Ahad, 20 Februari 2011

Kasihku Kasih Abadi (Bab 1)

Bab 1

Kasihku Buat Atuk

______________________________

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa

Berdendang lagu nyanyian Afgan yang bertajuk padaMu ku bersujud di petang yang mendung. Cuaca mendung seakan memahami hati kecil seorang tua yang duduk di kerusi malasnya. Seorang tua mengenang zaman-zaman mudanya yang penuh diselang-selikan antara dosa dan pahala apabila mendengar lagu yang menjadi halwa telinga cucunya, Amalina.

Amalina satu-satunya cucunya yang hasil daripada pernikahan anak tunggalnya yang kini sudah pergi menghadap Ilahi akibat daripada kemalangan pada pagi hari raya 7 tahun dahulu. Amalina kini sudah berumur 20 tahun yang sedang menghabiskan sisa-sisa cuti semester di kampung.

     Seorang tua itu amat bahagia apabila Amalina merupakan cucu yang solehah yang sanggup pulang ke kampungnya apabila menjelangnya cuti semester bagi menjaga makan minumnya. Cucunya itu sering tidak tumpah seperti perangai arwah ayahnya yang merupakan seorang yang penyanyang dan menghormati orang yang lebih tua.

    “Atuk, mari makan tuk. Malina dah siapkan lauk kegemaran atuk. Kejap lagi dah nak azan maghrib. Kita makan dulu lepas tu Malina nak solat dengan atuk.”

    “Ya, cucu atuk.. Mari kita makan.” Jawab seorang tua itu pendek.

Suara itulah yang menghiburkan hatinya. Suara itulah yang menjadi penawar rindu hatinya yang merindui arwah anaknya. Malina itulah satu-satu harta peninggalan anaknya kepadanya.

    “Ayah, ampunkan dosa saya. Saya rasa saya dah tak lama lagi.. Ayah jaga cucu ayah.. Jaga Malina untuk saya..”

Itulah pesanan arwah 7 tahun dahulu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Amanat anaknya itu seolah-oleh masih terngiang-ngiang di benak telinganya walaupun peristiwa itu sudah bertahun-tahun berlalu. Seorang tua itu masih merindui anaknya yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan yang tragis.

Air matanya bergenang. Cermin mata tuanya dibetulkan. Tangan kanannya masih menyuap sesuap nasi.

    “Atuk, sedap tak Malina masak? Atuk tambah nasi ea? Malina suka lihat Atuk selera makan.” Malina tersenyum puas.

    “Ya cucu atuk. Pandai Malina masak. Selera atuk makan.” Masih jawab seorang tua itu pendek.

Malina perasan yang atuknya sejak kebelakangan ini sering murung dan kurang bercakap namun dia tidak mampu beramal apa yang ada di benak fikiran atuknya. Tetapi tidak mahu melontarkan persoalan kepada atuknya kerana bimbing soalan itu menyinggung perasaan atuknya.



Setelah usai makan malam, mereka mendirikan solat maghrib. Menjadi kebiasaan dua beranak ini makan malam sebelum menjelangnya maghrib. Seorang tua itu walaupun sudah mencecah usia 60-an namun masih kuat tulang empat keratnya menjadi imam kepada cucunya dan sekali sekala menolong cucunya menyiapkan kerja rumah.

Pokok bunga di mini kebun peninggalan arwah anaknya kerap dijadikan tempat menghirup udara segar dan melepaskan rindu. Walaupun sudah 7 tahun berlalu namun rindu pada anaknya masih lagi kuat. Seorang tua itu pasrah dengan kematiaan anaknya namun rindu itu sering dibuainya setiap pagi.

Setiap yang hidup pasti merasai mati..

Ayat 185 itu, surah al-Imran sering diulang diingatannya namun kerinduan pada anaknya melemahkan dirinya yang menyebabkan dia sering menyendiri.

    “Atuk, cantik mini kebun ni. Pandai atuk berbakti pada tanah.” Sapa Malina.

    “Kebun ni arwah ibu kamu yang punya. Dulu masa arwah ada setiap pagi arwah siram pokok-pokok bunga ni. Kembang dan segar pokok bunga ni semua. Atuk sangat rindukan arwah ibu kamu. Muka kamu tak tumpah sepertinya.”

Sudah biasa bagi Malina apabila atuknya bercerita tentang ibunya. Walaupun semasa arwah ibunya meninggal dunia, dia baru berusia 13 tahun namun 9 tahun yang sudah berlalu, hanya atuklah tempat dia berlindung dan bercerita. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjaga dan menyayangi atuknya walaupun bagaimanapun keadaannya kelak. Lebih-lebih lagi di waktu atuknya sakit dan uzur.


Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya"

(Riwayat Al-Tabrani)

Sebagai seorang pelajar Diploma Usuludin, Amalina menghafal beberapa hadith yang menjadi panduan hidupnya. Hadith Riwayat Al-Tabrani ini juga merupa salah satu “falsafah” hidupnya. Baginya atuknya banyak berjasa kepadanya. Selepas kematian ibu bapanya, atuknyalah yang menatangnya bagai minyak yang penuh. Dia menyanyangi atuknya seperti mana atuknya menyanyanginya. Tiada yang boleh memisahkan dia dan datuknya kecuali jemputan Ilahi.


********* 

“..Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati ( keimanan) kami sesudah kau memberi Hidayah kepada kami dan tetapkan kami dalam golongan yang diberi pertunjuk. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Amalina menyapu seluruh muka dengan tapak tangannya selepas usai berdoa. Menjadi rutin hariannya dia terjaga sepertiga malam untuk mendirikan qiamulail dan bertahajud serta sujud kepada Pengcipta. Bagi dirinya pada waktu beginilah dia mengadu pada Tuhannya apa yang ada di simpan dalam hatinya.

Benar menjadi rutin harian Amalina. Dia akan tidur awal di malamnya dan bangun sepertiga malam untuk bersujud kepada Penciptanya hingga azan subuh berkumandang. Kemudian dia akan bangunkan atuknya dan mereka mengerjakan solat subuh secara berjemaah. Setelah selesai Malina akan mengajak atuknya jogging dan ke pasar untuk membeli sedikit barang dapur untuk keperluan harian mereka dua beranak.

     Ibu Amalina seorang pensyarah yang mengajar di sebuah Universiti tempatan di Malaysia. Ibunya lepasan Master di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sudah hampir 10 tahun menjadi pensyarah pengajian di situ. Bapanya pula seorang pengawal kerajaan yang merupakan seorang pengawai kewangan (S41). Harta peninggalan ibu bapanya jika dihitung boleh menampung 10 Tahun kehidupan anaknya Amalina dan atuknya. Namun masih menjadi kebimbangan Amalina yang merancang cita-citanya mengikut jejak ibunya sebagai seorang pensyarah.

“Bila Malina habis cuti?” pendek pertanyaan atuk.

“Kurang sebulan lagi atuk. Kenapa tuk?” jawabnya.

“Nasib baik ada Malina teman atuk, kalau tidak sunyilah atuk”. Katanya.

“Eh, tuk ni, sejak bila pandai sunyi ni? Hehe” gelak Malina.

Atuk tersenyum mempamerkan susunan gigi putihnya yang masih elok.. Kerutan di wajah atuk membuktikan bahawa atuk lebih mengetahui kancah kehidupan ini lebih dari sesiapa pun. Umur atuk kini mencecah 78 tahun telah banyak melalui warna-warni kehidupan. Walaupun usianya sudah lanjut, namum kesihatan pemberian Allah S.W.T tidak dipersiakan dan malah Atuk mengunakannya untuk bersujud dan bersimpuh kepada-Nya.


********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular