Rabu, 8 Ogos 2012

Masih Ramadhan


Huh, takutnya.. Ni puasa dari singkapnya Fajr hingga tergelam matahari ke ni puasa tiga empat hari ni? Benar, takutnya pada Allah cuma ini buat orang yg berpuasa pun buka puasa kalau tengok.. Terkejut, berat nang nang mu ni.. Selalu dengar tak?

 Kurangkan juadah,
 banyakkan ibadah. 
Kurangkan membeli belah,
 banyakkan sedekah.

Saya rasa selalu anda dengar cuma ramai yang claim dirinya gagal.. Macam mana kalau claim gagal sedangkan belum berusaha.. Saya perasaan satulah, bulan ramadhan ni walaupun syaitan diikat kemas kemas, (ada gambar syaitan pikul beg balik kampung) tapi hawa nafsu yang kita sayang sangat tu, yang kita sebatikan dalam diri tu mengantikan syiatan dalam diri kita.. Benarlah, kan saya dah kata.. Kita claim gagal sebab kita berserah sebelum berusaha.. Berusaha apa ni? Berusaha mengengkang hawa nafsu.. Tak caya? Okey... Lihat ni..





Mari lihat berapa banyak saya boleh senaraikan yang kena dgn naluri nafsu jahat kita?

1) Bila bulan ramadhan, waktu sahur kita lebih suka tarik selimut daripada bangun bersahur.. Kena tak?

2) Bila dah bangun awal sebelum subuh, berapa ramai yg bangun dan ambil wudhuk mulakan dengan solat sunat walaupun dua rakaat? Tahajud saya maksudkan... Kena tak?

3) Bila bersahur berapa ramai yang makan bila sahur ? Ala, minum air cukuplah.. Sayang tempat tidur lagi.. Kena tak?

4) Lepas tu, bila bersahur belum masuk subuh tidur balik pastu sedar dah habis subuh.. Kena tak?

5) Lepas tu, tahu dah lewat dah solat subuh tapi buat muka tak bersalah pula bahkan ada yang salah faham konsep Qadha kena tunggu masuknya waktu Zuhur.. Kena tak?

6) Pastu bila di siang hari mulalah lapar dan tak bermaya.. Yalah, sahur dengan air masak.. Salahkan perut yang lapar dan rasa mengantuk sampai lupa nak bertadarus Al-Quran dan berzikir di siang hari.. Kena tak?

7) Yg tak boleh tahannya, belum masuk waktu Zuhur dah berbincang nak berbuka makan apa.. Kena tak?

8) Pukul 3 dah ke bazaar, mata mulalah melilau semua yang tgk nampak sedap melayan nafsu dan perut.. Semua beli tanpa fikir mampu ke habiskan.. Kena tak?

9) Macam saya kata bila berbuka semua pun tak makan maka pembaziran berlaku dengan buang sana sini.. Kena tak?

10) Lalu kalau makan pun sampai tak larat nak solat terawih dan tak ambil keberkatan bulan ramadhan dgn bertarawih.. Kena tak?

Nauzubillah, bukan nak kenakan orang tapi inilah realitinya yang perlu kita sama sama ubah dan muhasabah diri supaya ramadhan akan datang kita tidak macam ni lagi.. Sama samalah kita... :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular