Jumaat, 22 Oktober 2010

Wabak FB Melanda

 

Satu perkongsian yang membuatkanmu 'bereaksi pelbagai'..

Nampaknya laman sosial Facebook seakan-akan sukar dipisahkan terutamanya bagi kaum hawa. Kaum itu semakin obsesi dengan laman berkenaan dan ramai wanita muda tidak terlepas dari membuka laman berkenan apabila bangun dari tidur.

Satu kajian mengenai wanita dan laman sosial berkenaan mendapati 34 peratus daripada wanita yang berumur di antara 18 hingga34 peratus daripada mengatakan membuka laman facebook adalah yang pertama dilakukan pada sebelah pagi, bahkkan sebelum mereka mencuci muka dan gosok gigi,

Sebanyak 20 peratus mengakui mereka turut membaca Facebook pada malah hari sedangkan 26 peratus mengatakan mereka sanggup bangun tengah malam untuk membaca mesej di Facebook. Itu penemuan dari kajian Oxygen Media. Apa menarik dari kajian itu 39 peratus dari 1,605 pengguna laman sosial yang berumur di antara 18 hingga 54 tahun menganggap mereka 'ketagih' dengan facebook.
Selain itu, 57 peratus wanita berusia 18 tahun hingga 34 tahun mengatakan mereka suka berhubung di atas talian berbanding berdepan. Sebanyak 63 perarus wanita muda mengatakan mereka menggunakan Facebook untuk jaringan karier dan 42 peratus mengatakan mereka tidak berasa bersalah muat turun foto walaupun terlihat seakan-akan mabuk.

Tidak kurang menariknya dari kajian itu, 50 peratus wanita bujang yang berumur antara 18 hingga 34 tahun berjaya bertemu kekasih hati tetapi 65 peratius lelaki bujang menemui cinta di laman berkenaan. Bagaimanapun dilaporkan 24 peratus lelaki putus cinta kerana gara-gara mengunakan facebook berbanding sembilan peratus bagi lelaki.
Selain itu, 48 peratus wanita mengatakan mereka mendapat berita melalui Facebook sementara 41 peratus mengatakan mereka menggunakan satu lagi laman sosial untuk kemaskini data.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular