Jumaat, 5 Mac 2010

Unsur-Unsur Kekufuran Dalam Media Massa ( Drama/Lakonan)

 ( Apa lagi kekufurannya ???)
TA'RIF MEDIA MASSA

Media massa atau Pers adalah suatu istilah yang mulai dipergunakan pada tahun 1920-an. Dalam konteks bahasa, media massa adalah sesuatu yang diperlukan oleh masyarakat dengan tingkat ekonomi rendah memiliki ketergantungan dan kebutuan terhadap media massa yang lebih tinggi daripada masyarakat dengan tingkat ekonomi tinggi kerana pilihan mereka yang terbatas. Masyarakat dengan tingkat ekonomi lebih tinggi memiliki lebih banyak pilihan dan akses banyak media massa, termasuk bertanya langsung pada sumber/ahli dibandingkan mengandalkan informasi yang mereka dapat dari media massa tertentu.

Media massa yang dapat dibahagikan kepada dua ini iaitu media elektronik dan media cetak. Contoh yang disenarai pendekkan dalam pemikiran apabila kita menyebut frasa “media massa”  ialah televisiyen, majalah hiburan, gosip-gosip artis, vedio, wayang gambar, kompleks beli belah, internat, telefon bimbit dan pelbagai lagi teknologi interaktif terkini. Ini membuat remaja menpunyai amat sedikit masa untuk menelusuri ilmu pengetahuan.

Baginda bersabda: “Raihlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara lain, masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmnu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, waktu hidupmu sebelum waktu matimu!.

Di Malaysia hari ini, hiburan menjadi satu keperluan yang amat penting. Ia menjadi bahagian penting dalam identiti sosial, sehingga menjadi saluran bagi mendidik masyarakat dari peringkat awal. Oleh itu janganlah kita memejamkan mata kita atau lebih tepat lagi meninggalkan dunia yang sementara ini dengan berada dalam kekufuran media massa yang melalaikan dan mengalpakan.
 
KEKUFURAN DALAM MEDIA MASSA
 
Dari kecil lagi, masyarakat Malaysia didedehkan kepada hiburan. Malah, kanak-kanak sudah diasuh menjadi penghibur. Hakikat ini dapat dilihat apabila sebuah media elektronik (televisyen) menganjurkan sebuah rancangan ala-akedemi fantasi kanak-kanak. Rancangan yang menampilkan apa yang disebut sebagai ‘idola kecil’ ini menampilkan kanak-kanak sebagai penyanyi dengan bersaing antara satu sama lain untuk muncul sebagai juara nyanyian.

    Perkataan ‘idola’ lahir daripada akar kata idol iaitu berhala yang dipuja sebagai Tuhan, anak-anak tuhan atau juga dewa-dewa. Sebelum kedatangan Islam berhala wujud sebagai tuhan yang dipuja dan disembah oleh masyarakat Arab jahiliyyah. Tidak dinafikan bahawa banyak juga rancangan-rancangan yang mengajak penonton mengingati Allah S.W.T. dan membuat kebaikan tetapi malangnya waktu siaran yang tidak bersesuai menyebabkan ianya tidak menyeluruh dan tidak melangkaui kumpulan sasaran serta kebanyakkan ceritanya "matlamat tidak menghalalkan cara". Di televisyen terdapat terdapat program perbincangan yang bagus-bagus seperti Bicara mufti yang memberi Mufti-Mufti peluang untuk untuk berdakwah dan meperjelaskan tentang isu. Tapi sayangnya waktu siarannya di waktu awal pagi. Siapa yang nak dengar kerana waktu berkenaan ramai yang bersiap-siap ke pejabat bahkan ada juga dikalangan kita telah pun keluar dari rumah ketika itu.

       Sementara pada waktu siaran perdana pula, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita yang tidak mempertingkatkan tahap keimanan kita kecuali pada hari malam Jumaat  kita ada siaran langsung Forum Perdana Ehwal Islam. Itu pun tidak mencukupi jika diambil nisbah antara hiburan yang melalaikan dengan program berbentuk peningkatan iman dan takwa.Pada pukul 10 – 11 malam filem karut marut merosakan pemikiran tauhid anak-anak Islam pula mengambil tempat. Masalah gejala sosial pada hari ini memang nampak agak merisaukan sekirannya tidak terdapat langkah-langkah untuk membendung gejala ini daripada terus berlaku.

FOKUSAN TAJUK (DRAMA/LAKONAN)

Ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya hukum setepatnya dalam Drama/Lakonan. Jawapannya hukumnya harus selagi tidak melanggar syarat berikut. Apa syaratnya? Ini Syaratnya : -

  • Tidak melakokan watak seperti Rasul, Nabi dan khalifah kerana boleh menghilangkan kekudusan mereka.
  • Tiada fenomena lucah dan pencampuran jantina, kegiatan zina dan pendedahan arak.
  • Tiada pendedahan aurat.
  • Drama mestilah menpunyai kepentingan kepada agama, ilmu pengetahuan, pednidikan, moral, individu, keluarga dan masyarakat
  • Islam dijadikan sebagai asas akidah dan panduan akhlak.
  • Skrip drama ditulis oleh penulis Islam yang bertujuan menyampaikan risalah(uslub) Islam Semata-mata.   
Drama-drama yang bertujuan mendidik masyarakat dan mengmebangkan Islam mestilah memenuhi kriterian seperti berikut:
  • Hanya apa yang perlu sahaja ditunjukkan.
  • Ia dilaksanakan hanya dengan niat untuk mendidik.
  • Apa yang ditunjukan mestilah tidak bias terhadap Islam dan memelihara kemuliaan Islam.
HADIS MENGATAKAN IA HARAM

Rasullah s.a.w. bersabda:

" Aku tidak suka meniru seseorang, walaupun aku diberikan ini dan itu (di dunia ini)"
(Hadis Riwayat At-Tirmizi 
APA YANG HARAM DALAM SENI LAKONAN ??? 
  1. Pelakon lelaki melakonkan watak perempuan adalah haram dan sebaliknya. (Kerana menyerupai salah jantina).
  2. Melakokan adengan minum arak walaupun air yang digunakan air masak atau air teh adalah diharamkan.
  3. Berlakon sebagai orang kafir yang menyembah barhala atau pergi ke kuil adalah diharamkan.
  4. Melakonkan adengan ranjang atau menunjukkan keintiman pasangan lelaki dan perempuan adalah haram walaupun lakonan itu dilakonkan oleh suami isteri yang sah.
  5. Filem atau drama yang melakukan jenayah dan mencetuskan idea buat si penonton dan meransang meniru/melakukannya adalah haram.
  6. Filem atau drama yang merangsang syawat adalah haram di hasilkan dan haram ditonton.
  7. Filem atau drama yang boleh menjatuhkan maruah orang Islam atau mencacatkan agama Islam adalah haram. Filem yang menghina Islam wajib ditentang/diboikot.
P/s : Ya.. Aku pengguna dan kamu pengguna.. Aku pengguna memilih yang halal dan aku harap korang pun macam tu memilih yang halal.. Usah hentam kromo je.. Jangan ingat apa yang kamu pilih itu betul dan halal.. Lihat dan kaji hukum apa yang kau tonton.. Mungkin kamu fikir kamu selamat tapi disebaliknya kamu dah melanggar hukum hukum Islam baik penonton,penerbit dan pelakon. Aku mengajak kamu menilai dan menjauhi yang haram.. Propangganda barat mengaburi mata kita umat Islam. Jauhi media kuffur dan Insya-Allah kamu selamat dari kuffur..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular