Sabtu, 2 Oktober 2010

Mengapai Cinta Ilahi dan Yang Taati-Nya


Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah S.W.T. jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

(Hadis Riwayat Bukhari)



Hadis ini jelas bagaimana Allah mencintai hambaNya? Bagaimana kita mencintai Allah pula? Pelbagai cara tapi kekadangan kita menidakkan cara..

Mimpi dan impi, dua perkara berbeza.. Mimpi di buang 'M' jadi Impi. Dan Ana menyeru kepada semua usah bermimpi tapi berimpi atau berimpianlah menjadikan diri "Soleh dan Solehah". Bukan saja mimpi tapi berusaha. Usah ada sifat ini :

- Ahh, dia bolehlah.. Ayah dia ustaz.. Tak tahu apa apa tanya Ayah je.. Aku siapa? Anak orang biasa biasa jer..

- Aku dah asal jahat.. Aku kaki buli.. Orang semua tahu aku ganster, buat baik pun orang fikir aku jahat.. Tiada gunanya aku berubah..

- Adeii, sukarnya nak buat baik.. Buat baik kene tuduh macam macam, baik aku berterusan je buat jahat..

- Sabarlah, aku muda lagi.. Zaman muda ni nak enjoy, nak seronok.. Muda sekali je beb..

- Biasa ar.. Dunia nak kiamat.. Tak hairanlah kalau aku salah sorang budak nakal dalam dunia ni.. Jiwa muda katakan...

Dan pelbagai alasan lagi yang kita fikir dan sekaligus menolak peluang untuk menjadi Soleh dan Solehah.. Kenapa kita tak nak peluang yang masih terbuka? Nak kata Iman itu diwarisi tidak pula, nak kata hidayah itu milik Allah memanglah tapi ingat Allah kata dia beri kepada sesiapa yang dia pilih.. Kenapa kita tak berusaha menjadi the chosen one antara ramai ramai..

Cuba renungankan.. Kalau ada piliharan raya antara kolej mesti ada manifesto dari pencalonankan?? Dan dalam manifesto itu mesti kita kobarkan habis habisan agar kita menjadi the chosen one.. Kenapa kita tak mahu the chosen one mendapat hidayah Allah seterusnya bergelar Soleh dan Soleha di pandangan Allah.. 

Adakah sekali lagi kita lebih peduli pandangan manusia dari pandangan Allah?? Kerdilnye kita.. Berulang lagi...

1 ulasan:

  1. Salam.....
    di harapkan semua insan berusaha untuk berjaya d pilih Allah untuk mendapat hidayah Allah itu...
    amiin.....

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular