Rabu, 8 Ogos 2012

Tiada Hari Lagi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Dalam hidup banyak yang kita mahu kecapi.. Sebagai seorang manusia individu masing2 sebetulnya punya cita cita dan impian.. Tanyalah adik adik kecil sebaya adik adik anda.. Adik saya juga yang berusia 12 tahun (UPSR tahun ni) juga mempunyai semua orang punya yakni impian atau senang kata cita cita..
(Macam Lagu punya Tajuk)

Lalu bagaimana dgn anda? Sudah kecapi, masih berusaha mengecapi atau belum lagi dicapai? Besar tanda soal saya berikan pada anda.. Dalam fast and furious mengejar cita cita berapa ramai di antara anda seimbangkan dunia dan akhirat urusannya semasa anda mencapainya?

Mungkin anda boleh bilang akan banyak perkara.. 7 hari lagi nak dapat gaji.. 10 hari lagi nak raya.. 12 hari lagi tarikh pertunangan anda.. 1 bulan lagi nak pergi Landon.. Semuanya lagi, lagi dan lagi.. Tapi bagaimanakah, berapa hari lagi anda mahu mati? Lagi saya kame kame haa kan tandas soal yg besar.. 


Jangan tipu saya, setiap hari yg 7 tadi, 10 tadi, 12 tadi dan sebulan tadi perlunya persediaan.. Betul? Lalu bagaimanakah dgn yg tiada hari ni? Lalu tiada hari maka tiada persediaan ke? Jum sama sama muhasabah diri bagi menghadapi hari yang 'tiada hari lagi' ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular