Khamis, 14 Oktober 2010

Pesan Ayah (Aku juga bakal Abi - Hubby)

 

Pesan Abi Tak Kulupa,
Walaupun Abiku tak sehebat Abi Luqman Al-Hakim,
Namun bagiku, Abiku terbaik..

Abi dan Mama bertungkus lumus membesarkanku,
Mereka satu tiada gantinya,
Mereka dihati selepas Allah dan Rasulku,
Mereka 'cinta' Abadi selepas-Nya..

Pesan Abi.
Dulu Abi bayaku, baya umur maksudku,
Abi sudah membanting tulang mencari nafkah,
Masa itu belum bertemu mama,
Di hati hanya menanggung adik adik dan seorang emak kenatian bapa..

Abi berpesan.. 
Masa mudamu penting, jangan kamu berpaling masa mudamu,
Abi menyokongmu apa saja kamu lakukan asalkan dalam redha kami,
Anakku, waktu ini darah mudamu berkocak kuat, 
Susahmu kesusahan kami, sedihmu kesedihan kami,
Tapi Anakku, kelak kau harapan kami,
Kau titik peluh kami, kau perjuang kami,
Kau penyedekah 'doa' setia kami..

Anak lelakiku..
Usahamu kini kesenanganmu esok,
Kami tak meminta lebih dan kurang darimu,
Kami tak perlukan apa yang kau usahakan seperti
Kau memerlukan apa yang kami usaha,
Usahamu milikmu tapi anakku,
Kau harus ingat, kau tidak selamanya hidup,
Tak selamanya merasa kami di sisi,
Kau perlu bedikari, kami di kiri dan kananmu menyokong..

Anakku..
Kau kian dewasa, kau kian matang, kau kian bergelar Abi,
Kami harap kau lebih baik dari kami,
Didik anak-anakmu lebih baik dari kami didikmu,
Kau mampu anakku, kau 'pahlawan' dalam dirimu,
Kau 'Mujahid' di kalangan mad'u mu,
Kau 'fisabilillah' dalam ilmumu,
Kau 'khalifah' dipandang Allah..

Ingat tu Anakku..
Segalanya terletak padamu,
Kau pencorak dan kau juga pemusnah,
coraklah apa yang dah musnah,
Hidupkan Islam di hatimu, Insya-Allah Islam hidup di sekelilingimu.. 

1 ulasan:

  1. salam...
    puisi yg penuh dgn makna yg tersirat dan terusrat.
    penuh dgn hrpan juga doa dan impian.
    semoga ustaz Shah berjaya mjd abi yg soleh, bjya dunia dan akhirat..
    amiin

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular