Ahad, 17 Oktober 2010

Jauh Di Sudut Hati

 

Nabi Muhamad s.a.w. bersabda :

"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik pelaku dosa itu adalah orang-orang yang suka bertaubat"

- Riwayat Al-Tirmizi

Pelaku Dosa Kepada Allah dan HambaNya

Setiap orang ada dosa. Bukankah Allah sudah janji,biar sebanyak buih dilautan dosa kita sebagai hambaNya, seandainya kita bertaubat dengan ikhlas, insya-Allah taubat itu diterima. Itu dosa dengan Allah, macam mana jika kita berdosa sesama manusia? Macam mana  jika dia tidak menerima dan tidak memaafkan kita? Bolehkah Allah mengampunkan aku? Jika tidak sempat mohon maaf macam mana?

Biar Selagi ada ruh dan jasad bercantum.. Selagi nafaz nyawa Tuhan Pinjamkan masih berfungsi, tidak salah kita mencuba memohon maaf berkali-kali.. Jika memang kita tidak dimaafkan ( Tiada maaf bagimu), mintalah keampunan Allah yang Maha Pengampun. Tapi sebaik baiknya elakkan buat salah dengan manusia dan kurangkan atau jangan langsung ingkar kepada Allah.

Bila baca hadith.. Rindu Rasulullah datang bertamu

Ya Habibullah.. Ya Rasulullah, rindu padamu tidak tertahan.. Mahu aku merasai berpelukkan denganmu.. RInduku padamu membuatkan air mataku membasahi kornea mataku.. Buat aku bersyukur Islam agama Allah masih kukuh di hatiku dan hati hati kami seislam..

Ya Rasulullah, alangkah hinanya aku sebagai umatmu! Dugaan sebegini kecil pun membuatku berpaling. Membuatku mengeluh, membuatku menyalahkan takdir, membuatku hatiku hancur, jiwaku luluh!. Sedangkan kamu lebih terseksa daripada aku sewaktu berjuang dulu! Kau rela dinista, di caci, diludah malah diperangi kerabat sendiri demi kecintaanmu pada Islam.. Kau mengangkat Islam setinggi tingginya.. Kau menjulang agama Allah dan menjadikannya satu yang dianuti dan diamati. Aduhai, rapuhnya aku! Hinanya aku! Kerdilnya aku! Tanpamu Habibullah (Rasulullah) belum tentu aku lahir dalam selimut nur Islam. 


Sedih, sebak dan rindu mebuak pada Habibullah (Rasulullah)..
Selawat dan salam, kasih serta sayang untukmu, ya Rasullah..

Selain pertemuan aku dengan Tuhanku (Allah) aku nanti, AKu juga mendambakan pertemuanku dengan Rasulullah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular