Selasa, 5 Oktober 2010

Laksana Ibadah Kecapi Kepuasan Darinya


Ibadah ~ ~ Dari kita kecil (umur 7) kita sudah mengenal apa itu ibadah dan melaksanakan apa yang dikatakan ibadah. Semasa usia 7 ni kita dah mula di ajar solat walaupun hanya 'miming' dengan abang atau dengan ibu bapa.. Dan di usia mungkin kurang pada 7 kita dah mula kenal apa itu ibadah puasa.. Walaupun masa tu hanya puasa yang dikatakan hanya menahan lapar dan minum dan kejap kejap tanya, pukul berapa nak berbuka dan boleh tak nak puasa separuh hari? (Hehehe.. Masa tu cute, comel)

Masa kini ibadah itu sudah diterap sekian lama sepatutnya sudah jadi sebuah kemanisan.. Sudah jadi satu pelengkap hidup sebenar kini.. Kekadang apabila kita sudah sehari suntuk beribadah itu maka kepuasan manis terasa..

Ia ke Seharian Ibadah?

Harapkan solat yang 5 kali sehari yang kita laksanakan tak sampai 5 minit dan bila di calculate 25 minit semuanya, puasa yang hanya setahun sekali serta zakat fitrah setahun sekali. Haji pula hanya bagi yang mampu sahaja,  kalau yang rajin semua yang sunat diamati dan bagi yang malas sikit sunat tiadalah jadi macam mana kita kata seharian Ibadah? 

Ahh, sudah.. Jangan memandai.. Sabar dulu.. Bukankah menuntut ilmu itu satu ibadah? Bukankah bekerja itu satu ibadah? Bukankah isteri yang duduk dirumah sebagai penyeri rumah tangga itu sedang beribadah? Dan seumpamanya itu semuanya ibadah? 

Formula =

Ibadah wajib + Ibadah Sunnat + Ibadah Tanggungjawab + Ibadah sampingan
= Kemanisan Ibadah (Tambah Perencah sikit)

Tambah ++++ (spicy kaw!!)

1)   Niat kerana Allah
2Sabar
3Ikhlas
4Pengorbanan
5Syukur
6Redha

Kekadang bila semua ini terlaksana maka di akhirnya kita rasa kemanisan.. Penatku bukan saja saja.. Penat engkau pun bukan sia sia.. Penat engkau dan aku penat beribadah..

Kerana Ingatlah...

"Sesungguhnya solatku, amal ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah yang satu"

Amatilah lirik ini (Unic - Erti Syukur)

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular