulullah itu benar. Kita wajib beriman kepada Allah dan Rasul yang termasuk dalam 6 rukun Iman.

Wa'Allahualam . . 


Wassalamualaikum..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular