Jumaat, 11 Jun 2010

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang


Imbas Kembali

"Bebas Seperti Layang-Layang".. Seronok jika diimbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Hidup hanya memikirkan makan, main dan tidur. Selebihnya tidak tumpu sangat seperti belajar, solat, mengaji dan membantu mama. Maklumlah masa tu umur dalam lingkungan 5-7 tahun. Budak lelaki katakan. Matangnya lambat sikit. Masih nakal lagi, masih tidak tahu erti hidup, masih makan suap lagi waktu tu. Waktu itu menunggu musim untuk bermain sahaja.. Kalau musin gasing, dapatlah lihat berputaran gasing di ruang luar rumah, bermain bersama kawan-kawan dan adik beradik. Dan tidak kurang syoknya waktu musim layang-layang, cepat cepat tak mahu ketinggalan nak buat layang-layang daripada surat khabar dan mulalah ekor layang-layang berjela-jela..Mulalah bersepah surat khabarnya.. Abi kekadang membantu buat layang-layang dan ada kala marah juga melihat surat khabar bersepah sepah. Teringat pesan mama; "Baik beli je layang-layang daripada buat. Membazir surat khabar je buat." Inilah pesanan Mama yang Ana ingat semalam ketika adik Ana minta Ana belikan layang-layang buat mereka. Sebuah layang-layang tidaklah mahal dan hanya RM 0.60 tapi dulu lainlah waktu tu manalah kita ada duit nak membeli ni.. Kalau nak apa apa yang boleh buat maka buat sendiri jer..
 
Seronok Seketika

Sudah kembali ke realiti hidup ini. Hidup bukan seperti "imbas kembali" tadi hakikatnya. Hidup bukan hanya seronok dan semalam merasai "seronok seketika" sudah cukup mengutai senyuman di bibir yang beberapa tahun lagi sudah tidak mampu senyum sebegini dan beberapa tahun lagi bukan lagi di sini yakni bukan lagi di peringkat ini. Sedarlah, dunia ini berputar dan usia kita semakin bertambah dan hari yang ditunggu hampir tiba dan setiap masa itu tidak dapat diputar kembali serta tidak dapat dibayar dengan wang yang bertimbun-timbun. Susah senang hari ini merupakan modal kita pada masa hadapan. Tidak cukup dengan mengeluh sahaja dan tidak cukup dengan berdiam sahaja mampu menghasilkan modal yang amat berguna pada masa akan datang..

 Puisi ~ Bebas Seperti Layang-Layang

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas terbang tinggi ke kiri dan ke kanan
Merasakan nyamannya angin yang bertiup
Bebas terbang berteman berasa awan biru

Aku ingin merasakan bebas terbang seperti layang-layang
Bebas melihat apa sahaja yang berasa di bawah
Melihat indahnya alam ciptaan Allah
Bebaskan diri bersama kehijauan alam yang kian berkurangan

Bebas Terbang Seperti Layang-Layang
Tidak perlu teringkat pada hidup yang sementara
Tidak menjadi pemerhati kepada lajunya kehidupan berlalu
Tidak menjadi berat tanggungjawab yang bahu memikulnya

Namun, ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang
Ku bukan hanya ingin terbang membawa diri 
Tidak hanya terbang sendiri tanpa memerhatikan kehidupan ini
Mengertilah diri, Ku bukan bebas seperti layang-layang yang terbang tinggi

Diriku diangkat tinggi, martabatku memperjuangkan agama
Tidak mampu ku bebas dan pastinya ku kan teringkat ketat
Teringkat pada agama yang ku angkat tinggi
Bebas seperti layang-layang itu impianku dulu
Tidak lagi kini setelah kehidupan ini bererti

Aku mengerti hidup ini pasti
Di bahu ini ada misi yang terus diangkat tinggi
Semoga Allah permudahkan urusan yang murni ini..

2 ulasan:

  1. siapa kata layang2 tu bebas.. bukanke layang2 tu terikat dgn tali.. terbang kat satu tempat je melainkan org yg kemudi die bawak die g tmpat lain..

    BalasPadam
  2. Salam Super SAYYA!.. Hakikatnya layang-layang itu memang terikat dengan tali tapi cuba hayati apa sebenarnya Ana cuba kaitkan dengan kehidupan masa bermain layang-layang atau gasing.. Ana maksudkan adalah pada usia kita ini mungkin usia 20 keatas ini bukan seperti masa usia kita 5-7 tahun dulu. semuanya berbeza dan semakin hari makin banyak tanggungjawab kita..

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular