Selasa, 20 Julai 2010

:: Kepulangan Yang Di Nanti ::


Kehidupan sebagai seorang pelajar, setepatnya siswa atau siswi dan mahasiswa atau mahasiswi amatlah mencabar. Segalanya diuji, mantel dan fizikal serta yang turut diuji keimanan, kekuatan, ketekunan dan kebebasan yang diberikan. Kehidupan di kolej, Universiti atau mana mana IPTS mahu pun IPTA tidak seperti zaman persekolahan. Dan cara mentaliti kehidupan di IPT berbeza 360 darjah dari mentaliti persekolahan. Sudahkah kita sedar yang kita sudah berubah musim, berubah keadaan dan persekitaran. 


Keimanan
Iman, itulah yang membezakan kita. Itulah "Iman" yang ibu bapa kita tanamkan dalam diri kita sejak kecil, mendidik dan mengasuh kita. Tak cukup dengan itu, 11 tahun di zaman persekolahan, jenuh sudah ustaz bersilih ganti dengan ustazah mengajar kita tentang ilmu ukhrawi yang perlu di amalkan dan perlu di jadikan panduan untuk melakar kehidupan di dunia. Tapi apabila kita ke IPT di mana kita letakkankan "Iman" itu? Adakah "Iman" itu masih mekar, masih dijaga serta dipelihara? Mari kita tanya diri kita macam mana dengan "Iman" aku hari ini? Berjayakah aku terlepas daripada ujian "Iman" pada hari ini? Ujian "Iman" apabila berjauhan dengan Ibu bapa dan pendidik kita.

Kekuatan

Kekuatan, kuatkah aku? Tanya diri? Dari rumah pernah tak ibu bapa aku ajar aku merokok , merempit dan beberapa perkara lain yang dikira salah di sisi agama dan salah di mata masyarakat. Tanya itu pada diri. Dapatkan jawapan yang jujur pada diri. Mana aku belajar semua ini? Tanya diri dan jawab jujur pada diri. Tak logik bukan, permulaannya kita tanam pokok durian tapi setelah beberapa tahun di tapak yang kita tanam tadi tumbuh pokok rambutan. Tak logik bukan? Lain yang kita dapat dari ibu bapa kita dan pendidik kita masa di bangku sekolah lain pula hasilnya bila kita ke medan IPT. 

Apa sebenarnya yang menjadi masalah di sini? Masalahnya kekuatan diri itu. Mudah sangat ditarik dengan perkara negatif. Bila orang menegur kita yang itu merupakan salah kita maka kita rasa hati dan malu, tapi  perkara salah yang kita buat terang terangan  yang kalau manusia tak nampak tapi Allah dan malaikatnya tahu kita jadi tak tahu malu pula? Kenapa jadi macam tu? Sebab Iman kita entah bagaimana dan kekuatan kita mempertahankan iman kita itu bagaimana? Kuatkah kita menjadi kuat mempertahankan anugerah istimewa yang diberi. Jika mahu jadi baik maka caranya cari ahli yang baik dan jika mahu cari cara mempertahankan iman itu maka caranya cari orang yang beriman dan belajar darinya.

Ketekunan 

Bagaimana melahirkan ketekunan? Tekun itu maknanya tidak malas. Bagaimana tidak malas? Tak mahu malas maknanya dengan berhenti memberi alasan. Memberi alasan itu salah satu punca malas. Kekadang kita sebenarnya suka orang mendahului kita dalam semua hal dan tak kurang juga kita suka mengambil jalan pintas yang kekadang menyusahkan kita. Bagaimana tu? Begini, dimensi ini semuanya memerlukan duit. Cuba fikir, seharian ada tak perkara yang tak melibatkan duit walaupun ianya bukan segala-galanya. Melangkah ke medan IPT juga memerlukan duit. 

Bagaimana jalan pintas di sini diambil? Tahukah kita di sesebuah IPT menyediakan satu satu pembelajaran bersebab dan kelas yang disediakan itu sebenarnya kita sendiri bayar dengan duit yuran. Jadi kalau adai kata kita sengaja ponteng atau tanpa alasan tidak menghadirkan diri bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah nanti dengan kita mengambil jalan pintas untuk berjaya itu? Itu kalau berjaya kalau tak berjaya maka Allah tetap akan bertanya pada kita dan kerana jalan pintas yang kita ambil sebenarnya merugikan kita.Siapa rugi sebenarnya? Dan siapa yang dipintas atau terpintas?

Kebebasan 

Inilah semua remaja perjuangkan. Semuanya mahu bebas. Bebas itu bebas ini. Yang penting bebas dari terikat dengan peraturan sesebuah IPT. Ya, apabila pelajar terutamanya remaja ke IPT maka di sudah mengecapi kebebasan yang di idam idamkan. Kebebasan apa? Kebebasan dari ibu bapa, kebebasan membuat keputusan sendiri dan kebebasana untuk menentukan hari ini penuh dengan pahala atau dosa. Tapi, ketahuilah kamu kamu yang impikan kebebasan ini tidak terlepas daripada kebebasan peraturan yang Islam gariskan dan yang penting tidak akan bebas daripada pandangan Allah dan malaikatnya. Ingat itu. Jangan salah ertikan apa itu bebas.. Sejak kamu baligh lagi sudah diberi kebebasan sama ada memilih pahala atau dosa. Remajaku, gunakan kebebasan yang di amanahkan sebaik-baiknya buatmu.

Kepulangan Yang Di nanti 

Ingat saat pertama engkau melangkah masuk ke sebuah gedung ilmu. Berbekalkan doa ibu berbekalkan keputusan peperiksaan sekolahmu dan berbekalkan semuanya yang harus kau pertanggungjawabkan di sisi Allah di akhirat nanti. Bagi yang jauh merantau menuntut ilmu, kamulah fisabilillah di mana dalam senarai penerima zakat kamu layak menerimanya. Dan jika kamu fisabilillah yang merantau, jaga imanmu, pasarankan dakwahmu. Biar orang lain mengikut kamu ke arah kebaikan bukan kamu mengikuti orang ke arah kebatilan. Jadilah seorang yang di "bangga". Bangga bukan untuk diriakkan. Tapi lahirkan "bangga " dalam dirimu kerana kamu berjaya dengan usaha serta redha Allah serta redha ibu bapa. Itu sebenarnya yang harus kamu bangga.

Jadilah "kepulangan yang di nanti" oleh kedua orang tua mu. Carilah redha mereka, kerana redha Allah terletak pada keredhaan mereka. 

P/s : Buat teman-teman seperjuanganku yang sudah menghadapi cuti semester, manfaatkan cuti itu. Walaupun cuti kita berbeza dan amat berbeza dengan cuti persekolahan namun manfaatkanlah ia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular