Sabtu, 4 Disember 2010

Kredit Buat Kaum Hawa

 
(Tangan Wanita Menghayun Buaian Mengoncang Dunia)
Seorang perempuan wajib mempunyai tiga sifat iaitu : - 
  • Malu
  • Kedekut
  • Cemburu
Perempuan perlu sifat MALU kerana dia wajib memelihara dirinya sama ada sudah bersuami ataupun belum. Dia perlu juga bersifat KEDEKUT kerana dialah yang menjaga harta suaminya apabila sudah berkahwin. CEMBURU ? Kenapa perempuan perlu sifat cemburu? Sifat cemburu perlu adalah menegur suami apabila suami melakukan apa yang dilarang dan dimurkai Tuhan ataupun lebih tepat, maksiat.

Perempuan Mengalah Kepada Lelaki?

Sudah  menjadi fitrah manusia, lelaki melindungi perempuan. Perempuan lemah dan sebab itulah di dalam, lelaki adalah pemimpin kerana dia lebih kuat daripada perempuan. Bukti lelaki kuat ialah lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu manakala perempuan dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal sahaja. Tapi bukanlah maksudnya di sini perempuan itu adalah lemah semata mata cuma apa yang ingin ditekankan adalah perempuan itu lemah dan perlu dilindung oleh insan yang bernama lelaki.

Silap dan dalam agama disebut (Dayus) jika kekuatan lelaki digunakan untuk menganiaya perempuan kerana di dunia kini jika kita intai-intai perempuan ramai yang menderita angkara lelaki. Tapi perlu beringat, bukan semua lelaki begitu.


Air mata Adalah Kekuatan Bagi Perempuan

Kenapa air mata adalah kekuatan? Ya, itulah kekuatan seorang perempuan. Air mata adalah penenang kepada jiwanya. Percayalah, apabila seorang perempuan itu menangis, dia akan berasa tenang. Ibarat melepaskan batu yang digalas di bahu. Air mata penyelesaian masalah? Bukan penyelesaian masalah tetapi satu cara menenangkan jiwa. Air mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kerana itu menunjukkan ketulusan jiwa seorang perempuan. Hati perempuan mudah tersentuh dan sesuai dengan statusnya menjadi ibu satu hari kelak.

Lelaki tiada kekuatan ini. Sebab itulah hanya perempuan yang disandarkan tugas melahirkan anak atau setepatnya zuriat. Sebab itulah perempuan sanggup menahan kesakitan mengandung & melahirkan anak tetapi tidak bagi lelaki. 

P/S : Jika diperhatikan. Perempuan itu kuat dari segi jiwanya manakala lelaki kuat dari segi fizikalnya.

2 ulasan:

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular