Rabu, 13 Oktober 2010

:: Hari Ini Hari Kau :: - Hari Kau Kau Kau



"Orang yang paling bahagia tidak selalunya memiliki hal-hal yang terbaik,
Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

" Kemuliaan seseorang bukan dilihat dari segi rupa & warna kulit, 
tetapi dari segi tahap keilmuan yang diperolehnya"

"Tidak ada pandai atau bodoh,
semuanya sama, hanya cepat atau lambat,
rajin atau malas 

Hari ini hari kau.. Selalu hari kau.. Asyik hari kau.. Asyik hari kau.. Kau kau kau... Silap tulis jadi 'cow'..
Oppss.. Maaf.. Kalau silap apa aku kisah?? Yang penting itu kau bukan aku.. ( Maaf kekasaran monolog di sini).. 
Ngee~~ (Kekurangsopanan amatlah dikesali)

Faham tak maksud monolog di atas?? Kau dalam petikan di atas maksudnya dituju pada siapa?? Kau di sini mungkin orang yang kita benci dan tak suka ( tak baik benci dan tak suka orang). Kau juga boleh rujuk kepada seorang kawan, sahabat, teman, tak kisahlah teman tapi kawan, teman tapi mesra atau teman tapi suami atau teman tapi isteri atau segala-segalanya lah.. 

Kenapa hari kau dan kau kau.. Bila sebut hari kau dan asyik asyik hari kau maknanya ini sebenarnya sifat yang tertanam dalam diri kita.. Sifat apa itu? Sifat cemburu dan rasa tak puas hati dan berprasangka buruk kat orang.. Apa sebenarnya masalah? Kenapa kita asyik tak senang duduk melihat orang lain diberi kelebihan, diberi rezeki lebih, diberi kemudahan? Kenapa kita cemburu melihat orang lain dipuji dan dijadikan tumpuan kerana jasanya?

Kenapa asyik asyik kau kau dan kau.. Kita sebenarnya yang membiarkan ianya berlegar atas kepala kita.. Kita cemburu kat orang kerana kemungkinan dia lebih pandai daripada kita tapi kenapa kita tak mahu berusaha untuk menjadi pandai? Adakah dengan berbuih buih ucapan keji kita, fikiran kotor kita, cemburu kita itu dapat menjadikan kita setaraf dengan dia? Tidak bukan.. Lalu, apa usaha kita? Kebaikan tidak datang bergolek, jadi berubahlah agar kita duduk pun senang, dosa pun terhalang dan iman dapat dipertingkatkan.

Insya-Allah sama sama berubah!!! nge~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular