Sabtu, 2 Januari 2010

Ketika Cinta Bertasbih . . !@&(*:"*%#(*#&((@( Lain kalilah. . .

 

Hidup ini adalah pilihan. Allah menjadikan kita sebagai khalifah dimuka bumi ini juga pilihan. Kita umat Nabi Muhammad s.a.w juga umat yang terpilih. Kita terlahir dalam agama Islam juga kita terpilih . Kita mahu ingkar dan kita mahu taat itu kita pilih. Jadi hidup ini mesti membuat pilihan dan mesti sedia memilih. Hanya sahaja setiap pilihan pasti ada akibatnya. Tidak sesuka hati, tidak seberangan dan tidak kekal. Harus difikir semasak-masaknya sampai hangus (Ahak3). Difikirnya dengan fikiran yang logik dan jernih serta masuk di akal. Jangan sampai salah memilih, kerana akibat dari pilihan yang salah sangat menakutkan. Namun,pilihannya benar maka acuan dan hasilnya "bahagia".


  Saat cinta bertasbih dan menghampiri, sebaiknya segera memilih. Tapi pasti tepat masanya. Bukan masa belajar terutamanya sekolah rendah dan menenggah. Apakah kita akan menyambut cinta itu atau sebaliknya kita menunggu saat yang tepat untuk menuainya? Pilihannya cukup dengan dua option, take it or leave it.

  Meskipun tentu sahaja hal ini sulit. Sapaan cinta begitu syahdu, ia akan melenakan kita dan membuai hati. Ia akan membuatkan kita disayangi, berasa diperhatikan dan berasa selalu dalam kedudukan yang luar biasa. Tatkala kita sedang berasa getarannya, ianya akan menggema dalam sanubari hati yang menyahut berkali-kali. Kekal ke? Syaitan mula sebarkan pengaruhnya..
    Terbayang-bayang akan wajah si dia yang telah mengusik hati kita, gelisah kita tidak berhujung dan penantian itu satu penyesaan. Menuntut untuk kita tahu khabarnya, menuntut untuk selalu mendengar suaranya, membayangkan wajanya dan sebagainya. Barangkali, tidur tak lena, makan tak kenyang dan yang tak logik mandi tak basah (mandi dengan air ke pasir ni). keh keh keh..

    Di saat itulah kita harus segera tersedar bahawa itu bukanlah pilhan yang terbaik. Tumpuan dan tujuan hidup kita bukanlah untuk itu. Bukan belajar bercinta dengan segala akibatnya. Bukan pula kursus sayang-menyanyang denga lelaki/wanita bukan mahram yang dianggap "special".

   Segeralah memnilih membungkam perasaan. Bersedialah berkata 'lain kalilah'. Menidurkan sesaat dan kembali menatap masa depan dengan indah. Lenakan semua bayang tentang dia dan berharaplah kasih sayang Allah Yang Maha Luas dan Maha Luar Biasa.

    Tetapi seribu kali sayang, sebahagian besar Anak muda kita tidak mahu membuat optian yang kedua. Mereka lebi terdorong membuat option melanjutkan pilihan pertama dengan menanggapi cinta menunggu di depan mata. Si Jejaka pandai memujuk dengan ayat-ayat kerepek yang indah dan si gadis cair bak aiskrim yang cairnya di terik matahari. Mereka membingkai perasaan dengan semua yang mereka bangunkan sendiri. Istana pasir cinta yang rapuh ditelan bumi atau kalah dibaham oleh kuatnya dorongan nafsu cinta.


      Namun, jika sekali sangkut mungkin itu pengalaman. Jangan di ulang dan berwaspadalah. Fikirlah dengan lebih realistik. Dengan lebih matang. Memang sekarang sebuah perkahwinan itu mulanya berputik cinta. Tapi bagaimana alurnya. bagaimana laluannya. Maka andalah yang memilih... !#$@$?!?#$?^#&




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular