Sabtu, 6 Mac 2010

Buku Harus Baca Bulan Ini ( A.UBAIDILLAH ALIAS - K0MPAS CINTA )

(Panduan Remaja Melakar Cinta Dihatinya)

Sipnosis Buku :

Tidak salah bercinta, jika kena dan betul pada tempatnya. Senario masa kini melemaskan jiwa, lantaran definisi cinta tidak difahami dengan sebenarnya di kalangan remaja. Kelemahan dalam mendefinisikan cinta ini mencetuskan bibit-bibit cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata.

Jika disorat kembali, fungsi kompas menjadi penunjuk arah kepada mereka yang berkelana. Dalam bercinta juga perlukan 'k0mpas' agar kembara cinta tidak tersesat menuju kemaksiatan hatta tercemar kesucian cinta itu. Justeru hadirnya K0mpas Cinta ini adalah untuk menarik tangan-tangan remaja yang terkapai dalam lautan cinta yang penuh santapan nafsu dan  noda. Semoga ia dapat menjadi sebahagian daripada santapan minda dan penghuni rak buku para remaja.

hayatilah buku ini ia sarat dengan informasi dan maklumat bagi mereka yang tercari cari makna cinta hakiki dan suci. Antara yang menarik di dalam buku ini :


  • Bagaimana mahu mendefinisikan cinta yang sebenar

  • Jenis-jenis cinta menurut al-Quran

  • Mengenal magnet cinta yang memandu kepada jalan yang diredai Allah S.W.T.
Jangan berlengah merebut cinta yang sejati.. Cinta Rabull Izzati cinta yang hakiki selagi nafas terhembus dari jasad.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular