Jumaat, 1 Oktober 2010

Glamour Di Pandangan Siapa?


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.

(Riwayat Muslim)

Apa itu Glamour?

Pada mata kasar kita sebagai manusia apa itu glamour?

1) Glamour itu bila aku buat sesuatu kebaikan itu maka orang kenal aku kerana perkara aku buat itu..

2) Glamour itu bila aku berjasa kepada seseorang atau jasa aku dikenang hingga aku diiktiraf serta di beri gelaran..

3) Glamour itu bila aku di snap sanp sane di snap sini, keluar tv, keluar majalah dan orang lihat aku..

4) Glamour itu bila aku jadi idol pada orang. Semua yang aku buat orang nak tahu dan nak ikut..

5) Glamour itu bila aku ke mana saja orang kenal aku/tegur aku kerana ayat power aku dan madah madah aku serta karya aku...

6) Glamour itu bila di depan nama kita ada Dr. , Dato', Datin', Puan Seri, Haji dan segala pangkat di hadapan nama kita maka kita bangga bila orang panggil kita dan kita kata wah, aku glamour.

7) Glamour itu bila apa aku buat aku menanti pujian orang, apa aku karyakan maka aku akhirnya dengan namaku, gambarku, biar orang kenal aku, biar aku digelar baik, digelar hebat.

8) Glamour itu bila misal kata aku ingin beramal maka perlu aku umumkan apa aku sumbangan, snap snap gambar cheque yang aku beri, berapa nilainya serta biar semua tahu aku ni dermawan..

errr... Glamour itu tak laratlah nak olah lagi.. Yang Ana senaraikan 8 ini  tadi dan yang kaitan dengannya itu maka itulah definisi glamour pada zaman sekarang ni..

Apa jawapan kita apabila kita ditanya "Glamour yang mana penting? Di pandangan Allah ke Glamour di pandangan manusia? "

Iye.. Semua jawap pentingnya pandangan Allah pada kita tapi kenapa kita masih mementingkan "glamour" dari manusia? Kita hampir semua tahu dunia ini adalah tempat persinggahan sementara dan ada yang kata kita ni ibarat naik kapal dan berlabuh di sebuah pusat persinggahan sementara dan bila tiba kiamat maka kita meneruskan perjalanan kita untuk menuju ke alam akhirat. Kamu semua tahu itukan? Tapi kenapa masih mahu "glamour" dari manusia?  

Jawapannya mudah.. Kerana ganjaran di dunia ini kita nampak, orang beri duit pada kita cash kita ambil maka kita nampak tapi Allah beri kita pahala kita tak nampak walaupun kita tahu tapi kita kurang menyakininya. Adakah apabila kita ditimbang (Neraca) amalan kita baru kita nak sedar bahawa pahala itu penting dan menafikan cash itu tidak bernilai kelak? Jika masa itu (neraca) kita mula memikirkan hal ini maka nescaya kita adalah orang yang menipu diri sendiri dan menipu Allah. Nauzubillah hi minzalik!!! Sedarlah sebelum terlambat. Fikirlah sebelum kita tersentak dan dipaksa berfikir..

Aku (Ana), Dia (Allah) & Glamour ( Terkenal di pandangan Allah)
Bagaimana :

Glamour di pandangan Allah lebih penting daripada glamour di pandangan manusia..

1 ulasan:

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular